Connect Jurupandu Tempatan

Bertemu dengan Jurupandu Tempatan yang lain dalam forum dalam talian Connect Jurupandu Tempatan. Di sini anda boleh berkongsi cerita di sebalik sumbangan anda dan meningkatkan tahap sumbangan anda dengan petua dan kiat daripada komuniti. Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang makanan, perjalanan dan fotografi dari seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang komuniti Jurupandu Tempatan.

Daftar untuk Connect

Untuk menyertai Connect Jurupandu Tempatan, lawati forum dan log masuk menggunakan Google Account anda. Kemudian, anda boleh memulakan perbincangan, membalas siaran ahli lain, menyesuaikan interaksi komuniti anda dan mengetahui cara memanfaatkan sepenuhnya pengalaman Jurupandu Tempatan anda.

Forum dalam talian Connect Jurupandu Tempatan.

Tidak mahu menyertai Connect Jurupandu Tempatan lagi? Ikut arahan di bawah untuk menutup akaun anda.

Padamkan akaun Connect Jurupandu Tempatan anda

Penting:

  • Jika anda memadamkan akaun Connect anda, akaun tersebut tidak boleh dipulihkan.
  • Semua kandungan yang disiarkan dengan akaun yang dipadamkan kekal pada Connect tetapi diatributkan kepada “Pengguna yang dipadamkan". Untuk mengalih keluar siaran anda daripada paparan umum, hantar permintaan ke alamat e-mel [email protected].

Jurupandu Tempatan boleh memadamkan akaun Connect mereka pada bila-bila masa dengan mengikut langkah yang berikut:

  1. Akses Connect Jurupandu Tempatan.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Gambar profil atau Parap anda.
  3. Klik Keutamaan kemudian Akaun.
  4. Pada bahagian bawah, klik Padamkan Akaun Saya.

Petua: Sebelum anda meninggalkan Program Jurupandu Tempatan, ikut langkah di atas untuk memadamkan akaun Connect anda.

Eksport data Connect anda

Penting:

  • Media seperti foto, video dan GIF tidak akan dieksport. Untuk mendapatkan media tersebut, hantar permintaan ke alamat e-mel [email protected].
  • Jika anda mahu mengeksport data Connect anda, pastikan anda berbuat demikian sebelum anda memadamkan akaun Connect.

Jurupandu Tempatan boleh mengeksport arkib data mereka sebagai fail CSV dengan mengikut langkah yang berikut:

  1. Akses Connect Jurupandu Tempatan.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Gambar profil atau Parap anda.
  3. Klik Keutamaan kemudian Akaun.
  4. Pada bahagian bawah, bersebelahan “Eksport data anda”, klik Minta arkib.
    • Selepas permintaan anda dipenuhi, fail anda tersedia dalam “Pemberitahuan” bersebelahan “Gambar profil atau Parap” anda.
      • Pautan muat turun sah selama 48 jam.
      • Data tersebut dimampatkan sebagai arkib ZIP.

Petua: Jika arkib tidak mengekstrak apabila dibuka, gunakan alat ini.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
12606747575276064804
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false
false
false