Fungsi Jurupandu Tempatan
Jurupandu Tempatan membantu untuk menceriakan Google Maps. Dengan menulis ulasan, menyiarkan foto dan mencadangkan maklumat terkini tentang tempat, Jurupandu Tempatan membantu anda menavigasi dunia dengan lebih mudah. Sama ada mengambil foto hidangan yang paling enak atau menambahkan perniagaan kecil yang baharu, Jurupandu Tempatan menangkap cerita yang membolehkan jiran tetangga, pelancong dan semua orang memahami tempat di sekitar mereka dengan lebih baik.
Matlamat komuniti Jurupandu Tempatan adalah untuk menjadi kumpulan yang paling tulen serta berguna dan Jurupandu Tempatan memandang serius misi ini. Jika anda menemukan lencana Jurupandu Tempatan pada imej profil seseorang, anda dapat mengetahui bahawa mereka ialah Jurupandu Tempatan.
Untuk mengelakkan siaran anda daripada disingkirkan atau dialih keluar daripada program Jurupandu Tempatan, semak garis panduan di bawah dan dasar kandungan dijana pengguna kami.
Kongsi ulasan & petua berguna
Sentiasa masukkan maklumat yang jelas tentang tempat dan huraikan pengalaman sahih anda. Elakkan daripada memberikan komen atau ulasan yang samar-samar, generik dan berulang-ulang seperti ulasan yang hanya menyatakan “ok”, “baik” atau “lazat”.
Ulasan yang membantu menerangkan:
- Aturan
- Reka bentuk
- Suasana
- Pengalaman anda yang “baik dan buruk”
- Sebarang butiran berkaitan yang lain
Contohnya:
- Restoran, kafe dan bar: Nyatakan apa yang telah dipesan dan disyorkan atau yang harus dielakkan.
- Kedai: Terangkan pemilihan, julat harga, perkhidmatan dan jenis pelanggan yang mungkin menyukainya.
Jurupandu Tempatan yang menduplikasi ulasan merentas beberapa lokasi akan dialih keluar daripada program ini. Ketahui lebih lanjut tentang dasar kami berkenaan dengan penglibatan palsu.
Ambil foto & video yang jelas & tepat
Foto dan video membantu anda menceritakan kisah sesuatu tempat. Sebagai Jurupandu Tempatan, imej anda mestilah berkaitan dan dalam fokus.
Untuk mengambil foto berkualiti tinggi, ikut amalan terbaik ini:
- Manfaaatkan cahaya semula jadi.
- Cuba tangkapan daripada sudut berbeza sebelum memuat naik pilihan terbaik.
- Zum keluar secukupnya untuk menangkap keseluruhan subjek. Contohnya, ambil foto mendatar untuk menunjukkan keseluruhan bahagian luar bangunan atau tangkap hidangan restoran dari atas.
Apabila anda mengambil foto dan video, hormati privasi orang lain. Minta kebenaran atau elakkan daripada mengambil imej orang yang boleh dikenal pasti di tempat seperti sekolah dan hospital. Ketahui lebih lanjut tentang dasar kami berkenaan Privasi.
Foto yang gelap, kabur dan berlebihan akan dialih keluar. Ketahui lebih lanjut tentang dasar kami berkenaan pelarasan gaya.
Pengguna yang menduplikasi foto merentasi beberapa lokasi, atau menyiarkan imej-imej yang melanggar hak cipta, akan dialih keluar daripada program. Ketahui lebih lanjut tentang dasar kami berkenaan dengan kandungan berulang dan kandungan yang menyalahi undang-undang.
Boleh dipercayai
Sumbangan mesti berdasarkan pengalaman dan maklumat yang sebenar. Dasar kami melarang kandungan tidak sesuai, termasuk:
- Pengeditan palsu yang disengajakan
- Foto disalin atau dicuri
- Jawapan luar topik
- Bahasa berbentuk penipuan
- Serangan peribadi
- Pengeditan yang tidak diperlukan atau salah
Jika anda menemukan gelagat ini, sila laporkannya:
Pengguna yang menyalahgunakan amanah ini akan dialih keluar daripada program Jurupandu Tempatan.
Jenama Jurupandu Tempatan
Untuk melindungi jenama dan membenarkan pengguna kami mengenali dan mengenal pasti komunikasi rasmi, rujuk garis panduan ini:
- Jangan gunakan logo Jurupandu Tempatan atau logo Google yang lain melainkan anda mempunyai:
- Perkongsian sedia ada
- Kelulusan rasmi daripada pasukan jenama Google
- Jangan namakan produk, nama domain, laman web, syarikat atau aset anda yang lain dengan frasa “Jurupandu Tempatan”, “Google” atau apa-apa nama yang serupa, yang mungkin menjadikan produk anda kelihatan seperti produk Google rasmi. Penggunaan imejan yang dikongsi oleh Jurupandu Tempatan atau Google Maps juga tidak dibenarkan.
- Jangan gunakan “GOOGLE” dalam nama atau pemegang akaun media sosial anda. Jika anda menggunakan "JURUPANDU TEMPATAN" dalam nama atau pemegang akaun media sosial anda, nyatakan dengan jelas dalam biografi/perihalan yang anda bukan saluran rasmi atau ahli gabungan Google. Jangan gunakan logo Jurupandu Tempatan atau logo Google yang lain sebagai imej profil anda.