Apabila Google memerlukan pengesahan tambahan tentang tempat tertentu, anda boleh membantu untuk mengesahkan maklumat dan memperoleh satu mata untuk setiap fakta yang disemak.
Pengeditan tertentu dicadangkan kepada anda berdasarkan Garis Masa dan Sejarah Carian anda. Jika anda belum menghidupkan maklumat lokasi anda, anda tidak boleh memasuki mod moderator. Anda boleh mengesahkan fakta pada peta untuk perkara seperti:
- Kewujudan tempat
- Waktu perniagaan
- Penutupan
- Pembukaan semula
Petua: Hanya jawab pertanyaan tentang fakta yang boleh anda sahkan dengan pengetahuan langsung.
Sahkan fakta tentang tempat
- Pada telefon atau tablet anda, buka apl Google Maps
.
- Ketik Sumbangan
Lebih banyak cara menyumbang.
- Pada bahagian atas, leret kiri merentas kategori.
- Ketik Semak fakta.
- Ikut arahan pada skrin.