Muat turun kawasan & navigasi secara luar talian dalam Google Maps

Penting: Anda tidak boleh memuat turun peta luar talian di sesetengah negara atau rantau kerana pengehadan kontrak, sokongan bahasa, format alamat atau sebab lain.

Anda boleh menyimpan kawasan daripada Google Maps kepada peranti mudah alih atau tablet anda dan menggunakan peta tersebut apabila anda berada luar talian.

Android iPhone & iPad

Muat turun peta untuk penggunaan luar talian dalam Google Maps

  1. Buka apl Google Maps Peta pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Cari tempat, seperti San Francisco.
  3. Pada bahagian bawah, ketik nama atau alamat tempat tersebut.
  4. Ketik Lagi Lagi kemudian Muat turun peta luar talian kemudian Muat turun.

Petua: Anda boleh menyimpan peta pada peranti anda atau kad SD. Jika anda mengubah cara anda menyimpan peta, peta tersebut perlu dimuat turun semula.

Pilih peta anda sendiri dalam Google Maps

  1. Buka apl Google Maps Peta pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Ketik gambar profil atau parap anda Bulatan Akaun kemudian Peta luar talian.
  3. Ketik Pilih peta anda sendiri.
  4. Laraskan peta mengikut kawasan yang mahu dimuat turun.
  5. Ketik Muat turun.

Gunakan peta luar talian dalam Google Maps

Selepas memuat turun sesebuah kawasan, gunakan apl Google Maps seperti biasa. Jika sambungan Internet anda perlahan atau tidak tersedia, peta luar talian anda akan membimbing anda ke destinasi anda selagi keseluruhan laluan terdapat dalam peta luar talian.

Petua: Apabila anda berada luar talian, arah transit, berbasikal atau berjalan tidak tersedia. Jika anda berada luar talian semasa memandu, anda tidak boleh mendapatkan maklumat trafik atau laluan alternatif.

Urus peta luar talian dalam Google Maps

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
6499319146434798912
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false
false
false