Rancang acara pertemuan tempatan dan berhubung dengan Jurupandu Tempatan yang lain untuk berkongsi kepakaran anda, menemukan perkara terbaik yang terdapat di kejiranan anda dan berkenalan dengan kawan baharu.
Untuk membuat pertemuan anda, ikut arahan di bawah. Untuk membolehkan pertemuan anda dipaparkan pada Connect, kelulusan diperlukan daripada pasukan kami. Untuk mendapat kelulusan, pertemuan tersebut hendaklah mengumpulkan Jurupandu Tempatan.
Kami tidak akan menampilkan pertemuan yang tidak berkaitan dengan Jurupandu Tempatan.
Rancang pertemuan anda
Perbelanjaan pertemuan
Dana dan insentif tidak disediakan oleh Google. Pertemuan boleh diadakan pada kos yang rendah atau tanpa caj. Ambil telefon anda dan bantu Jurupandu Tempatan yang lain menemukan perkara terbaik yang ditawarkan di kawasan anda pada Google Maps.
Idea pertemuan
Jalan-jalan cari makanIdea untuk jalan-jalan cari makan:
- Hidangan progresif: Pernahkah anda teringin untuk makan ikan dan kentang goreng, taco serta pastri dalam satu hidangan? Pertimbangkan untuk menganjurkan pertemuan 'hidangan progresif'. Mulakan dengan pembuka selera di tempat A, kemudian pergi ke tempat B untuk hidangan utama dan pencuci mulut di tempat C untuk melengkapkan jamuan anda — anda boleh merancang lawatan ke seluruh dunia anda sendiri.
- Semua yang Terbaik: Anda ingin mencari restoran yang menawarkan makanan yang paling lazat? Jangan lepaskan peluang dengan mengumpulkan para penggemar makanan untuk mencari burger, ramen, kopi yang terbaik atau apa sahaja yang anda idamkan — tidak terbatas pilihannya.
- Masakan tempatan: Adakah anda mengenali restoran di kejiranan anda lebih daripada orang lain? Pamerkan tarikan setempat anda dengan membuat My Map untuk tempat yang menjadikan kawasan anda unik.
Idea untuk jalan-jalan tangkap foto dan peluang bergambar:
- Pemandangan setempat: Pentaskan pemandangan menarik di bandar anda kepada dunia. Cari pemandangan latar langit, panorama atau matahari terbenam dan rakamkan detik tersebut dengan kamera atau telefon anda.
- Ruang dalam bangunan: Ramai pengguna menangkap foto bahagian luar Taj Mahal tetapi tidak ramai yang pernah melihat bahagian dalam bangunan itu. Sama ada butiran yang berjalin-jalin dan kompleks, siling yang tinggi atau karya seni yang terkenal, ini ialah peluang anda untuk berkongsi foto ruang dalam bangunan bagi tempat yang menarik di kawasan kejiranan anda kepada pengguna di seluruh dunia.
- Ciptaan kreatif: Teroka cara baharu (menggunakan penapis, sudut yang menarik, dll.) untuk menangkap gambar tempat yang menarik. Kita semua pernah melihat foto Menara Berkembar Petronas atau Menara KL — kongsikan perspektif unik anda melalui lensa yang berbeza.
Idea untuk menjelajah kawasan terbuka:
- Cari kawasan baharu: Perkembangan bandar adalah dinamik dan memang sukar untuk mengikut kemajuan setiap tempat baharu. Terokai kawasan baharu dan pastikan semua butiran — daripada waktu buka sehingga laman web — disertakan dalam Google Maps.
- Jadilah jurupandu sebenar: Anda merasakan anda mengenali bandar anda lebih daripada pengguna lain? Buat lawatan berjalan kaki anda yang ideal menggunakan My Maps dan tunjukkan kepada pengguna lain tarikan yang paling menginspirasikan anda.
Idea untuk mengedit peta:
- Penambahan: Adakah tempat di kampung halaman anda tidak ditemukan dalam Google Maps? Tambahkan butiran menggunakan "Tambahkan tempat" untuk membantu pengguna lain mencari perniagaan setempat.
- Edit: Arah memandu yang kurang memuaskan atau waktu perniagaan yang salah? Gunakan 'Laporkan masalah' untuk membetulkan arah jalan atau waktu perniagaan untuk membantu pengguna lain. Betulkan butiran seperti waktu buka, laman web dan lokasi pin peta membantu pengguna lain menjimatkan masa dan mengelakkan kesulitan.
Hantar pertemuan anda
Untuk menghantar pertemuan:
- Log masuk ke Connect Jurupandu Tempatan.
- Klik Buat
.
- Klik Pertemuan baharu.
- Isikan butiran pertemuan anda.
- Klik Serah.
Untuk mengetahui butiran lanjut dan petua tentang pembuatan pertemuan, ketahui cara mengehos pertemuan.
Kami akan menyemak pertemuan anda dalam masa 72 jam. Kami menggalakkan agar anda menyerahkan pertemuan anda seawal mungkin. Jika diluluskan, pertemuan akan dipaparkan pada bahagian pertemuan akan datang.
Buat perubahan pada pertemuan anda
Anda boleh membuat perubahan pada pertemuan anda secara langsung pada Connect. Walau bagaimanapun, selepas diluluskan, perubahan pada acara akan disemak sekali lagi oleh moderator Google sebelum acara tersebut diterbitkan semula. Pastikan anda membuat perubahan yang perlu sekurang-kurangnya 3 hari perniagaan sebelum pertemuan bermula.
Batalkan pertemuan anda
Untuk membatalkan pertemuan anda:
- Kemas kinikan tajuk siaran pertemuan anda pada Connect untuk menyatakan “dibatalkan”.
- Pada bahagian bawah, klik Padam
.
Berkomunikasi dengan hadirin
Anda boleh menggunakan bahagian ulasan atau pilihan mesej peribadi Connect.
Promosikan pertemuan anda
Anda boleh berkongsi pautan kepada pertemuan anda pada media sosial dan mengundang Jurupandu Tempatan yang lain melalui butang "Kongsi" dan "Undang" pada Connect. Untuk mempromosikan pertemuan anda melalui saluran media sosial anda sendiri dan dalam komuniti setempat anda, minta hadirin membantu anda untuk berkongsi maklumat dan menggunakan #LocalGuides.
Cadangan untuk perkara yang boleh dilakukan selepas pertemuan anda
Selepas pertemuan anda, ucapkan terima kasih kepada hadirin anda. Untuk menambahkan foto mereka sendiri, buat album Google Photos dan kongsi album tersebut dengan hadirin. Ketahui cara membuat dan mengedit album foto.
Kami mahu mengetahui tentang pertemuan anda. Kongsi foto dan ikhtisar anda pada Connect Jurupandu Tempatan.
Jangan gunakan logo Jurupandu Tempatan
Logo Jurupandu Tempatan ialah jenama Google yang khusus untuk penggunaan rasmi sahaja. Jangan gunakan logo atau pin Jurupandu Tempatan atau mana-mana imejan Google dalam bahan pertemuan anda. Ketahui lebih lanjut tentang jenama Jurupandu Tempatan.