Cari tempat berdekatan & teroka kawasan tersebut

Anda boleh mencari kawasan tarikan, aktiviti yang boleh dilakukan atau lokasi yang terkenal pada Google Maps. Cari tempat seperti muzium berdekatan, restoran baharu dan bar serta kelab yang popular. Anda juga boleh mencari rating dan perihalan bagi tempat ini pada Maps.

Penting:

  • Google Maps mengandungi kandungan daripada sumber yang berlainan. Hasil Peta anda mungkin termasuk maklumat daripada rakan kongsi kami, pengguna kami atau web awam. Google boleh mengalih keluar kandungan jika kami mendapati kandungan itu melanggar dasar kandungan kami atau jika kandungan tersebut melanggar undang-undang yang bersesuaian.
  • Hasil carian setempat pada Maps adalah berdasarkan terutamanya pada perkaitan, jarak dan keunggulan. Faktor ini digabungkan untuk membantu kami mencari padanan terbaik untuk carian anda. Contohnya, algoritma Google mungkin memutuskan bahawa perniagaan yang lebih jauh dari lokasi anda lebih mungkin menawarkan perkara yang anda cari berbanding dengan perniagaan berhampiran anda. Oleh itu, perniagaan tersebut akan ditarafkan lebih tinggi dalam hasil setempat.
  • Hasil pada Google Maps tidak dipengaruhi oleh pembayaran daripada syarikat lain. Kandungan berbayar pada Google Maps dilabelkan.

Semak imbas tempat menarik tempatan

Petua: Ciri ini tidak tersedia di semua tempat.

Anda boleh mencari perniagaan dan tempat berdekatan, seperti bar, stesen minyak atau ATM berdekatan. Anda juga boleh mencari waktu perniagaan, nombor telefon perniagaan, rating dan maklumat lain.

Untuk mencari kategori berdekatan anda:

  1. Buka apl Google Maps Peta pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Di bawah bar carian, ketik cadangan, seperti “Restoran, “Kopi” atau “Hotel”.
    • Tatal untuk mencari lebih banyak pilihan. Untuk kategori tambahan, ketik Lagi Lagi.
Urus maklumat yang dikongsi dengan Google

Maklumat tentang tempat anda diperoleh daripada Garis Masa anda. Garis Masa anda membolehkan Google menunjukkan maklumat yang berguna kepada anda dan memberikan syor. Data Garis Masa adalah berdasarkan tempat yang pernah anda lawati dengan peranti anda. Maklumat anda hanya dikongsi jika anda telah menghidupkan Garis Masa dan log masuk dengan Google Account anda. Anda sahaja yang boleh mendapatkan pengesyoran ini.

Untuk mematikan Garis Masa dan menyahlanggan daripada syor pada masa hadapan, ketahui cara mengurus Garis Masa anda.

Terokai perkembangan terkini di kawasan anda

Untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan terkini di kawasan anda daripada penduduk tempatan, perniagaan berdekatan dan banyak lagi:

  1. Buka apl Google Maps Peta pada peranti Android anda.
  2. Di bahagian bawah, ketik Teroka Teroka.

Petua: Ketahui lebih lanjut tentang tab Teroka.

Benderakan tempat untuk semakan

Anda boleh membenderakan perniagaan atau tempat untuk penyamaran, spam atau kandungan tidak sesuai.

Petua: Untuk isu undang-undang, seperti pertikaian hak cipta atau tanda dagangan, serahkan laporan.

  1. Buka apl Google Maps Peta pada peranti Android anda.
  2. Cari tempat yang mahu anda benderakan untuk semakan.
  3. Ketik tempat kemudian Cadangkan pengeditan kemudian Tempat ditutup atau bukan di sini.
  4. Pilih sebab tempat tersebut perlu dialih keluar.
  5. Ketik Serah.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11883981910110696342
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false
false
false