Untuk mengetahui sistem pengendalian dan penyemak imbas yang serasi dengan Google Maps, baca senarai di bawah.
Nota: Google tidak mengecaj anda untuk menggunakan Google Maps, namun apl Google Maps menggunakan sambungan data telefon atau tablet anda dan penyedia perkhidmatan mudah alih anda mungkin mengecaj anda untuk penggunaan data.
Sistem pengendalian
Untuk menerima kemaskinian bagi Google Maps untuk Android, pastikan telefon atau tablet Android anda menggunakan Android 8.0 atau versi lebih baharu.
Muat turun versi terkini apl Google Maps dalam Google Play.