Kami sentiasa mencari jalan untuk mempertingkatkan Google Maps dan amat mengalu-alukan pandangan anda. Beritahu kami perkara yang anda suka, perkara yang anda tidak suka dan tentang pepijat yang anda temui. Jika anda rasa perkara tertentu perlu dialih keluar atas sebab undang-undang, kemukakan permintaan perundangan.
Jenis maklum balas yang anda boleh hantar
Semasa anda menghantar maklum balas, anda boleh memberitahu kami tentang tiga jenis perkara:
- Pengalaman anda menggunakan Peta: Ketahui cara menghantar maklum balas di bawah.
- Maklumat peta yang salah: Ketahui cara melaporkan masalah data.
- Maklumat peta tiada: Ketahui cara menambah tempat atau alamat yang tiada.
- Buka Peta Google dan pastikan anda telah log masuk.
- Di bahagian atas sebelah kiri, klik Menu
.
- Klik Edit peta.
- Pilih pendapat anda tentang Peta.
- Untuk menambahkan tangkapan skrin pada maklum balas anda, ikut arahan yang diberikan.
- Klik Hantar.
Petua memberi maklum balas yang baik
- Berikan maklumat sebanyak dan setepat yang mungkin. Jika anda tidak pasti nama sesuatu perkara, anda boleh menerangkan perkara itu. Lebih banyak maklumat yang diberikan, lebih besar kemungkinan kami dapat membetulkannya.
- Sertakan sebanyak mungkin maklumat yang boleh. Beritahu kami perkara yang anda lakukan, perkara yang berlaku dan perkara yang anda jangkakan.