Anda boleh menerokai tanda tempat dan keajaiban semula jadi dunia dan memperoleh pengalaman di tempat seperti muzium, arena, restoran dan perniagaan kecil dengan Street View dalam Google Maps dan Google Earth.
Dapatkan Street View dalam Peta Google
Untuk mengakses foto Street View:
- Cari tempat atau alamat dalam Google Maps.
- Seret Pegman
ke suatu tempat pada peta.
- Buka Google Maps pada komputer anda.
- Cari tempat atau klik penanda tempat pada peta.
- Pilih foto dengan ikon Street View
.
- Setelah anda selesai, pada bahagian atas sebelah kanan, klik Tutup
.
- Buka Google Maps pada komputer anda.
- Pada bahagian bawah sebelah kanan, klik Pegman
.
- Seret Pegman
kepada kawasan yang mahu diteroka.
- Nyahklik untuk melepaskan Pegman
pada garisan biru, titik biru atau titik jingga pada peta.
- Setelah selesai, pada bahagian atas sebelah kiri, klik Kembali
.
Cari imejan peringkat jalan dari tarikh lain
Penting: Imejan bersejarah tidak tersedia untuk setiap tempat yang terdapat Street View.
Anda boleh mencari imejan peringkat jalan yang diambil pada masa berlainan daripada arkib Street View dan penyumbang lain. Sebagai contoh, anda boleh menerokai kawasan kejiranan anda yang telah berubah dengan peredaran masa.
- Buka Google Maps pada komputer anda.
- Seret Pegman
kepada map.
- Klik Lihat lebih banyak tarikh.
- Pada bahagian bawah, tatal menerusi galeri lakaran kecil untuk melihat lebih jauh pada masa lampau.
- Untuk keluar daripada Street View, pada bahagian atas sebelah kiri, klik Kembali
.
Terokai Street View dalam Google Maps
- Untuk bergerak: Halakan kursor anda ke arah yang mahu dituju. Kursor anda bertukar menjadi anak panah yang menunjukkan arah pergerakan anda.
- Untuk mencari destinasi anda yang seterusnya:
- Cari X.
- Klik sekali untuk bergerak menuju X.
- Untuk meneroka: Seret tetikus ke mana-mana arah. Anda juga boleh menggunakan anak panah pada sebelah kiri dan kanan kompas.
- Untuk zum masuk atau keluar:
- Tatal menggunakan tetikus anda.
- Gunakan zum dua jari dengan pad sentuh.
- Di bawah kompas:
- Untuk zum masuk, klik +.
- Untuk zum keluar, klik -.
- Untuk menghalakan Street View anda ke arah utara: Pada bahagian bawah sebelah kanan, klik kompas.
- Untuk beralih antara jalan:
- Pada bahagian bawah sebelah kiri, akses tetingkap "Kembali kepada Peta".
- Klik laluan diserlahkan berwarna biru.
Pratonton arah dalam Street View pada Google Maps
Penting: Untuk mendapatkan arah dalam Street View, klik Arah . Kemudian, masukkan destinasi mula dan akhir.
- Pada komputer anda, dalam bahagian laluan yang mahu anda pilih, klik Butiran.
- Untuk mendapatkan arah yang lebih terperinci, klik Kembangkan
.
- Tuding pada langkah dalam arah.
- Jika Street View tersedia, anda akan mendapat foto pratonton.
- Untuk mendapatkan Street View bagi langkah yang dikehendaki, klik foto tersebut.
- Untuk mendapatkan Street View bagi langkah lain dalam laluan: Dalam kotak pada bahagian bahawa sebelah kiri, klik Langkah sebelumnya atau Langkah seterusnya.
- Untuk keluar daripada pratonton: Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Tutup
.
Laporkan isu Street View dalam Google Maps
- Cari imej tersebut.
- Klik Lagi
Laporkan masalah.
- Pilih masalah dan klik Serahkan.
- Kami akan menyemak laporan anda dengan segera.
Untuk meminta pengaburan imejan Street View rumah anda, anda boleh mengikut arahan Kaburkan imejan Street View ini.
Laporkan imejan Satelit atau Street View yang sudah lapuk
Untuk melaporkan imejan yang sudah lapuk, isi maklumat permintaan pada borang ini. Maklum balas anda membantu kami untuk menentukan lokasi kemaskinian imejan yang paling penting. Harap maklum bahawa Google tidak dapat memberikan komitmen terhadap garis masa khusus untuk membuat kemaskinian.