Jika Google Maps dimuatkan dengan perlahan, berikut ialah beberapa perkara yang boleh anda cuba.
- Mulakan semula komputer dan penyemak imbas anda: Selalunya, Google Maps akan dimuatkan dengan lebih cepat selepas anda memulakan semula komputer atau penyemak imbas anda, seperti Chrome, Firefox atau Microsoft Edge.
- Kemas kini komputer dan penyemak imbas anda: Pastikan komputer dan penyemak imbas anda memenuhi keperluan sistem Maps.
- Pasang versi terkini DirectX pada Windows: Pemasangan versi terkini DirectX, perisian yang meningkatkan visual pada komputer anda, boleh membantu Maps dimuatkan dengan lebih cepat. Untuk memasang DirectX, lawati sokongan Microsoft.
Ketahui lebih banyak cara menggunakan Google Maps.
Minta nasihat daripada pakar Maps
Jika perkara di atas tidak membantu, anda boleh mencari penyelesaian lain pada Forum Produk Google Maps. Jika Google Maps masih dimuatkan dengan perlahan, hantar maklum balas kepada kami.