Lokasi anda mungkin sukar dicari oleh Google Maps. Jika lokasi GPS titik biru anda pada peta didapati tidak tepat atau tiada, anda boleh melakukan langkah yang berikut untuk menyelesaikan masalah ini.
Fahami fungsi titik biru
Titik biru menunjukkan lokasi anda pada peta. Apabila Google Maps tidak pasti tentang lokasi anda, bulatan biru muda akan ditunjukkan di sekeliling titik biru.
- Anda mungkin berada di mana-mana lokasi dalam bulatan biru muda itu.
- Apl lebih pasti akan lokasi anda apabila bulatan adalah lebih kecil.
- Jika titik biru tidak kelihatan atau dikelabukan, Maps tidak dapat mencari lokasi semasa anda. Sebaliknya, Maps menunjukkan lokasi terakhir anda.
Cari lokasi semasa anda dalam Google Maps
- Beri Maps kebenaran lokasi dalam penyemak imbas anda.
- Urus tetapan lokasi anda pada Chrome.
- Jika anda menggunakan penyemak imbas Internet selain Chrome, cari arahan pada laman web penyemak imbas tersebut.
- Pada komputer anda, buka Google Maps.
- Pada bahagian bawah sebelah kanan, klik Lokasi saya
.
- Titik biru pada peta menunjukkan lokasi anda.
Tingkatkan ketepatan lokasi pada Google Maps
Jika anda menerima ralat seperti "Lokasi anda tidak dapat ditentukan" atau lokasi anda masih salah, anda boleh:
- Muat semula penyemak imbas anda.
- Pastikan sambungan Internet anda kukuh.
- Buat semakan semula tetapan kebenaran penyemak imbas anda.
- Mulakan semula komputer anda.
Ketahui cara Google Maps mencari lokasi semasa anda
Untuk menganggarkan lokasi semasa anda, Maps menggunakan sumber seperti maklumat lokasi daripada penyemak imbas web anda.
Fahami & urus lokasi anda apabila anda melakukan carian pada Google.