Lokasi anda mungkin sukar dicari oleh Google Maps. Jika lokasi GPS titik biru anda pada peta didapati tidak tepat atau tiada, anda boleh melakukan langkah yang berikut untuk menyelesaikan masalah ini.
Fahami fungsi titik biru
Titik biru menunjukkan lokasi anda pada peta. Apabila Google Maps tidak pasti tentang lokasi anda, bulatan biru muda akan ditunjukkan di sekeliling titik biru.
- Anda mungkin berada di mana-mana lokasi dalam bulatan biru muda itu.
- Apl lebih pasti akan lokasi anda apabila bulatan adalah lebih kecil.
- Jika titik biru tidak kelihatan atau dikelabukan, Maps tidak dapat mencari lokasi semasa anda. Sebaliknya, Maps menunjukkan lokasi terakhir anda.
Cari lokasi semasa anda dalam Google Maps
- Buka apl Google Maps
pada telefon atau tablet Android anda.
- Pada bahagian bawah sebelah kanan, ketik Lokasi anda
.
- Titik biru pada peta menunjukkan lokasi anda.
Hidupkan Ketepatan Lokasi peranti anda
Untuk membantu Google Maps mencari lokasi anda dan menyediakan titik biru yang paling tepat, hidupkan Ketepatan Lokasi peranti anda.
Selesaikan masalah ketepatan lokasi dalam Google Maps
Ketepatan lokasi anda bermasalah jika:
- Terdapat bulatan biru lebar di sekeliling titik biru dan mesej ketepatan rendah.
- Jika perkara ini ditunjukkan, ketik mesej untuk mendapatkan:
- Maklumat tentang masalah ketepatan lokasi anda
- Cadangan tentang cara menyelesaikan masalah
- Pilihan untuk cuba menentukur Maps untuk meningkatkan ketepatan anda
- Pautan untuk berkongsi maklum balas
- Jika perkara ini ditunjukkan, ketik mesej untuk mendapatkan:
- Titik biru dikelabukan.
- Tiada titik biru.
Untuk meningkatkan ketepatan lokasi anda, ikut arahan pada skrin. Jika tindakan itu tidak menyelesaikan masalah anda, yang berikut merupakan senarai masalah lazim dan penyelesaian.
Masalah ketepatan lokasi | Cara menyelesaikan masalah |
---|---|
Butang lokasi berwarna merah yang mengandungi tanda soal. |
Untuk membolehkan Google Maps menentukan lokasi anda, hidupkan Perkhidmatan lokasi. |
Lokasi kerap berubah tempat pada peta. |
Matikan Mod penjimat bateri. |
Ketepatan lokasi rendah: Gunakan kamera anda untuk menentukur. |
Tentukur menggunakan Live View. |
Ketepatan lokasi rendah: Pastikan tetapan data mudah alih atau Wi-Fi anda dihidupkan. |
|
Ketepatan lokasi rendah: Tentukur tanpa menggunakan Live View. |
Tentukur kompas peranti anda. |
Lokasi telah lapuk. |
Matikan Mod pesawat. |
Ketepatan lokasi rendah: Oleh sebab isyarat GPS atau Wi-Fi yang lemah. |
Untuk meningkatkan ketepatan lokasi, cari lokasi dengan isyarat GPS atau Wi-Fi yang lebih baik. |
Tingkatkan ketepatan lokasi pada Google Maps
Jika lokasi anda masih salah, anda boleh memulakan semula telefon atau tablet Android anda. Anda juga boleh:
Aktifkan Wi-Fi- Buka apl Tetapan
pada telefon atau tablet Android anda.
- Ketik Wi-Fi.
- Di bahagian atas, hidupkan Wi-Fi.
Jika pancaran titik biru anda lebar atau menghala ke arah yang salah, tentukur kompas anda.
- Buka apl Google Maps
pada telefon atau tablet Android anda.
- Lakarkan pola angka 8 sehingga pancaran menjadi sempit dan menghala ke arah yang betul.
- Anda perlu berbuat demikian untuk beberapa kali sahaja.
Tentukur menggunakan Live View
Orientasikan diri anda menggunakan Live ViewOrientasikan diri anda dengan pantas kepada persekitaran anda dan tanda tempat berdekatan dalam Live View. Anda juga boleh mengetahui jarak tanda tempat tertentu dari lokasi anda dan cara pergi ke lokasi. Tanda tempat ini boleh termasuk tempat ikonik, seperti Empire State Building di New York City atau tempat yang boleh dicam dengan mudah, seperti taman tempatan dan tarikan pelancong.
Terdapat 2 cara mengorientasikan diri anda dalam Live View dengan menggunakan tanda tempat:
- Cari tempat atau ketik tempat tersebut di peta.
- Pada bahagian bawah sebelah kanan, ketik Langsung
.
- Pada bahagian bawah sebelah kanan, ketik Langsung
- Buat carian untuk kategori, seperti restoran atau pusat beli-belah.
- Ketik Lihat peta.
- Tatal menerusi pilihan tempat, kemudian pilih tempat.
- Ketik Langsung
.
Apabila anda dalam Live View:
- Untuk membantu Maps mencari lokasi anda, ikut arahan pada skrin.
- Petua: Tuding kamera telefon anda pada bangunan dan papan tanda di seberang jalan, bukannya pokok atau manusia.
- Apabila Maps mengetahui lokasi anda:
- Anda mendapat jarak ke destinasi anda.
- Anda juga boleh mengakses navigasi berjalan Live View.
Semasa anda di luar:
- Buka apl Google Maps
pada telefon atau tablet Android anda.
- Ketik titik biru
Tentukur
.
- Ikut arahan pada skrin.
Petua: Berdasarkan ketersediaan Street View, Maps mungkin membuka penentukur Live View.
Ketahui cara Google Maps mencari lokasi semasa anda
Untuk menganggarkan lokasi anda, Maps menggunakan sumber seperti:
- GPS: Untuk mengetahui lokasi semasa anda sehingga sekitar 20 meter, Maps menggunakan satelit.
- Apabila anda berada di dalam bangunan atau di bawah tanah, GPS kadangkala menjadi tidak tepat.
- Wi-Fi: Lokasi rangkaian Wi-Fi yang berdekatan membantu Maps mengetahui lokasi anda.
- Menara selular: Sambungan anda kepada data mudah alih boleh tepat sehingga beberapa ribu meter.
Fahami & urus lokasi anda apabila anda melakukan carian pada Google.