Untuk mencari tempat pada Google Maps, masukkan koordinat GPS latitud & longitud. Anda juga boleh menemukan koordinat tempat yang telah anda temukan sebelum ini.
Selain longitud dan latitud, anda boleh menggunakan Plus Codes untuk berkongsi tempat.
Masukkan koordinat untuk mencari tempat dalam Google Maps
- Buka apl Google Maps
pada telefon atau tablet Android anda.
- Masukkan koordinat anda dalam kotak carian.
Contoh format yang berfungsi:- Darjah perpuluhan (DD): 41.40338, 2.17403
- Darjah, minit dan saat (DMS): 41°24'12.2"N 2°10'26.5"E
- Darjah dan minit perpuluhan (DMM): 41 24.2028, 2 10.4418
Dapatkan koordinat tempat dalam Google Maps
- Buka apl Google Maps
pada telefon atau tablet Android anda.
- Untuk menjatuhkan pin merah, sentuh dan tahan kawasan peta yang tidak dilabelkan.
- Anda boleh mencari koordinat tersebut dalam kotak carian.
Formatkan koordinat anda dalam Google Maps
Formatkan koordinat anda supaya berfungsi dalam Google Maps:
- Gunakan darjah perpuluhan dalam format yang berikut:
- Betul: 41.40338, 2.17403
- Salah: 41,40338, 2,17403
- Masukkan koordinat latitud dahulu sebelum koordinat longitud.
- Pastikan bahawa nombor pertama dalam koordinat latitud anda adalah antara -90 dengan 90.
- Pastikan bahawa nombor pertama dalam koordinat longitud anda adalah antara -180 dengan 180.