Kereta Google Street View menangkap imej dari jalan awam, yang mungkin termasuk rumah anda. Jika imej mengandungi kandungan tidak sesuai atau anda lebih suka rumah anda tidak ditunjukkan, anda boleh meminta rumah anda dikaburkan. Sebaik sahaja Google mengaburkan rumah anda, pengaburan itu kekal. Hanya pemilik atau penyewa rumah yang layak untuk meminta rumah dikaburkan. Selain itu, Google menggunakan teknologi canggih yang direka bentuk untuk mengaburkan muka dan nombor plat yang boleh dikenal pasti dalam imejan Street View.
Komputer
Untuk mengaburkan Google Street View, anda perlu menghantar permintaan.
- Temukan rumah anda dalam Google Maps.
- Buka imejan Street View yang mahu dikaburkan.
- Pada bahagian bawah sebelah kanan, klik “Laporkan Masalah”.
- Lengkapkan borang Laporkan Masalah dan serahkan.
Kami akan menyemak laporan anda secepat mungkin. Jika anda telah memasukkan alamat e-mel dalam borang, kami mungkin menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat tambahan atau memaklumkan anda tentang status laporan anda.
Android / iOS