Mula menggunakan Google Maps

Artikel ini akan membantu anda menyediakan, mempelajari asas dan menerangkan pelbagai ciri Google Maps. Anda boleh menggunakan apl Google Maps pada peranti mudah alih anda atau Google Maps pada komputer anda.

Sediakan alamat rumah atau kerja anda

Dalam Google Account anda, anda boleh menemukan arah dari rumah atau tempat kerja dengan lebih cepat apabila anda menetapkan alamat rumah dan tempat kerja anda.

Anda juga boleh menemukan laluan terpantas untuk memendekkan perjalanan ulang-alik anda. Ketahui cara menetapkan alamat tempat kerja dan rumah anda.

Petua: Maklumat ini mungkin dikongsi dengan produk dan perkhidmatan Google yang lain.

Dapatkan maklumat tentang sesebuah tempat

Setelah anda menemukan tempat pada peta, anda boleh:

  • Mendapatkan arah ke tempat tersebut.
  • Mendapatkan maklumat seperti waktu perniagaan dan menu. 
  • Mencari imejan Street View.

Ketahui cara mencari tempat pada Google Maps.

Dapatkan arah & mulakan navigasi

Dapatkan masa perjalanan dan arah ke destinasi anda yang seterusnya, seperti rumah, tempat kerja atau janji temu kalendar anda.

Fahami ciri apl Google Maps

Untuk membantu anda mengakses ciri dengan lebih cepat, apl Google Maps telah dikemas kini.

Apabila anda membuka apl Google Maps, anda akan menemukan tab ini pada bahagian bawah Skrin Utama:

  • Teroka Teroka: Pilih destinasi.
  • Anda Simpan tempat: Buat senarai, ingat kembali tempat dan temukan perjalanan yang disimpan, pemberitahuan dan mesej anda.
  • Sumbangkan Sumbangkan: Kongsi pengalaman, tambahkan maklumat dan ulasan serta selesaikan masalah.

Ciri seperti Perkongsian lokasi, Garis Masa dan Peta luar talian tersedia pada bahagian atas sebelah kanan, dalam gambar profil atau parap Bulatan Akaun.

Akses ciri Google Maps

Teroka

Anda boleh mencari ulasan dan perihalan terperinci untuk perniagaan dan tempat tarikan paling popular di kawasan pilihan anda. Anda boleh mencari lokasi popular, acara tempatan, restoran yang bergaya atau aktiviti yang boleh dilakukan dalam Google Maps.

Ketahui cara menggunakan tab Teroka dalam Google Maps.

Anda

Perjalanan yang disimpan

Pada tab “Anda”, anda boleh menemukan semua perjalanan kerap anda pada skrin perjalanan yang disimpan. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang anggaran masa ketibaan (ETA) anda dan laporan trafik serta kemalangan sepanjang perjalanan.

Ketahui cara menyemat & mengurus perjalanan yang disimpan.

Tempat & senarai yang disimpan

Pada tab “Anda”, anda boleh menemukan kandungan diperibadikan yang berikut:

  • Tempat yang disimpan baru-baru ini
  • Senarai anda
  • Perjalanan yang disimpan
  • Garis Masa
  • Peta saya
  • Tempahan

Ketahui lebih lanjut tentang cara mencari tempat & senarai yang disimpan.

Pemberitahuan & mesej

Pada tab “Anda”, anda boleh:

Sumbangkan

Untuk menambahkan tempat, menulis ulasan, memuat naik foto atau mencadangkan pengeditan, pada bahagian bawah, ketik Sumbangkan Sumbangkan.

Anda juga boleh:

  • Menyerahkan pembetulan untuk jalan dan tempat.
  • Mengurus profil Maps anda.
  • Mencari paparan dan kesan sumbangan anda.

Ketahui lebih lanjut tentang cara membuat sumbangan kepada Google Maps.

Gambar profil

Untuk mencari mana-mana ciri ini, ketik gambar profil atau parap anda Bulatan Akaun:

  • Log masuk dan keluar dari akaun anda.
  • Data anda dalam Maps
  • Dasar Privasi & Syarat Perkhidmatan
  • Hidupkan Mod inkognito.
  • Business Profile anda
  • Garis Masa: Cari dan urus Sejarah Lokasi anda.
  • Perkongsian Lokasi: Pilih pengguna yang boleh mencari lokasi anda dan lokasi pengguna yang boleh anda temukan pada Google Maps.
  • Peta luar talian: Cari dan urus peta luar talian anda.
  • Tetapan: Urus tetapan Wi-Fi, unit jarak, pemberitahuan dan perjalanan ulang-alik anda pada Google Maps.
  • Bantuan & maklum balas: Akses Bantuan dan berikan maklum balas seperti meminta pembetulan untuk jalan serta tempat daripada skrin yang sama.

Urus tetapan privasi anda

Untuk mengakses dan mengurus tetapan privasi yang berikut, ketik gambar profil atau parap anda Bulatan Akaun​​:

  • Garis Masa: Lihat dan urus Garis Masa Google Maps anda.
  • Perkongsian Lokasi: Pilih pengguna yang boleh melihat lokasi anda dan lokasi pengguna yang boleh anda lihat pada Google Maps.
  • Data anda dalam Maps: Urus kawalan privasi anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8803868429280155807
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false
false
false