Jika kandungan anda diterima untuk penerbitan luaran, kandungan ini dapat dilihat secara umum oleh sesiapa sahaja yang mengakses kebanyakan produk Google, termasuk Search dan Maps, bersama-sama nama dan foto profil anda yang dipaparkan di halaman Perihal saya anda.
Jika anda tidak mahu berkongsi pengalaman, imejan, video anda atau lokasi yang imejan atau video itu dirakamkan, jangan terbitkan kandungan tersebut menggunakan perkhidmatan ini. Jika anda memadamkan sumbangan atau akaun anda, data kedudukan imejan dan peningkatan data peta berikutan sumbangan tersebut mungkin disimpan tetapi tidak lagi dikaitkan dengan akaun anda.
Kandungan yang anda serahkan untuk penerbitan kepada Google Maps perlu memenuhi dasar kandungan dijana pengguna Maps, Dasar Kandungan yang Dilarang dan Terhad serta dasar Kriteria foto dan video. Setelah diterbitkan, kandungan anda mungkin dipaparkan dalam pelbagai produk dan perkhidmatan Google, termasuk Google Maps, Street View, Google Earth, Google Search dan produk Google yang lain.
Kandungan yang diterbitkan, berserta nama dan foto profil anda, mungkin turut dipaparkan dalam laman pihak ketiga yang menggunakan widget boleh dibenamkan Google atau Google Maps Platform API.