Dasar ini telah dikemaskinikan. Anda boleh menemukan dasar semasa di sini.
Sebagai tambahan kepada garis panduan Kandungan Dilarang, Foto dan Video adalah tertakluk pada kriteria yang berikut.
Tangkapan skrin, foto stok, GIF, imejan lain yang dibuat secara manual atau imejan yang diambil oleh pihak lain tidak boleh dimuat naik. Foto atau video mestilah dirakam oleh pengguna di lokasi yang berkenaan untuk menjadikan bahan tersebut relevan. Jika subjek utama kandungan tidak relevan dengan lokasi (termasuk foto swafoto dengan individu/kumpulan sebagai fokus utama), kandungan tersebut mungkin dialih keluar.
Pelarasan gaya
- Pelarasan gaya (seperti penapis yang digunakan) boleh diterima dengan syarat perubahan gaya tersebut adalah minimum dan bukan merupakan elemen yang ditambah seperti sempadan, teks, imej kolaj dll.
- Kandungan yang menyukarkan pengguna lain memahami persekitaran yang anda kongsi mungkin ditolak.
- Contohnya, imej yang terlalu gelap atau kabur, komposisi yang diputar secara ketara dan penggunaan penapis yang mengubah gambaran tempat secara dramatik.
- Peleraian imej mestilah mencukupi. Keperluan sebenar mungkin berbeza mengikut jenis foto dan tempat foto dimuat naik. Foto/video yang kabur, luar fokus atau secara umumnya berkualiti rendah mungkin dialih keluar atau ditolak.
- Untuk video, hanya muat naik kandungan yang stabil dengan kualiti visual yang baik. Kandungan luar fokus, bergoyang atau menampilkan pendedahan yang tidak sesuai tidak boleh dimuat naik. Video yang terherot atau rosak tidak dibenarkan.
Teks atau grafik bertindih
Teks atau grafik bertindih, termasuk kandungan promosi seperti logo, adalah tertakluk pada keperluan berikut:
- Untuk foto 360, kandungan bertindih mesti terhad kepada sama ada zenit atau nadir (25% ruang teratas atau terbawah pada imej unjuran sama segi empat tepat), tetapi tidak boleh wujud pada kedua-dua bahagian.
- Untuk foto digital dan video tradisional, kandungan bertindih tidak boleh mengambil lebih daripada 10% ruang imej atau video dan mesti terhad kepada satu pinggir.
- Teks atau grafik bertindih mestilah berkaitan.
- Teks atau grafik bertindih yang mengganggu perhatian adalah tidak dibenarkan.
Foto 360
- Foto 360 mesti merangkumi 360º tanpa apa-apa jurang dalam imejan horizon. Imej ini tidak perlu memanjang sehingga ke zenit dan nadir (paling atas ke paling bawah). Namun, hanya ruang/lubang yang kecil boleh diterima antara pinggir paling atas dan paling bawah foto 360 anda.
- Ralat cantuman yang kecil boleh diterima tetapi foto dengan artifak cantuman yang ketara mungkin ditolak.
- Foto 360 mestilah sekurang-kurangnya 4K (peleraian 3,840 piksel kali 2,160 piksel atau lebih besar).
- Apabila berbilang foto 360 diterbitkan untuk satu kawasan, foto ini mungkin dicantumkan secara automatik. Sama ada foto anda dicantumkan secara manual atau automatik, kami mungkin melaraskan, mengalih keluar atau membuat cantuman baharu — dan melaraskan kedudukan serta orientasi foto 360 anda — untuk memastikan pengalaman paparan yang realistik dan harmoni.
- Apabila anda mencantumkan foto 360, pastikan penyambungan yang anda buat adalah antara kedudukan sesuai yang berdekatan. Jangan cuba membuat cantuman yang akan mengelirukan pengguna yang meneroka foto 360 terhubung anda buat kali pertama.
- Apabila menerbitkan berbilang foto 360 untuk kawasan tertentu, jangan gunakan kehampiran pin/titik terdekat tempat tersebut atau visualisasi peta garisan biru yang dihasilkan untuk menulis mesej, melukis simbol, gambar atau sebaliknya merosakkan peta.
- Jika anda menambahkan apa-apa bentuk atribusi (tera air, maklumat pengarang dll.) pada zenit atau nadir foto 360 anda, harap maklum tentang keperluan yang berkaitan di bawah bahagian Teks atau grafik bertindih di atas.