Untuk memastikan pengalaman pengguna yang lebih boleh dipercayai, Maps pada Android tidak akan berfungsi lagi pada versi apl 10.15 atau lebih lama dan tidak akan menyediakan keluaran baharu lagi untuk Android versi 8.1 atau lebih lama selepas bulan Ogos 2025.
Petua: Ketahui lebih lanjut tentang cara mencari versi apl Google Maps anda dan lihat versi Android anda.
Kemas kini versi apl Android
Jika versi apl anda ialah 10.15 atau lebih lama dan peranti anda ialah Android 9 dan lebih baharu:
- Kemas kini kepada versi Google Maps lebih baharu.
- Lawati google.com/maps dalam penyemak imbas mudah alih anda untuk menggunakan Google Maps Web.
- Muat turun Maps Go
Isu kemaskinian
Jika anda tidak dapat mengemaskinikan apl anda, versi Android OS anda tidak menyokong versi apl Google Maps yang lebih baharu lagi (jika peranti anda menggunakan Android versi 8.1 atau lebih lama dan versi apl anda ialah 10.15 atau lebih lama).
- Untuk mendapatkan apl Google Maps Android, kemas kinikan kepada Android OS yang terkini.
- Lawati google.com/maps dalam penyemak imbas mudah alih anda untuk menggunakan Google Maps Web.
Selesaikan isu yang mengandungi pautan yang rosak
1. Pada peranti mudah alih anda, buka apl Play Store .
2. Dalam Play Store, cari Google Maps.
3. Di bahagian kanan sebelah atas, ketik Kemas kini.
Petua: Jika anda tidak dapat mengemas kini apl, buka google.com/maps dalam penyemak imbas anda.