Anda boleh mengubah tema Google Maps pada peranti mudah alih anda. Tema gelap menjadikan skrin anda lebih mudah dibaca dan membantu untuk mengurangkan penggunaan bateri.
Petua: Terdapat tetapan berasingan untuk tema gelap apabila anda meneroka dan menavigasi dalam Google Maps.Hidupkan mod gelap
- Buka apl Google Maps
pada iPhone atau iPad anda.
- Ketik gambar profil atau parap anda
Tetapan
Mod gelap.
- Pilih salah satu daripada pilihan berikut:
- Hidup: Mod gelap sentiasa hidup dalam Maps, tidak mengambil kira tetapan sistem.
- Mati: Mod gelap sentiasa dimatikan dalam Maps, tidak mengambil kira tetapan sistem.
- Sama seperti tetapan peranti: Ikut tetapan penampilan sistem iOS.
Hidupkan tema gelap semasa menavigasi
- Buka apl Google Maps
pada iPhone atau iPad anda.
- Ketik gambar profil atau parap
Tetapan
Navigasi.
- Tatal kepada “Paparan peta”.
- Dalam bahagian skema Warna, ketik:
- Hidupkan: Untuk menghidupkan mod gelap pada Maps, tanpa mengira tetapan sistem.
- Matikan: Untuk mematikan mod gelap pada Maps, tanpa mengira tetapan sistem.
- Sama seperti tetapan peranti: Untuk mengikut tema yang dipilih dalam tetapan penampilan sistem iOS.