Pengguna bergantung pada perihalan apl anda untuk membantu mereka memahami fungsi dan tujuan apl anda. Kami tidak membenarkan apl dengan metadata yang mengelirukan, tidak diformatkan dengan betul, tidak deskriptif, tidak berkaitan, berlebihan atau tidak sesuai, termasuk tetapi tidak terhad kepada perihalan, nama pembangun, tajuk, ikon, tangkapan skrin dan imej promosi apl. Pembangun mesti menyediakan perihalan apl mereka yang jelas dan ditulis dengan baik. Kami juga tidak membenarkan testimoni pengguna tanpa atribut atau awanama dalam perihalan apl.
Tajuk, ikon dan nama pembangun apl anda sangat berguna kepada pengguna untuk mencari dan mengetahui tentang apl anda. Jangan gunakan emoji, emotikon atau aksara khas berulang dalam elemen metadata ini. Elakkan daripada menggunakan SEMUA HURUF BESAR kecuali ini sebahagian daripada jenama anda. Simbol yang mengelirukan dalam ikon apl tidak dibenarkan, contohnya: penunjuk titik mesej baharu apabila tiada mesej baharu dan simbol muat turun/pasang apabila apl tidak berkaitan dengan memuat turun kandungan. Tajuk apl anda mestilah 30 aksara atau kurang. Jangan gunakan teks atau imej dalam tajuk, ikon atau nama pembangun apl yang menunjukkan prestasi atau kedudukan gedung, harga atau maklumat promosi, atau yang mencadangkan hubungan kepada program Google Play sedia ada.
Di samping keperluan yang dinyatakan di sini, Dasar Pembangun Google Play tertentu mungkin menghendaki anda memberikan maklumat metadata tambahan.