Selesaikan masalah dan Soalan Lazim Android Performance Tuner

 

Jika anda menghadapi masalah untuk menyepadukan, menggunakan atau memahami Android Performance Tuner, maklumat di bawah mungkin dapat membantu anda.

Isu lazim semasa bermula

Android Performance Tuner belum disepadukan sepenuhnya.

Jika halaman Cerapan prestasi memaparkan mesej pengenalan dengan tajuk, “Dapatkan cerapan prestasi dengan Android Performance Tuner”, itu bermakna penyepaduan anda belum selesai.

Selesaikan penyepaduan, kemudian muat naik permainan anda ke Play Console, seperti yang diterangkan di tapak Pembangun Android.

Android Performance Tuner telah disepadukan sepenuhnya, tetapi apl anda belum dikeluarkan.

Jika halaman Cerapan prestasi menggesa anda agar membuat keluaran, itu bermakna Android Performance Tuner telah disepadukan sepenuhnya, tetapi anda perlu menerbitkan apl anda.

Keluarkan apl anda ke runut ujian atau terbitkan di Google Play. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengeluarkan apl, pergi ke Sediakan dan lancarkan keluaran.

Apl anda menerima mesej ralat semasa muat naik.

Apabila anda memuat naik apl anda ke Play, beberapa semakan akhir dijalankan untuk mengesahkan konfigurasi anda. Jika anda menerima mesej amaran, sila semak butirannya dan pastikan anda telah melengkapkan senarai semak untuk laluan penyepaduan yang berkaitan.

Apl anda telah dikeluarkan tetapi data tidak mencukupi.

Jumlah data yang dikumpulkan perlu mencapai ambang minimum sebelum dipaparkan dalam Play Console. Walau bagaimanapun, jika anda mengeluarkan Android App Bundle anda ke runut ujian dalaman, ambang minimum ini boleh diabaikan. Ini bermakna anda boleh mengesahkan persediaan anda secara dalaman sebelum menerbitkan apl anda di Google Play.

Soalan Lazim

Bagaimanakah Android Performance Tuner mempengaruhi taburan kadar bingkai saya? Adakah Android Performance Tuner dapat mengurangkan kadar bingkai? Adakah pemalam kelihatan telah menukar kadar bingkai?

Ujian kami menunjukkan bahawa Android Performance Tuner mempunyai kesan yang boleh diabaikan (<1%) terhadap prestasi masa bingkai. Jika anda menggunakan Frame Pacing API untuk menyediakan pemasaan bingkai untuk Android Performance Tuner, maka anda akan melihat bahawa masa bingkai anda menjadi lebih konsisten. Perkara ini suatu kelebihan kerana ini akan mengurangkan mikrosentakan. Bilangan bingkai perlahan sepatutnya kekal tidak berubah sebahagian besarnya.

Bolehkah saya menggunakan ini sebelum melancarkan apl saya?

Ya, jika anda mengeluarkan apl anda pada runut ujian dalaman (yang menyokong sehingga 100 pengguna), maka data prestasi anda akan tersedia dalam Android vitals. Sila ambil perhatian bahawa semasa apl anda berada pada runut ujian dalaman, kami akan memaparkan semua data tanpa mengira kiraan sesi. Walau bagaimanapun, apabila anda menaikkan tahap apl anda kepada ujian tertutup, ujian terbuka atau pengeluaran, kami hanya memaparkan data selepas anda mencapai kiraan sesi yang signifikan dari segi statistik. Ini bermakna bahawa apabila anda menaikkan tahap apl anda daripada ujian kepada pengeluaran, mungkin terdapat tetingkap masa yang singkat yang tidak memaparkan sebarang data, sebelum apl pengeluaran anda mencapai tahap penggunaan yang diperlukan.

Adakah saya akan kehilangan sebarang data jika saya menukar kadar bingkai sasaran saya?

Metrik bingkai perlahan dan cepat terikat pada kadar bingkai sasaran; jika kadar ini berubah, isu dan peluang juga berubah. Walau bagaimanapun, data masa bingkai dasar itu sendiri tidak berubah.

Bolehkan saya matikan pengumpulan data?

Tidak, mematikan pengumpulan data bukan satu pilihan dalam Play Console.

Saya menentukan tetapan kualiti pengguna saya pada waktu jalan. Bagaimanakah hal ini memberikan kesan kepada data yang saya lihat?

Kami bergantung pada anda untuk melaporkan tetapan kualiti pada waktu jalan dengan tepat dan tetapan kualiti pada waktu jalan itu agar selari dengan tahap kualiti yang anda takrifkan semasa penyepaduan anda. Jika tidak, sesi akan dikelaskan sebagai tahap kualiti “tidak diketahui”.

Saya membenarkan pengguna saya membatalkan tetapan kualiti mereka. Bagaimanakah hal ini memberikan kesan kepada data yang saya lihat?

Pada masa ini, kami tidak menjejaki perubahan yang didorong pengguna, tetapi kami merancang untuk berbuat demikian pada masa akan datang. Sehingga itu, perubahan ini mungkin dipaparkan dalam dua cara yang berlainan; bergantung pada sama ada tetapan yang dipilih oleh pengguna adalah sebahagian daripada tahap kualiti yang telah anda prakonfigurasikan atau tidak. Jika ya, maka sesi akan dilaporkan pada tahap kualiti yang bersesuaian. Jika tidak, sesi akan dipaparkan pada “tidak diketahui”. Satu akibat yang berkemungkinan ialah sesetengah model peranti mungkin akan dilaporkan pada lebih daripada satu tahap kualiti.

Apakah yang berlaku jika model peranti berjalan pada lebih daripada satu tahap kualiti?

Model peranti boleh dipaparkan berkali-kali dalam carta dan jadual, jika sesi pada model peranti itu dilaporkan pada lebih daripada satu tahap kualiti.

Mengapakah model peranti berjalan pada lebih daripada satu tahap kualiti?

Hal ini boleh berlaku jika: 

  • pengguna menukar tahap kualiti,
  • tahap kualiti ditetapkan secara dinamik pada tahap yang lebih terperinci daripada model peranti sahaja, 
  • atau tahap kualiti ditukar dari jauh tanpa keluaran baharu.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14405192220817771213
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false
false
false