Sediakan apl anda pada papan pemuka apl

Selepas selesai membuat apl, anda boleh mula menyediakan apl itu. Papan pemuka apl anda akan membimbing anda melalui semua langkah yang paling penting untuk menyediakan apl anda di Google Play.

Menggunakan papan pemuka anda

Untuk mula menyediakan apl anda, pilih Papan Pemuka pada menu sebelah kiri. Di bawah butiran apl anda di bahagian atas halaman, anda akan menjumpai pelbagai kategori dan tugas yang berkaitan dengan persediaan dan pengeluaran apl. Anda mesti menyelesaikan tugas wajib sebelum dapat melancarkan apl anda di Google Play. 

Apabila anda sudah menyelesaikan tugas, anda akan melihat tanda semak berwarna hijau dan teks yang bergaris batal. Bar kemajuan di sebelah atas bahagian turut akan dikemas kini. Apabila lebih banyak tugas diselesaikan, papan pemuka anda akan mengisikan data prestasi dan cerapan utama mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 

Selepas melancarkan apl, anda boleh melawati papan pemuka anda untuk mendapatkan ikhtisar metrik, arah aliran dan cerapan penting bagi apl anda. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang metrik ini, pergi ke Lihat statistik apl.

Persediaan awal

Kandungan apl

Bermula dengan memberikan beberapa maklumat tentang apl anda dan menyediakan penyenaraian gedung Google Play anda. Tindakan memberikan maklumat ini dapat membantu kami memastikan apl anda selamat untuk pengguna yang dimaksudkan, mematuhi dasar Google Play dan memenuhi keperluan undang-undang.

Untuk mengetahui maklumat yang perlu anda berikan bagi menyediakan apl anda, lihat Sediakan apl anda untuk semakan.

Pengkategorian apl dan butiran penyenaraian gedung

Pilih kategori apl, berikan butiran hubungan dan sediakan penyenaraian gedung anda.

Keluarkan apl anda

Uji apl anda

Buat permulaan, uji apl anda dengan kumpulan penguji tertentu sebelum membuka ujian anda kepada kumpulan pengguna Google Play yang lebih besar. Pengguna boleh memberikan maklum balas yang membina yang membantu anda membuat peningkatan pada apl anda tanpa menjejaskan rating awam anda.

Penting: Pembangun dengan akaun peribadi yang dibuat selepas 13 November 2023, mestilah memenuhi keperluan ujian tertentu sebelum mereka boleh mengakses pengeluaran untuk mengeluarkan apl mereka pada Google Play atau menggunakan ciri lain seperti prapendaftaran atau ujian terbuka. Baca artikel Pusat Bantuan ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Tugas pengujian termasuk:

  • Menyediakan ujian dalaman atau tertutup.
  • Menyediakan dan melancarkan keluaran ke runut ujian.
  • Mengundang penguji melalui e-mel atau Google Groups dan mengumpulkan maklum balas peribadi.
  • Menyediakan runut ujian terbuka dan beralih kepada ujian terbuka agar sesiapa sahaja dapat menyertai ujian anda di Google Play serta memberikan maklum balas tanpa mempengaruhi rating Google Play anda.
Prapendaftaran

Dengan prapendaftaran, anda boleh menerbitkan penyenaraian gedung anda sebelum melancarkan apl supaya pengguna dapat mendaftarkan minat mereka. Apabila anda melancarkan apl, mana-mana pengguna yang telah melakukan prapendaftaran akan menerima pemberitahuan untuk memuat turun apl anda atau apl itu akan dipasang secara automatik.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara menjadikan apl atau permainan anda tersedia, lihat Tingkatkan kesedaran untuk apl anda dengan prapendaftaran.

Keluarkan apl anda (ke pengeluaran)

Untuk melancarkan apl anda di Google Play, anda perlu melancarkan keluaran ke runut pengeluaran.

Pascapelancaran

Selepas melancarkan apl, anda boleh melawati papan pemuka anda untuk mendapatkan ikhtisar metrik, arah aliran dan cerapan penting bagi apl anda. Metrik yang dipaparkan di sini mungkin berubah secara beransur-ansur seiring dengan pertambahan data penggunaan yang tersedia. Anda boleh menyesuaikan papan pemuka anda untuk memaparkan data yang paling penting bagi anda.

Kandungan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10468023237658263476
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false
false
false