Lihat ralat ranap sistem & aplikasi tiada respons

Anda boleh melihat data ralat ranap sistem dan aplikasi tiada respons (ANR) untuk apl anda dengan menggunakan Play Console. Data diperoleh daripada peranti Android milik pengguna yang telah mengikut serta untuk berkongsi data penggunaan dan diagnostik mereka secara automatik.

Temukan data anda

  1. Buka Play Console.
  2. Pilih satu apl.
  3. Pada menu sebelah kiri, pilih Pantau dan buat peningkatan > Android vitals > Ranap dan ANR.
  4. Berhampiran bahagian tengah skrin anda, gunakan penapis untuk membantu anda menemukan dan mendiagnosis masalah. Untuk mendapatkan butiran tambahan tentang ralat ranap atau ANR, pilih Lihat butiran () bersebelahan item itu.

Nota: Selepas anda memilih gugusan, bahagian berasingan akan dipaparkan jika masalah ditemukan semasa menguji apl anda untuk menjana laporan prapelancaran. Untuk membantu anda menyelesaikan masalah, bahagian tersebut menyertakan maklumat peranti, maklumat ranap sistem atau ANR yang terperinci, Logcat daripada peranti dan video ralat tersebut.

Ranap sistem

Halaman ini menunjukkan ranap yang menyumbang kepada metrik kadar ranap sistem anda. Ranap dikelompokkan dalam gugusan supaya dapat dikenal pasti apabila berbilang ranap berpunca daripada masalah yang sama.

Untuk melihat gugusan ranap anggapan pengguna, gunakan penapis Keterlihatan isu dan pilih masalah yang berlaku pada latar depan sahaja.

Untuk meningkatkan kadar ranap sistem anda, betulkan gugusan ranap yang mengandungi bilangan paling banyak pengguna yang terjejas dahulu.

Untuk mendapatkan panduan tentang mendiagnosis dan membetulkan ranap, lawati laman Pembangun Android.

Petua: Kadar ranap anggapan pengguna ialah metrik penting. Metrik ini ialah salah satu metrik teknikal yang paling penting dan mempengaruhi kebolehtemuan apl anda pada Google Play.

Aplikasi tiada respons (ANR)

Jika apl anda berhenti memberikan respons, pengguna akan melihat dialog yang membolehkan mereka menunggu atau menutup apl tersebut. Apabila dialog ini dipaparkan, ralat ini dikenali sebagai ralat "aplikasi tiada respons" (atau ANR). ANR pada peranti yang menjalankan Android 10 ke bawah tersedia pada Play Console sahaja.

Halaman ini menunjukkan ANR yang menyumbang kepada metrik kadar ANR. ANR dikelompokkan dalam gugusan supaya dapat dikenal pasti apabila berbilang ANR berpunca daripada masalah yang sama.

Untuk melihat gugusan ANR anggapan pengguna, gunakan penapis Keterlihatan isu dan pilih masalah yang berlaku pada latar depan sahaja.

Untuk meningkatkan kadar ANR anda, betulkan gugusan ANR yang mengandungi bilangan paling banyak pengguna yang terjejas dahulu.

Untuk mendapatkan panduan tentang mendiagnosis dan membetulkan ANR, lihat laman Pembangun Android.

Petua: Kadar ANR anggapan pengguna ialah metrik penting. Metrik ini ialah salah satu metrik teknikal yang paling penting dan mempengaruhi kebolehtemuan apl anda pada Google Play.

Ranap dan ANR berkaitan SDK

Ada kalanya SDK boleh menyebabkan masalah teknikal pada apl. Apabila hal ini berlaku, biasanya sukar untuk menyahpepijat dan menyelesaikan masalah kerana masalah ini berlaku dalam kod yang tidak anda kawal.

Jika ranap atau ANR ditandai sebagai "kemungkinan berkaitan dengan SDK" pada halaman ikhtisar Android vitals (Pantau dan buat peningkatan > Android vitals > Ikhtisar) dan anda berpendapat bahawa kod SDK itu menyebabkan masalah, anda boleh berkongsi kod tersebut dengan penyedia SDK untuk menyelesaikan masalah dengan segera. Laporan masalah akan menyertakan nama apl anda, surih tindanan penuh dan maklumat masalah yang lain. Penyedia SDK boleh melihat masalah yang anda kongsi dalam Google Play SDK Console.

Penyedia SDK juga boleh memberikan panduan kepada pembangun apl tentang masalah yang melibatkan SDK mereka. Cari "nota penyedia SDK" daripada penyedia SDK pada halaman ikhtisar Android vitals (Pantau dan buat peningkatan > Android vitals > Ikhtisar), yang dapat membantu anda memahami punca masalah atau cara masalah itu dapat dielakkan. Anda akan menerima mesej Peti Masuk Play Console setiap kali nota baharu ditambahkan untuk masalah yang menjejaskan apl anda.

Bantu kami memahami sama ada nota itu membantu atau tidak dengan mengklik ikon menyukai atau tidak menyukai pada bahagian bawah halaman.

Lawati Indeks SDK Google Play untuk mengetahui lebih lanjut tentang SDK yang anda gunakan dan untuk membuat pilihan SDK yang lebih termaklum.

Kandungan berkaitan

Dapatkan maklumat lanjut pada halaman Android vitals > Ikhtisar dalam Pantau prestasi teknikal apl anda dengan Android vitals.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10779059610469248116
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false
false
false