Bermula dari Julai 2019, kami telah membuat banyak kemaskinian pada metrik kami untuk menjadikan statistik anda lebih menyeluruh dan berguna. Perubahan ini memberi anda beberapa pilihan yang lebih luas apabila mengkonfigurasi laporan anda.
Perubahan ini memberikan kesan pada semua metrik Pengguna dan Peranti serta boleh mempengaruhi cara anda menyediakan dan memahami laporan anda. Gunakan jadual di bawah untuk mengetahui cara anda boleh memetakan nama metrik lama kepada konfigurasi metrik baharu untuk menghasilkan laporan yang serasi dengan data anda yang terdahulu.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang kemaskinian ini di laman Pembangun Android.
Petua: Jangan lupa untuk mengklik Simpan laporan jika anda mahu melawati semula statisitik ini dengan kerap.
Konfigurasi metrik baharu |
Nota |
|
---|---|---|
Pemasangan mengikut pengguna |
Pengguna > Pemerolehan pengguna> Pengguna baharu |
|
Penyahpasangan mengikut pengguna |
Pengguna > Kehilangan pengguna > Semua pengguna |
Anda mungkin melihat kenaikan kerana kini kami dapat menentukan dengan lebih tepat apabila pengguna menjadi tidak aktif dan jika kehilangan pengguna berlaku lebih daripada sekali dalam sehari.
|
Pemasangan pada peranti aktif |
Peranti > Peranti aktif |
Anda mungkin melihat kenaikan kerana kami menggunakan lebih banyak isyarat untuk menghasilkan ukuran yang lebih tepat. |
Pemasangan mengikut peranti | Peranti > Pemerolehan peranti > Peranti baharu | |
Penyahpasangan mengikut peranti |
Peranti > Peranti yang hilang > Semua peranti |
Anda mungkin melihat kenaikan kerana kami dapat mengenal pasti dengan lebih tepat apabila peranti menjadi tidak aktif dan jika kehilangan peranti berlaku lebih daripada sekali dalam sehari. |
Kemaskinian mengikut peranti |
Peranti > Kemaskinian peranti |
|
Peristiwa pemasangan |
Peranti > Peristiwa pemasangan |
|
Peristiwa penyahpasangan |
Peranti > Peristiwa penyahpasangan |
Mungkin terdapat kenaikan kerana kami dapat mengenal pasti dengan tepat apabila pengguna menjadi tidak aktif |
Soalan lazim
Mengapakah kami membuat perubahan ini?Metrik lama kami sudah tidak memberikan gambaran yang menyeluruh lagi. Pasaran dan teknologi telah bergerak ke hadapan dan kami ingin memastikan bahawa metrik kami terus berguna untuk pembangun. Pasukan apl semakin berkebolehan dan canggih serta memerlukan lebih banyak data yang berlainan dan terperinci untuk membuat keputusan perniagaan yang lebih berkesan.
Contohnya, pemerolehan semula kini merupakan aspek genting bagi perkembangan banyak apl (majoriti dalam sesetengah kes). Teknologi baharu (seperti rakan ke rakan) telah menjadi sarana yang penting kepada penyebaran apl dan kami ditempatkan secara eksklusif untuk menjelaskan perkara ini kepada pembangun. Begitu juga, sebahagian besar pembangun turut mengembangkan khalayak mereka melalui prapemasangan dan ingin membantu mereka memahami betapa ciri ini berjaya membantu perkembangan mereka.
Cara anda mengakses data tidak berubah. Antara muka halaman Statistik tidak berubah dan anda masih boleh menjana CSV yang boleh dimuat turun. Kami memetakan metrik baharu pada yang lama secara automatik dalam CSV yang boleh dimuat turun, jadi proses ini akan terus berfungsi seperti sebelum ini.
Berikut ialah beberapa petua:
- Jika anda perlu mengakses data yang setara dengan metrik lama, gunakan jadual di atas untuk mengkonfigurasikan metrik baharu supaya sepadan dengan yang lama.
- Jangan lupa mengklik Simpan laporan jika anda mahu melihat semula statisitik ini dengan kerap dan menggunakan semula konfigurasi yang anda dapati sangat berguna.
- Gunakan pilihan Muat turun dalam halaman statistik untuk menyimpan laporan yang anda hasilkan sebagai CSV dengan mudah.
Tidak. Kami tidak mengira semula data lama anda. Pertukaran yang lancar kepada metrik baharu akan dilakukan pada hari pelancaran.
Pada asasnya, ya. Jika anda perlu mengakses data yang setara dengan metrik lama, gunakan jadual di atas untuk mengkonfigurasikan metrik baharu supaya sepadan dengan yang lama. Walau bagaimanapun, sesetengah metrik seperti pemerolehan pengguna dan peranti kini dikira dengan lebih tepat, jadi mungkin terdapat peningkatan dalam data ini untuk sesetengah apl.
Peristiwa adalah setiap kali sesuatu berlaku. Contohnya, setiap kali pengguna memasang apl.
Unik ialah bilangan pengguna atau peranti yang mengalami peristiwa. Contohnya, setiap pengguna individu yang memasang apl.
Bayangkan anda mempunyai dua pengguna. Seorang memasang apl sekali seminggu; seorang lagi memasang, kemudian menyahpasang dan akhirnya memasang semula apl tersebut dalam minggu yang sama. Sepanjang minggu itu akan terdapat tiga peristiwa pemerolehan pengguna, tetapi hanya dua pengguna unik diperoleh.
Aktif ialah bilangan peranti aktif yang telah dipasang apl atau bilangan pengguna yang mempunyai sekurang-kurangnya satu peranti aktif yang telah dipasang apl. Bayangkan bilangan ini sebagai gambaran saiz jumlah pemasangan atau saiz khalayak apl.
Peranti aktif ialah peranti yang telah mendaftar masuk dengan Google sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 30 hari yang lalu.
Kami memetakan metrik baharu pada yang lama secara automatik dalam CSV yang boleh dimuat turun, jadi metrik ini tidak akan berubah dan akan terus berfungsi seperti sebelum ini.
Sesetengah metrik seperti pemerolehan pengguna dan peranti kini dikira dengan lebih tepat. Mungkin terdapat peningkatan dalam data ini untuk sesetengah apl.
Perkara ini bergantung pada matlamat yang cuba anda capai. Salah satu perkara utama yang ingin kami dayakan dengan kemaskinian ini adalah untuk menjadikan metrik ini lebih telus dan setara.
Contohnya, kini anda boleh membandingkan pemerolehan pengguna unik dengan kehilangan pengguna unik (dikumpulkan mengikut bulan) untuk mendapatkan petunjuk yang berkesan tentang kadar pertumbuhan khalayak anda. Anda tidak dapat berbuat demikian sebelum ini kerana metrik pemasangan pengguna dan penyahpasangan pengguna yang terdahulu tidak setara.
Ya, berikut ialah beberapa laporan kegemaran.
Untuk mendapatkan cerapan yang lebih berkesan tentang pertumbuhan pengguna anda (kira jumlah orang yang telah mencuba apl anda sebelum ini):
- Metrik 1: Pemerolehan pengguna > Pengguna baharu
- Metrik 2: Pemerolehan pengguna > Pengguna ulangan
- Dimensi: Negara, kemudian tambahkan negara terpenting anda sebagai plot berasingan (dengan mengklik Tambah negara)
Untuk memahami sama ada pertumbuhan anda lebih dipengaruhi oleh pemerolehan atau pengekalan:
- Metrik 1: Pemerolehan pengguna > Semua pengguna
- Metrik 2: Kehilangan pengguna > Semua pengguna
Untuk mengetahui sama ada kualiti apl berhubung kait dengan kehilangan peranti:
- Metrik 1: Peranti > Peristiwa penyahpasangan
- Metrik 2: Pantau dan buat peningkatan> Ranap sistem (atau Pantau dan buat peningkatan> ANR)
- Dimensi: Peranti
Untuk mendapatkan gambaran tentang jumlah pengguna dan peranti yang dicapai oleh apl anda:
- Metrik 1: Pengguna > Pengguna aktif (purata bergerak 30 hari)
- Metrik 2: Peranti > Peranti aktif (purata bergerak 30 hari)
- Dimensi: Negara
- Petua: Gunakan carta “Analisis perubahan” di bawah siri masa untuk melihat dimensi dengan perubahan terbesar dengan cepat berbanding dengan tempoh anda.
Tidak, hanya kelihatan kepada anda. Walau bagaimanapun, URL statistik boleh dikongsi. Jika anda mengkonfigurasi laporan yang ingin anda kongsikan, cuma salin seluruh URL dan hantar kepada pengguna lain. Selagi mereka mempunyai akses kepada Play Console dan apl, mereka akan dapat melihat laporan yang sama.
Tidak. Oleh sebab cara pengagregatan data berfungsi untuk peranti dan pengguna unik, metrik mingguan akan mula dipaparkan dua minggu selepas pelancaran. Metrik bulanan akan tersedia apabila terdapat data sebulan penuh dan metrik suku tahunan apabila terdapat data untuk suku tahun penuh.