Petua berguna untuk menerbitkan apl anda pada Google Play

Kami bersedia membantu anda untuk memastikan pengalaman penerbitan apl pada Google Play anda berjalan lancar. Sama ada anda pembangun yang berpengalaman atau baharu, petua ini akan membantu anda mengelakkan masalah paling lazim yang sering dihadapi oleh pembangun semasa menerbitkan apl untuk kali pertama.

Pastikan maklumat penyenaraian gedung anda jelas dan menyeluruh

Sertakan perihalan yang jelas dan menyeluruh dalam penyenaraian gedung anda. Hal ini akan menjadikan apl anda lebih mudah ditemukan oleh pengguna serta turut membantu kami memahami apl anda dengan cepat semasa proses semakan. Walaupun fungsi apl anda kelihatan jelas, kami mengesyorkan anda menulis lebih daripada satu perkataan atau ayat. Huraikan dengan terperinci dan jelas tentang fungsi apl anda, sebab yang menjadikan apl anda berharga dan perkara yang boleh dijangkakan oleh pengguna apabila mereka memasang apl anda. Jika penyenaraian gedung anda mengandungi maklumat yang mengelirukan, tidak terperinci, tidak berkaitan, berlebihan atau tidak sesuai, apl anda boleh ditolak berdasarkan dasar Metadata kami. Ketahui lebih lanjut tentang cara menulis perihalan apl yang berkualiti tinggi.

Pastikan apl anda menyediakan perkara yang dijanjikan

Maklumat penyenaraian gedung anda, termasuk sebarang tangkapan skrin dan imej, harus menggambarkan kefungsian apl anda dengan tepat. Semasa proses semakan apl, jika kami mengesan percanggahan antara perkara yang dijanjikan dalam penyenaraian gedung anda dengan perkara yang sebenarnya disediakan oleh apl anda (sebagai contoh, jika ciri yang dinyatakan dalam penyenaraian gedung anda tiada dalam apl anda), apl anda boleh ditolak. Jangan sertakan sebarang maklumat atau imej daripada penyenaraian gedung anda yang mungkin mengelirukan pengguna. 

Sediakan maklumat log masuk untuk membantu kami menyemak apl anda

Jika apl anda atau sebahagian daripada apl anda dihadkan berdasarkan bukti kelayakan log masuk dan butiran log masuk lain, pastikan anda menyediakan akaun demo yang aktif, maklumat log masuk yang sah dan sebarang sumber lain yang diperlukan untuk membolehkan Google Play menyemak apl anda, seperti yang dinyatakan dalam Keperluan Play Console kami. Jika tidak, kami tidak akan dapat menyemak apl anda dan apl anda boleh ditolak. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, semak kursus e-pembelajaran tentang Bukti Kelayakan Log Masuk percuma kami sebelum menyerahkan apl anda.

Pastikan apl anda berfungsi dengan baik dan cuba runut ujian

Untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada pengguna pada Google Play, apl mestilah dapat dipasang dan dimuatkan dengan baik. Dasar kami menghendaki apl menyediakan pengalaman pengguna yang stabil, menarik dan responsif — bermaksud apl dimuatkan dengan betul, bertindak balas dengan cepat dan tidak mengalami ranap sistem. Untuk membantu pembangun baharu mencapai matlamat ini, kami menghendaki mereka menguji apl mereka dengan teliti dengan pelbagai jenis pengguna sebelum penyerahan. Seperti yang dinyatakan oleh dasar Kefungsian Rosak kami, kami akan menolak apl yang tidak berfungsi seperti yang dijangka, oleh yang demikian kami mengesyorkan anda menguji apl anda dengan teliti sebelum menyerahkan apl tersebut untuk memastikan semua perkara berfungsi seperti yang sepatutnya. Anda boleh melihat ralat ranap sistem dan aplikasi tiada respons (ANR) dalam Play Console untuk menyemak kestabilan apl. Kami juga mengesyorkan penggunaan runut ujian, yang merupakan saluran prakeluaran yang membolehkan anda mengedarkan apl anda kepada kumpulan penguji yang terpilih atau lebih luas sebelum apl dilancarkan secara umum. Runut ujian boleh membantu anda mendapatkan maklum balas yang berharga, menemukan pepijat dan memperhalus apl anda sebelum keluaran berskala penuh. Dengan mengesan masalah dari awal, anda dapat mengelakkan apl anda daripada ditolak berulang kali, memandangkan penolakan berulang kali boleh mengakibatkan apl anda digantung.

Jika apl anda ditolak, selesaikan masalah dan serahkan semula apl 

Jika apl anda ditolak, anda boleh menyelesaikan masalah tersebut dan mencuba lagi dengan menyerahkan versi apl anda yang telah dikemaskinikan. Kami mengesyorkan agar anda melengkapkan ujian menyeluruh untuk memastikan bahawa masalah telah diselesaikan sebelum menyerahkan semula apl anda. Anda boleh menyemak senarai lengkap Dasar Program Pembangun kami pada Pusat Dasar Pembangun, menjalani kursus dasar e-pembelajaran percuma dengan Akademi Google Play atau melawati Komuniti Bantuan Google Play, forum dalam talian kami yang membolehkan anda mengemukakan pertanyaan dan mendapatkan bantuan daripada pembangun lain serta Pakar Produk Google yang diperakui. 

Secara ringkas, berikut ialah senarai semak pantas anda untuk mendapatkan pengalaman penerbitan apl yang lancar:

  • Perihalkan apl anda dengan jelas: Perincikan kefungsian dan manfaat apl anda dalam penyenaraian gedung anda.
  • Berikan perkara yang dijanjikan: Apl anda mestilah menyediakan perkara yang dinyatakan dalam perihalan apl.
  • Berikan butiran log masuk: Jika apl anda memerlukan butiran log masuk, berikan butiran tersebut kepada pasukan semakan kami.
  • Uji secara teliti: Serahkan apl yang mantap dan bebas pepijat. Gunakan runut ujian untuk mengesan masalah. 
  • Serahkan semula atau hubungi kami: Jika apl anda ditolak, semak dan serahkan semula.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8032733784066989464
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false
false
false