Butiran tentang dasar Kebenaran Foto dan Video Google Play

Foto dan video pada peranti pengguna dianggap sebagai Data Pengguna Peribadi dan Sensitif dan harus dikendalikan menurut amalan terbaik privasi dengan sepenuhnya. Maklumat sensitif ini menyebabkan pengguna terdedah kepada kebocoran data atau menjadi sasaran eksploitasi. Oleh hal yang demikian, tindakan meminimumkan akses ini dapat membantu untuk mengurangkan beban pembangun dalam pengendalian data sensitif tersebut. Untuk menyokong usaha melindungi privasi pengguna dengan lebih lanjut, kami memperkenalkan dasar untuk mengehadkan skop yang membolehkan apl memperoleh akses luas kepada foto dan video pada Google Play. Hanya apl yang memerlukan akses luas kepada foto akan dibenarkan untuk mengekalkan kebenaran READ_MEDIA_IMAGES dan READ_MEDIA_VIDEO. Apl yang menggunakan fail foto dan video satu kali atau secara terhad diminta untuk menggunakan pemilih sistem seperti pemilih foto Android.

Tahun lepas, dengan mengambil kira pengguna, Android melancarkan pengalaman foto dengan pengekalan privasi baharu: pemilih foto Android. Pemilih disepadukan pada apl anda tanpa memerlukan anda memperoleh kebenaran storan foto atau video tambahan dan merupakan cara optimum untuk memastikan pengguna dan apl anda selamat. Pustaka pemilih foto juga disandarkan pada Android 4.4, supaya pengalaman ringkas ini dapat disediakan untuk semua pengguna anda dengan mudah. Penggunaan pemilih foto ialah cara terbina dalam yang membolehkan pengguna memberikan apl anda akses kepada imej dan video terpilih sahaja, bukan kepada keseluruhan pustaka media mereka. Ketahui lebih lanjut tentang pelaksanaan pemilih pada laman pembangun Android.

Ikhtisar

Dasar Kebenaran Foto dan Video Play memerlukan perkara yang berikut:

  1. Apl yang perlu mengakses fail ini satu kali atau sekali-sekala diminta untuk menggunakan pemilih sistem, seperti pemilih foto Android.
  2. Apl yang memerlukan akses luas kepada fail foto dan video yang terletak dalam storan kongsi pada peranti mestilah berjaya melepasi semakan akses yang sesuai dan menunjukkan kes penggunaan teras yang memerlukan akses foto, imej atau video yang berterusan atau kerap bagi fail tersebut.

Pastikan anda membaca dasar sepenuhnya dan dapat memahami serta mematuhi dasar tersebut. Pembangun yang tidak mematuhi dasar selewat-lewatnya pada tarikh akhir boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Maklumat garis masa

Lihat garis masa yang berikut bagi dasar Kebenaran Foto dan Video. Sila ambil perhatian bahawa garis masa tertakluk pada perubahan; kemaskinian akan disiarkan dalam artikel ini.

  • 28 Oktober 2023: Kami telah mengumumkan dasar Kebenaran Foto dan Video.
  • 18 September 2024 – 22 Januari 2025: Pembangun dengan apl yang membawa kebenaranREAD_MEDIA_IMAGES dan READ_MEDIA_VIDEO telah digesa dalam Play Console untuk menyerahkan borang pengisytiharan untuk layak mendapatkan penggunaan teras/akses luas atau mengalih keluar kebenaran (jika kes penggunaan satu kali/sekali-sekala). Tindakan yang berbeza diperlukan untuk kes penggunaan satu kali/sekali-sekala dan kes penggunaan teras/akses luas:
Kes penggunaan satu kali/sekali-sekala Kes penggunaan teras/akses luas
Apl dengan penggunaan foto satu kali atau sekali-sekala diminta untuk mengalih keluar kebenaran READ_MEDIA_IMAGES dan  READ_MEDIA_VIDEO daripada manifes apl tersebut dan berhijrah kepada pemilih foto sistem jika perlu. Apl hanya dibenarkan untuk terus menggunakan kebenaran akses luas jika apl itu telah menyerahkan pengisytiharan dan telah diluluskan untuk penggunaan.
  • 18 September 2024: Pilihan layan diri untuk meminta pelanjutan akan tersedia dalam Play Console, melanjutkan tarikh akhir pematuhan kepada 28 Mei 2025.

  • 22 Januari 2025: Pembangun dikehendaki menyerahkan borang pengisytiharan. Berikan perhatian kepada perkara yang berikut:

    • Pembangun yang gagal menyerahkan borang pengisytiharan yang lengkap sebelum tarikh kemaskinian ini akan disekat daripada mengemaskinikan apl mereka.

    • Pembangun yang telah meminta pelanjutan diberi masa hingga 28 Mei 2025 untuk menyerahkan borang pengisytiharan mereka yang lengkap.
  • 28 Mei 2025: Pematuhan penuh dasar diwajibkan untuk semua pembangun, termasuk pembangun yang telah meminta pelanjutan. Selepas tarikh ini, semua apl tertakluk pada pengalihan keluar daripada Google Play jika tidak mematuhi dasar ini.

Soalan lazim

Kuncupkan semua Kembangkan semua

Apakah maksud penggunaan fail foto atau video satu kali atau sekali-sekala?

Contoh penggunaan fail foto atau video satu kali atau sekali-sekala termasuk, tetapi tidak terhad kepada: memuat naik gambar profil, memuat naik imej untuk senarai main atau memuat naik foto cek untuk tujuan perbankan.

Penggunaan sekali-sekala bermaksud kes penggunaan foto atau video bukan merupakan fungsi teras apl anda. Jika kes penggunaan fail foto atau video bagi apl anda ialah penggunaan satu kali atau sekali-sekala, anda tidak boleh menggunakan kebenaran READ_MEDIA_IMAGES atau READ_MEDIA_VIDEO dan kami menggalakkan anda agar menggunakan pemilih sistem untuk memelihara privasi pengguna. 

Beberapa contoh kes penggunaan sekali-sekala atau satu kali termasuk: apl yang terkandung dalam kategori editor sosial, komunikasi, foto/video dan lain-lain yang boleh menunjukkan keperluan akses luas seperti editor foto, platform kandungan dijana pengguna, ciri carian imej, dan perkara lain yang serupa.

Dalam kes apakah kebenaran READ_MEDIA_IMAGES dan READ_MEDIA_VIDEO boleh diakses?

Apl dengan fungsi teras yang berkaitan dengan akses luas kepada foto dan video boleh menggunakan kebenaran yang di atas. Apl yang berfungsi sebagai pengurus foto/video dan apl galeri ialah apl paling biasa yang layak menggunakan kebenaran ini.

Bagaimanakah "fungsi apl teras" ditakrifkan?

Kami menganggap fungsi teras sebagai tujuan utama apl. Perkara ini bermaksud ciri yang didokumenkan dalam perihalan apl anda itu adalah penting bagi fungsi apl anda dan tanpa ciri tersebut, apl anda tidak akan berfungsi.

Apakah kriteria untuk lulus dalam semakan akses kebenaran?

Selain mematuhi semua dasar Google Play lain yang berkaitan, apl tersebut mestilah menunjukkan kes penggunaan teras yang memerlukan akses kepada foto/video secara berterusan atau kerap bagi fail yang terdapat dalam storan kongsi.

Apakah jenis apl yang memerlukan "akses luas kepada foto?"

Apl dengan fungsi teras seperti mengedit, mengurus dan menyelenggara galeri foto/video memerlukan akses luas kepada foto dan video pada peranti pengguna. Apl ini biasanya dikenali sebagai “apl galeri”.

Bagaimana jika saya mempunyai pengalaman memilih foto tersuai, adakah perkara ini layak untuk mendapat akses luas kepada kebenaran ini?

Oleh sebab apl anda hanya memerlukan akses kepada foto yang dipilih oleh pengguna dalam pengalaman ini, perkara ini tidak layak dijadikan sebab untuk mengekalkan akses luas.

Adakah terdapat sebarang pengecualian terhadap dasar ini?

Apl pengurusan peranti peribadi dan perusahaan dikecualikan daripada keperluan dasar ini.

Adakah apl saya perlu mengalih keluar kebenaran READ_MEDIA_IMAGES dan READ_MEDIA_VIDEO daripada manifes apl saya?

Ya, untuk mematuhi dasar ini, jika apl anda tidak memerlukan akses luas kepada foto dan video melalui kes penggunaan teras yang disokong, kebenaran akses media tersebut mestilah dialih keluar daripada apl sebelum atau pada tarikh dasar berkuat kuasa.

Mengapa memilih pengalaman "pemilih"?

Akses luas kepada fail media pada storan kongsi ialah vektor untuk penyalahgunaan dan boleh membahayakan pengguna dan pembangun. Pengalaman pemilih adalah anggun dan cekap serta dapat membantu pembangun mengelakkan akses kepada data sensitif yang tidak diperlukan. Dengan meminimumkan akses data, risiko untuk menjadi mangsa kebocoran atau sasaran eksploitasi juga dapat diminimumkan. Perkara ini memberikan pengalaman pengguna yang konsisten, memenuhi jangkaan privasi pengguna semasa menggunakan apl anda dan dapat membantu kami mengekalkan pengalaman Google Play yang selamat dan dipercayai.

Sejauh manakah pemilih foto dapat disepadukan dengan mudah pada apl saya?

Pemilih foto Android dapat disepadukan dengan mudah pada apl anda dan alat ini dikemaskinikan secara automatik, menawarkan fungsi yang diperluaskan kepada pengguna apl anda dari semasa ke semasa tanpa memerlukan sebarang perubahan kod. Untuk memudahkan penyepaduan pemilih foto, sertakan versi 1.7.0 atau lebih tinggi daripada pustaka aktiviti.androidx.

Apakah versi Android yang serasi dengan pemilih foto?

Pemilih foto tersedia pada peranti yang menjalankan Android 11 (API tahap 30) atau lebih tinggi dan menerima perubahan kepada Komponen Sistem Bermodul melalui Kemaskinian Sistem Google. Peranti lama yang menjalankan Android 4.4 (API tahap 19) hingga Android 10 (API tahap 29) dan peranti Android Go yang menjalankan Android 11 atau 12 yang menyokong perkhidmatan Google Play boleh memasang versi pemilih foto yang disandarkan.

Perlukah saya menggunakan pemilih foto Android atau bolehkah apl saya menggunakan penyepaduan pemilih lain?

Anda tidak perlu menggunakan pemilih foto Android dan boleh menyepadukan pemilih sistem lain mengikut pilihan anda mengikut keperluan.

Bagaimana jika pengguna tidak memberi apl saya akses luas kepada fail media?

Menurut dasar Kebenaran Terhad, anda mestilah melakukan usaha yang munasabah untuk menyesuaikan apl bagi pengguna yang tidak memberikan akses luas kepada fail media pada peranti mereka. Usaha ini termasuk memudahkan kaedah yang lebih bersifat transaksi (sebagai contoh, melalui pemilih sistem) supaya pengguna masih boleh menikmati ciri atau fungsi apl anda. Usaha ini juga termasuk memudahkan pengalaman apl yang diubah suai dengan baik supaya pengguna masih dapat menikmati kefungsian apl anda yang bersesuaian.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16954461733802494911
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false
false
false