Lihat statistik apl

Anda boleh melihat statistik untuk setiap apl menggunakan versi web atau apl Play Console.

Cari dan semak data apl anda

Laporan tersedia

Terdapat beberapa halaman dalam Play Console untuk anda menyemak pemasangan, penyahpasangan, penilaian, hasil dan data ranap sistem apl anda.

  • Halaman papan pemuka: Ikhtisar metrik, arah aliran, pemberitahuan dan cerapan utama
  • Halaman statistik: Laporan terperinci yang boleh disesuaikan dengan metrik dan dimensi utama dipaparkan dalam dua tab seperti yang berikut:
    • Statistik apl: Data mutlak untuk apl anda yang boleh anda gunakan untuk menjejaki prestasi
    • Bandingkan dengan apl setara: Data prestasi relatif yang telah diskalakan melalui proses normalisasi, agar anda dapat membuat perbandingan dengan kelompok setara
  • Halaman analisis kedai: Fahami pemasangan anda daripada Play
  • Halaman analisis penukaran penyenaraian gedung: Fahami kadar penukaran penyenaraian gedung anda
  • Halaman ikhtisar Android vitals: Pelaporan ranap sistem dan ANR bersama metrik prestasi
  • Halaman ikhtisar laporan kewangan: Titik mula untuk laporan kewangan
  • Halaman analisis ulasan: Ringkasan ulasan pengguna apl anda

Papan Pemuka

Untuk melihat papan pemuka apl anda, lakukan perkara yang berikut:

  1. Buka Play Console dan pilih apl.
  2. Pada menu kiri, klik Papan Pemuka. Anda akan melihat bahagian yang berlainan dengan kad yang menunjukkan data prestasi terbaharu apl anda dan cerapan utama mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
    • Bagi kebanyakan bahagian, terdapat pautan di sebelah tajuk bahagian itu yang akan membawa anda kepada laporan terperinci yang berkaitan.

Nota: Untuk mendapatkan butiran tentang metrik tertentu, tuding ikon tanda soal .

Pantau arah aliran untuk metrik yang paling anda utamakan

Anda boleh memilih dan menyematkan metrik yang penting bagi anda dalam bahagian Pantau arah aliran pada papan pemuka anda. Pilihan anda tidak akan mengubah sebarang tetapan untuk pengguna lain dalam akaun pembangun anda.

Untuk memilih metrik pada papan pemuka anda, ikut langkah yang berikut:

  1. Buka Play Console dan pilih apl.
  2. Pada menu kiri, klik Papan Pemuka.
  3. Tatal kepada bahagian "Pantau arah aliran".
  4. Klik Tambah KPI anda.
  5. Semak imbas metrik yang tersedia.
  6. Klik Tambahkan untuk menyematkan metrik pada papan pemuka anda.
  7. Apabila anda telah selesai memilih metrik anda, tekan Tambahkan {N} KPI untuk menyimpan perubahan anda.
  8. Anda boleh mengubah metrik pada bila-bila masa dengan mengklik Tambah KPI dalam bahagian Pantau arah aliran dan membuat perubahan anda.

Nota: Mulai bulan Januari 2025, beberapa metrik lama tidak akan disokong lagi. Jika anda telah memilih metrik tersebut, anda masih akan dapat melihat metrik tersebut pada papan pemuka anda tetapi anda tidak akan dapat menambahkan semula metrik tersebut jika metrik tersebut dialih keluar

Halaman statistik

Untuk memahami prestasi apl anda dengan lebih baik, anda boleh menggunakan halaman Statistik untuk membandingkan metrik, pilih julat tarikh tersuai dan lihat data mengikut dimensi. Anda juga boleh membandingkan metrik kadar pertumbuhan dengan kelompok setara pada Google Play untuk memahami prestasi apl anda.

Sediakan laporan anda

  1. Buka Play Console dan akses halaman Statistik.
  2. Untuk melihat prestasi mutlak apl anda, teruskan mengakses tab Statistik apl (tab lalai). Untuk melihat metrik dan penanda aras yang dinormalisasikan, pilih tab Bandingkan dengan apl setara.
  3. Pada bahagian atas sebelah kanan bahagian "Konfigurasikan laporan", pilih julat tarikh yang mahu anda lihat.
    • ​Untuk membandingkan data daripada dua julat tarikh, gerakkan suis "Bandingkan" ke kanan sehingga bertukar kepada warna biru, kemudian pilih julat tarikh yang kedua.
  4. Dalam bahagian "Konfigurasikan laporan", pilih metrik yang mahu anda lihat menggunakan anak panah ke bawah berwarna biru.
    • Nota: Sesetengah metrik memiliki pilihan ketiga. Sebagai contoh, anda boleh mengkonfigurasikan Pemerolehan pengguna untuk memaparkan pengguna baharu, pengguna ulangan atau semua pengguna.
  5. Tentukan cara metrik dikira dan dipaparkan (metrik pilihan anda akan menentukan pilihan yang tersedia kepada anda) menggunakan butang Edit di sebelah metrik yang dipilih. Pertimbangkan perkara yang berikut:
    • Gunakan Pengiraan metrik untuk menentukan cara anda mahu data yang berikut dikira:
      • Setiap selang: Data yang dikumpulkan dalam setiap selang masa, seperti bilangan pemasang kali pertama setiap bulan.
      • Purata bergerak 30 hari: Purata daripada data yang dikumpulkan sepanjang 30 hari sebelumnya.
    • Gunakan Selang masa untuk menentukan selang yang dimahukan untuk mengagregatkan data anda bagi tempoh yang berikut:
      • Setiap Jam (hanya tersedia untuk tempoh selama 30 hari atau kurang)
      • Setiap Hari
      • Setiap Minggu Kalendar
      • Setiap Bulan Kalendar
      • Setiap Suku Tahun
        • Nota: Selang yang lebih panjang akan tersedia untuk sesetengah metrik apabila semakin banyak data tersedia dari semasa ke semasa.
  6. Jika anda mahu memplotkan metrik kedua untuk dibandingkan dengan metrik pertama, klik Pilih metrik yang lain. Anda boleh mengkonfigurasikan metrik kedua seperti yang diterangkan di atas.
  7. Pilih "Lihat mengikut" untuk memilih dimensi yang mahu anda gunakan, seperti negara atau versi Android untuk ditunjukkan pada carta yang dipaparkan di bawah pilihan anda.
  8. Jika anda mahu memplotkan subset dimensi seperti versi Android atau negara yang tertentu, klik +{dimensi}.

Selepas anda menyediakan laporan, jadual dan carta dipaparkan untuk menunjukkan data apl anda bagi tempoh masa yang dipilih. Untuk melihat data terperinci mengikut hari, pilih tarikh pada carta.

Pilih dimensi anda

Yang berikut ialah dimensi yang tersedia pada halaman Statistik anda:

  • Versi Android: Versi OS Android yang dilaporkan daripada peranti pengguna
  • Peranti: Nama Pemasaran peranti pengguna dan Nama Peranti (contohnya, Google Nexus 7/Flo)
  • Negara/rantau: Negara/rantau pengguna
  • Bahasa: Tetapan bahasa Android OS pengguna
  • Pembawa: Pembawa wayarles pengguna (jika berkenaan)
  • Saluran: Cara pengguna melancarkan apl segera anda
    • Nota: Semasa melihat data saluran, tindakan mengklik Cuba Sekarang akan melancarkan apl segera anda daripada penyenaraian gedung anda.
  • Faktor bentuk: Faktor bentuk yang dipasang dengan apl anda.
  • Versi apl: Versi apl anda yang dipasang pada peranti pengguna.

Simpan dan lihat laporan segera

Jika anda menyediakan laporan dengan metrik dan dimensi yang mahu anda gunakan semula kemudian, anda boleh menyimpan tetapan laporan anda dengan memilih Simpan pada laporan segera dalam bahagian julat tarikh laporan.

Selepas anda menambahkan tajuk dan menyimpan laporan segera, anda boleh melihat laporan segera anda dengan memilih Laporan yang disimpan berdekatan bahagian atas halaman.

Eksport laporan anda

Selepas anda menyediakan laporan, anda boleh mengeksport laporan itu sebagai fail CSV dengan memilih Eksport laporan di sebelah tajuk carta. Anda boleh memilih sama ada untuk mengeksport data mentah atau perubahan.

Nilai data anda

Lihat kadar pertumbuhan apl anda berbanding dengan apl setara

Anda boleh menggunakan tab Bandingkan dengan apl setara untuk memahami prestasi metrik yang dipilih berhubung dengan kumpulan apl setara dari satu tempoh ke tempoh yang berikutnya. Data prestasi relatif pada tab ini dinormalkan untuk skala, yang membolehkan anda menilai prestasi anda terhadap aspek utama ekosistem, agar anda dapat mengetahui sama ada aplikasi anda berprestasi baik atau tidak berbanding dengan kelompok setara anda.

Yang berikut merupakan dua pemilih yang tersedia:

  • Kelompok setara: Gunakan pemilih Kelompok setara untuk memilih set apl yang akan dibandingkan dengan apl anda.
  • Negara: Tapis laporan anda mengikut negara atau wilayah tertentu.

Nota: Perbandingan akan tersedia apabila terdapat bilangan apl yang mencukupi dengan kelompok setara dinyatakan yang sepadan dengan metrik pilihan anda.

Lihat dengan mudah dimensi yang paling banyak memberikan kesan pada data anda

Carta "Analisis perubahan" menilai tempoh pertama dan tempoh terakhir julat masa pilihan anda dengan data penuh secara automatik. Carta ini menyerlahkan dimensi yang paling banyak berubah untuk membolehkan anda mengetahui penyumbang terbesar kepada arah aliran anda.

Petua perbandingan

Yang berikut ialah cara anda boleh menggunakan perbandingan metrik untuk menganalisis prestasi apl:

  • Bandingkan jumlah pengguna dan penyahpasangan apl anda dari semasa ke semasa.
  • Bandingkan ranap sistem dan purata skor ulasan harian apl anda sebelum dan selepas keluaran yang mempamerkan kestabilan.
  • Bandingkan kadar penyahpasangan harian apl anda dengan kadar penyahpasangan purata bergerak 30 hari untuk menilai sumbangan variasi harian kepada arah aliran keseluruhan.
Lihat cara peristiwa mempengaruhi metrik apl anda

Anda dapat melihat cara perubahan pada apl anda mempengaruhi metrik khusus menggunakan garis masa peristiwa. Dengan menggabungkan data apl anda dengan tarikh peristiwa penting, anda dapat melihat perkara seperti yang berikut dengan cepat:

  • Cara jualan mempengaruhi hasil.
  • Cara pelancaran keluaran baharu mempengaruhi ranap sistem.
  • Cara perubahan harga langganan mempengaruhi bilangan pembeli.

Setelah anda mengkonfigurasikan laporan pada halaman Statistik, garis masa peristiwa dipaparkan di bawah tarikh pada carta anda. Tuding setiap titik atau julat untuk melihat perihalan peristiwa.

Metrik

Sesetengah metrik dikira berdasarkan data daripada pengguna yang telah bersetuju untuk berkongsi data mereka dengan pembangun secara agregat. Metrik yang kami berikan dalam Play Console dilaraskan supaya menggambarkan data daripada semua pengguna anda dengan lebih tepat.

Petua: Untuk melihat laporan teragregat, anda boleh memuat turun laporan bulanan.

Statistik berkaitan pemasangan

Data pemasangan adalah berdasarkan Waktu Pasifik (PT).

Metrik Takrif

Pengguna

Seorang pengguna Google Play mungkin mempunyai beberapa peranti. Kategori ini termasuk metrik yang dikira pada peringkat pengguna.

Khalayak Dipasang

Bilangan pengguna yang telah memasang apl anda pada sekurang-kurangnya satu peranti dan telah menggunakan peranti tersebut (namun tidak semestinya apl anda) dalam tempoh 30 hari yang lalu.

Pemerolehan pengguna

Bilangan pengguna yang telah memasang apl anda dan tidak memasang apl itu pada mana-mana peranti lain pada masa itu. Perkara ini termasuk pengguna yang mengaktifkan peranti yang diprapasang dengan apl anda atau mengaktifkan semula peranti.

Kehilangan pengguna

Bilangan pengguna yang telah menyahpasang apl anda daripada semua peranti mereka atau berhenti menggunakan sebarang peranti yang dipasang dengan apl anda selama lebih 30 hari (menjadikan peranti tidak aktif dan dikira sebagai penyahaktifan).

Pengguna baharu

Pengguna yang memasang apl anda buat kali pertama.

Pengguna ulangan

Pengguna yang telah menyahpasang apl anda daripada semua peranti mereka sebelum ini, kemudian memasangnya semula. Ini termasuklah pengguna tidak aktif yang menjadi aktif semula.

Semua pengguna

Pengguna baharu dan ulangan.

Peranti

Peranti Android yang dikaitkan dengan pengguna. Jika peranti ditetapkan semula atau dipindahkan kepada pengguna lain, peranti itu dikira sebagai peranti baharu. Kategori ini termasuk metrik yang dikira pada peringkat peranti.

Pangkalan pemasangan

Bilangan peranti aktif yang dipasang dengan apl anda. Peranti aktif ialah peranti yang telah dihidupkan sekurang-kurangnya sekali dalam masa 30 hari yang lalu.

Modul yang dipasang Bilangan peranti aktif yang dipasangkan dengan modul apl anda. Peranti aktif ialah peranti yang telah dihidupkan sekurang-kurangnya sekali dalam masa 30 hari yang lalu.

Pemerolehan peranti

Bilangan peranti yang dipasang dengan apl anda oleh pengguna. Bilangan ini termasuk pengaktifan awal peranti yang diprapasang dengan apl anda.

Kehilangan peranti

Bilangan peranti yang apl anda telah dinyahpasang oleh pengguna pada peranti itu. Bilangan ini merangkumi peranti yang tidak digunakan dalam tempoh lebih 30 hari (menjadikan peranti tersebut tidak aktif dan dikira sebagai penyahaktifan).

Peranti baharu

Peranti yang dipasang dengan apl anda buat kali pertama oleh pengguna.

Peranti ulangan

Peranti yang dipasang dengan apl anda dan peranti yang pernah dipasang dengan apl itu sebelum ini. Peranti ini termasuk peranti tidak aktif yang diaktifkan semula.

Semua peranti

Peranti baharu dan ulangan.

Kemas kini peranti

Bilangan peranti yang dipasang dengan kemas kini apl anda.

Peranti hilang selepas kemas kini

Bilangan peranti yang pengguna telah menyahpasang apl anda selepas apl itu dikemas kini baru-baru ini.

Peristiwa pemasangan

Kekerapan apl anda dipasang, termasuk peranti yang pernah dipasang dengan apl itu sebelum ini. Jumlah ini tidak termasuk prapemasangan atau pengaktifan semula peranti.

Peristiwa penyahpasangan

Kekerapan apl anda dinyahpasang. Ini tidak termasuk peranti tidak aktif.

Pengguna Aktif Harian (DAU)

Bilangan pengguna yang membuka apl anda pada hari tertentu.

Pengguna Aktif Sebulan (MAU)

Bilangan pengguna yang membuka apl anda dalam tempoh bergerak 28 hari.

Pengguna ulangan bulanan

Bilangan pengguna yang membuka apl anda pada hari tertentu dan pada sekurang-kurangnya satu hari lain dalam tempoh 28 hari.

Pemerolehan penyenaraian gedung

Bilangan pengguna yang mengunjungi penyenaraian gedung anda dan telah memasang apl anda serta tidak memasang apl anda pada mana-mana peranti.

Pelawat penyenaraian gedung

Bilangan pengguna yang melawati penyenaraian gedung anda dan tidak memasang apl anda pada mana-mana peranti.

Kadar kehilangan Nisbah Kehilangan pengguna (pengguna yang telah menyahpasang apl anda daripada semua peranti mereka) kepada Khalayak yang telah Memasang Apl (pengguna yang memasang apl anda pada sekurang-kurangnya satu peranti yang telah dihidupkan dalam tempoh 30 hari yang lalu).
Kadar pengguna ulangan bulanan Nisbah pengguna ulangan Bulanan anda (pengguna yang membuka apl anda pada hari tertentu dan sekurang-kurangnya satu hari lain dalam masa 27 hari sebelumnya) kepada Pengguna Aktif Bulanan anda (pengguna yang membuka apl anda dalam tempoh 28 hari).
Rating

Data penilaian berdasarkan Waktu Pasifik (PT).

Petua: Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rating apl anda, anda boleh membandingkan dan menganalisis data rating apl anda.

Metrik Takrif
Penilaian purata Purata rating bintang yang diterima oleh apl anda merentas semua rating yang diserahkan.

Jumlah penilaian

Bilangan penilaian yang diserahkan.
Rating purata terkumpul Purata rating bintang yang diterima oleh apl anda merentas semua rating yang diserahkan sehingga dan termasuk sehari yang lalu. Rating terbaharu pengguna tentang apl ini sahaja yang dikira bagi setiap pengguna yang menyerahkan rating mereka.
Rating Google Play Rating semasa anda yang ditunjukkan kepada pengguna di Google Play. Dikira berdasarkan rating anda baru-baru ini.
Hasil

Data kewangan adalah berdasarkan zon waktu UTC. Anda boleh melihat data kewangan jika anda mempunyai kebenaran Lihat data kewangan.

Petua: Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hasil apl anda, anda boleh melihat pecahan hasil yang terperinci.

Metrik Takrif

Hasil

Jumlah hasil untuk tempoh masa yang dipilih, termasuk sebarang jualan yang berkenaan, produk dalam apl dan langganan. Data hasil adalah berdasarkan anggaran jualan (amaun yang dibayar oleh pembeli, termasuk cukai).

Jumlah hasil

Jumlah hasil yang dijana oleh apl anda sejak dilancarkan. Hasil ini adalah berdasarkan jualan anggaran dan termasuk sebarang cukai atau yuran lain.
Pembeli Bilangan pengguna unik yang membuat pembelian dalam apl anda.
Pembeli Baharu

Pengguna unik yang membuat pembelian dalam apl anda buat kali pertama.

Pembeli terkumpul

Jumlah bilangan pengguna unik yang pernah membeli dalam apl anda.

Purata hasil bagi setiap Pengguna Aktif Harian

Hasil harian kasar dibahagikan dengan bilangan Pengguna Aktif Harian. Semua mata wang ialah USD, zon waktu ialah PST8PDT untuk membolehkan perbandingan dengan apl setara.

Purata hasil bagi setiap Pengguna Aktif Sebulan

Jumlah hasil kasar dalam tempoh 28 hari dibahagikan dengan bilangan Pengguna Aktif Sebulan (tempoh bergerak 28 hari). Semua mata wang ialah USD, zon waktu ialah PST8PDT untuk membolehkan perbandingan dengan apl setara.

Pembelian bagi setiap Pengguna Aktif Harian

Pembelian harian dibahagi dengan bilangan Pengguna Aktif Harian.

Pembelian bagi setiap Pengguna Aktif Bulanan

Jumlah pembelian dalam tempoh 28 hari dibahagi dengan bilangan Pengguna Aktif Bulanan (tempoh bergerak 28 hari).

Pembelian bagi setiap pembeli harian

Purata bilangan pembelian yang dibuat setiap hari oleh pembeli harian (pengguna yang membuat sekurang-kurangnya satu pembelian sehari).

Pembelian bagi setiap pembeli bulanan

Purata bilangan pembelian yang dibuat sepanjang 28 hari oleh pembeli bulanan (pengguna yang membuat sekurang-kurangnya satu pembelian dalam tempoh 28 hari).

Nisbah pembeli harian

Peratusan Pengguna Aktif Harian yang membuat sekurang-kurangnya satu pembelian pada hari tersebut.

Nisbah pembeli bulanan

Peratusan Pengguna Aktif Bulanan (pengguna yang membuka apl anda sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 28 hari) yang membuat sekurang-kurangnya satu pembelian dalam tempoh 28 hari tersebut.

Nilai purata pembelian harian

Hasil harian kasar dibahagikan dengan bilangan pembelian pada hari tersebut.

Nilai purata pembelian bulanan

Hasil kasar 28 hari dibahagikan dengan bilangan pembelian sepanjang tempoh tersebut.

Ranap sistem dan ralat aplikasi tiada respons (ANR)

Data ranap sistem dan ANR adalah berdasarkan Waktu Pasifik (PT).

Petua: Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ranap sistem dan ANR apl anda, lihat data pada setiap ralat dan nyahkelirukan surih tindanan ranap sistem.

Metrik Takrif
Ranap sistem Laporan ranap sistem dikumpulkan daripada peranti Android yang pengguna telah ikut serta untuk berkongsi data penggunaan dan diagnostik secara automatik.
ANR Laporan aplikasi tiada respons (ANR) dikumpulkan daripada peranti Android yang pengguna telah ikut serta untuk berkongsi data penggunaan dan diagnostik secara automatik.
Apl Segera Android

Jika anda telah menerbitkan Apl Segera Android, data berikut boleh didapati di halaman Statistik. Data Android Instant Apps berdasarkan Waktu Pasifik (PT). Untuk mengedarkan apl segera, ketahui cara membuat dan melancarkan keluaran.

Nota: Atas sebab privasi, Google tidak memaparkan data apl segera apabila bilangan pengguna rendah.

Metrik Takrif
Pelancaran mengikut peranti Bilangan peranti unik yang melancarkan apl segera anda sekurang-kurangnya sekali setiap hari.
Peristiwa pelancaran Kekerapan apl segera anda dibuka setiap hari.
Peristiwa penukaran Kekerapan apl lengkap anda dipasang pada peranti yang telah melancarkan apl segera anda sebelum ini dalam masa sehari.
Prapendaftaran

Jika anda telah menerbitkan apl menggunakan prapendaftaran, data yang berikut tersedia pada halaman Statistik. Data prapendaftaran adalah berdasarkan Waktu Pasifik (PT).

Nota: Atas sebab privasi, Google tidak memaparkan data apl segera apabila bilangan pengguna rendah.

Metrik Takrif
Sudah dipradaftarkan Bilangan pengguna yang telah mempradaftar untuk apl anda.
Penukaran Bilangan pengguna pradaftar yang memasang apl dalam tempoh 14 hari apl itu tersedia untuk mereka. Bilangan ini termasuk pengguna pradaftar yang memasang apl melalui akses awal dan langkah ujian prapelancaran yang lain.

Kandungan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15581332056322914537
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false
false
false