Memahami pengebilan pilihan pengguna pada Google Play

Penting: API pengebilan alternatif diperlukan untuk menawarkan sistem pengebilan alternatif kepada pengguna dalam pasaran yang layak sebelum tarikh akhir penghijrahan yang digariskan di bawah.

Pada tahun lepas, kami mula menerokai pilihan pengebilan yang dikembangkan pada Google Play dengan perintis pengebilan pilihan pengguna kami yang membolehkan pembangun yang layak menawarkan sistem pengebilan tambahan bersama sistem pengebilan Google Play untuk pengguna mereka dalam pasaran terpilih. Perintis ini membolehkan kami mengumpulkan cerapan daripada pembangun dan pengguna tentang kerumitan yang berkaitan dengan sokongan pengebilan pilihan pengguna dalam pasaran di seluruh dunia.

Tatkala perintis kami terus berkembang, kami telah mula menawarkan beberapa program kepada pembangun untuk mendayakan sistem pengebilan alternatif dan meletakkan pilihan dalam tangan pengguna. Setiap program mengandungi kriteria kelayakan khusus berdasarkan keperluan serantau. Perkara di bawah menyediakan panduan untuk menentukan program yang boleh anda daftar berdasarkan lokasi yang anda kehendaki untuk menawarkan pengebilan pilihan pengguna.

Illustrative example of the user experience for user choice billing

Contoh pengalaman pengguna untuk pengebilan pilihan pengguna dalam bentuk ilustrasi

Terokai program pengebilan pilihan pengguna kami

Terokai program di bawah yang berbeza-beza berdasarkan ketersediaan dan keperluan serantau. Anda boleh mendaftarkan apl anda dalam lebih daripada satu program. Jika rantau tertentu menawarkan berbilang pilihan program, apl anda hanya boleh didaftarkan dalam satu program untuk setiap rantau pada satu-satu masa. Apl anda boleh beralih antara program jika perlu.

Pengebilan pilihan pengguna — Lebih 35 negara yang layak, termasuk Kawasan Ekonomi Eropah (EEA)

Bagi pembangun yang berminat untuk menawarkan pengebilan pilihan pengguna kepada pengguna di lokasi yang berikut:

Australia, Brazil, Indonesia, Jepun, Afrika Selatan, United Kingdom, Amerika Syarikat atau EEA (Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Cyprus, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol atau Sweden)

Ringkasan perintis:

  • Kelayakan apl:
    • Apl atau permainan merentas mana-mana faktor bentuk yang menawarkan pengebilan pilihan pengguna kepada pengguna di EEA; atau
    • Apl mudah alih atau tablet bukan permainan dengan pengguna di semua lokasi lain yang disenaraikan di atas.
  • Yuran perkhidmatan: Dikurangkan sebanyak 4% untuk transaksi apabila pengguna membuat pembayaran menggunakan sistem pengebilan alternatif.
  • API Pengebilan Alternatif tersedia: Ya, pembangun yang mengambil bahagian boleh mengautomasikan pelaporan transaksi dengan mengikut panduan penyepaduan.
Penting: Mulai 13 Mac 2024, pembangun yang menawarkan pengebilan alternatif mestilah menggunakan API pengebilan alternatif. Lihat butiran yang digariskan dalam halaman perintis atau halaman program EEA dan akses panduan penyepaduan API pengebilan alternatif kami untuk bermula.

Dapatkan butiran penuh tentang kelayakan, keperluan dan cara bermula dengan melawati halaman perintis.

Nota penting: Pembangun dengan pengguna di Kawasan Ekonomi Eropah turut mempunyai pilihan untuk menawarkan sistem pengebilan alternatif tanpa pilihan pengguna. Hal ini bermakna pembangun layak yang mengambil bahagian boleh menawarkan sistem pengebilan alternatif kendiri tanpa menawarkan sistem pengebilan Google Play juga. Keperluan untuk program EEA ini berbeza daripada perintis pengebilan pilihan pengguna. Dapatkan butiran penuh dengan melawati halaman program EEA.

Pengebilan pilihan pengguna — Korea Selatan

Bagi pembangun yang berminat untuk menawarkan pengebilan pilihan pengguna kepada pengguna di Korea Selatan.

Ringkasan program:

  • Kelayakan apl: Apl mudah alih atau tablet permainan & bukan permainan dengan pengguna di Korea Selatan.
  • Yuran Perkhidmatan: Dikurangkan sebanyak 4% untuk transaksi apabila pengguna membuat pembayaran menggunakan sistem pengebilan alternatif.
  • API Pengebilan Alternatif tersedia: Ya, pembangun yang mengambil bahagian boleh mengautomasikan pelaporan transaksi dan invois dengan mengikut panduan penyepaduan.
Penting: Mulai 2 Ogos 2023, pembangun yang menawarkan pengebilan alternatif kepada pengguna di Korea Selatan mestilah menggunakan API pengebilan alternatif. Lihat butiran yang digariskan dalam halaman program dan akses panduan penyepaduan API pengebilan alternatif kami untuk bermula.

Dapatkan butiran penuh tentang kelayakan, keperluan dan cara bermula dengan melawati halaman program untuk pengebilan pilihan pengguna di Korea Selatan.

Pengebilan pilihan pengguna — India

Bagi pembangun yang berminat untuk menawarkan pengebilan pilihan pengguna kepada pengguna di India.

Ringkasan program:

  • Kelayakan apl: Apl mudah alih atau tablet permainan & bukan permainan dengan pengguna di India.
  • Yuran Perkhidmatan: Dikurangkan sebanyak 4% untuk transaksi apabila pengguna membuat pembayaran menggunakan sistem pengebilan alternatif.
  • API Pengebilan Alternatif tersedia: Ya, pembangun yang mengambil bahagian boleh mengautomasikan pelaporan transaksi dan invois dengan mengikut panduan penyepaduan.

Dapatkan butiran penuh tentang kelayakan, keperluan dan cara bermula dengan melawati halaman program untuk pengebilan pilihan pengguna di India.

Perkara yang perlu dijangkakan ketika proses suai tugas

Proses suai tugas bagi mana-mana program pengebilan pilihan pengguna memerlukan anda menyetujui Syarat Perkhidmatan untuk program yang berkenaan dan menyediakan maklumat berkaitan untuk melengkapkan proses suai tugas anda. Butiran lanjut disediakan di bawah.

Langkah 1: Semak keperluan

Semak keperluan bagi setiap program pada halaman program yang berkaitan untuk menentukan sama ada apl anda memenuhi kriteria kelayakan atau tidak.

Langkah 2: Lengkapkan langkah suai tugas pada Play Console

Buka Play Console, akses halaman Pengebilan alternatif (Tetapan > Pengebilan alternatif) dan ikut sebarang langkah suai tugas yang diperlukan untuk mendaftar dalam program yang berkenaan (sebagai contoh, menerima Syarat Perkhidmatan yang bersesuaian dan menyediakan profil pembayaran seperti yang diperlukan).

Langkah 3: Pelengkapan suai tugas dan penyertaan program

Sebaik sahaja anda telah melengkapkan semua langkah suai tugas yang berkenaan, anda akan menerima e-mel daripada Google Play yang mengesahkan bahawa proses suai tugas anda telah selesai. E-mel ini juga mengandungi arahan tentang cara mendaftarkan apl anda, melaksanakan API dan mematuhi keperluan program.

Tarikh akhir penghijrahan API pengebilan alternatif

API pengebilan alternatif diperlukan untuk menawarkan sistem pengebilan alternatif kepada pengguna dalam sebarang pasaran yang layak sebelum tarikh akhir penghijrahan ("Tarikh Penamatan Manual"). Untuk bermula, ikut halaman program untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyepaduan dengan API pengebilan alternatif dan keperluan penghijrahan.

Pengebilan pilihan pengguna untuk pengguna di: API tersedia Tarikh Penamatan Manual
Korea Selatan 6 April 2023 2 Ogos 2023
India 14 November 2023 TBA
Kawasan Ekonomi Eropah, AU, BR, ID, JP, ZA, AS 14 November 2023 13 Mac 2024

 

Pengebilan alternatif sahaja (iaitu tanpa pilihan pengguna)
untuk pengguna di:
API tersedia Tarikh Penamatan Manual
Kawasan Ekonomi Eropah 14 November 2023 13 Mac 2024

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7933631477444777721
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false
false
false