​​Penggunaan Bendera IsMonitoringTool

Google Play tidak membenarkan apl memantau individu lain dengan mengumpulkan dan menghantar data pengguna yang bersifat peribadi dan sensitif melainkan aplikasi itu direka bentuk dan dipasarkan secara eksklusif untuk ibu bapa memantau anak-anak mereka atau pengurusan perusahaan untuk memantau pekerja individu, dengan syarat mereka mematuhi sepenuhnya keperluan yang dijelaskan dalam dasar Aplikasi Perisian Pengintai Maya dan Pemantauan

Salah satu keperluan utama yang dikemukakan dalam dasar ini ialah penggunaan bendera metadata “isMonitoringTool” dalam fail manifes semua kod versi (merentas semua runut) aplikasi pemantauan. Hal ini membantu pasukan penyemak Google Play menetapkan aplikasi ini sebagai apl pemantauan yang boleh diterima dengan sewajarnya.

Pengisytiharan manifes seharusnya ditulis seperti yang berikut:

<manifest 

   <meta-data android:name="isMonitoringTool" android:value="child_monitoring" />

   …

</manifest> 


Berdasarkan pilihan sama ada aplikasi mempunyai pemantauan anak atau pengurusan perusahaan dengan pemantauan sebagai fungsi teras, nilai bendera isMonitoringTool seharusnya merupakan salah satu nilai ini:

  • child_monitoring = Apl adalah untuk kawalan ibu bapa dan disasarkan secara khusus kepada ibu bapa yang mahu memastikan anak-anak mereka selamat. 
  • enterprise_management = Apl adalah untuk perusahaan yang mahu mengurus dan memantau pekerja. 
  • other = Apl yang tidak tergolong dalam mana-mana kategori di atas. Pasukan penyemak Google Play akan menilai sama ada apl dengan nilai ini layak untuk mana-mana kategori pengecualian yang sah.

Pengisytiharan adalah penting dalam mengekalkan keselamatan dan perlindungan pengguna yang telah memuat turun aplikasi pemantauan pada peranti Android mereka. Sebagai sebahagian daripada proses semakan, Google Play akan menilai sama ada aplikasi telah mengisytiharkan rentetan berkaitan dalam manifes berdasarkan pengkategorian yang dikemukakan dalam perihalan apl (iaitu, kawalan ibu bapa dengan fungsi pemantauan mengisytihar android:value="child_monitoring") atau tidak. Selepas itu, Google Play akan memaklumi pengguna bahawa terdapat aplikasi pemantauan pada peranti dengan rentetan amaran melalui Google Play Protect. 

Untuk mengetahui keperluan tambahan dan mendapatkan panduan tentang aplikasi pemantauan, rujuk pautan bahagian khusus Perisian Pengintai Maya dalam dasar Perisian Hasad

 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10194704123977904312
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false
false
false