Memahami keperluan penyaringan dan kandungan seks sampingan pada apl UGC

Artikel ini bertujuan untuk memberikan butiran lanjut tentang dasar Kandungan Dijana Pengguna dan bukan pengganti dasar tersebut. Untuk memastikan anda memahami dan mematuhi dasar, kami mengesyorkan agar anda membaca keseluruhan dasar tersebut.

Apakah itu kandungan dijana pengguna?

Kandungan dijana pengguna (UGC) ialah kandungan yang disumbangkan oleh pengguna kepada apl, yang boleh dilihat atau boleh diakses oleh sekurang-kurangnya sebahagian daripada pengguna apl. Sebagai contoh, kandungan ini boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada, siaran pada platform media sosial, ulasan pengguna pada apl e-Dagang, kumpulan umum pada apl pemesejan dan kandungan lain yang serupa.

Dengan UGC, kami percaya bahawa penting untuk pengguna memiliki kawalan terhadap kandungan yang dilihat dan berinteraksi dengan kandungan tersebut. Pelaksanaan set alatan penyaringan yang betul dan pematuhan semua dasar kandungan kami pada apl akan membantu pembangun menyediakan pengalaman yang positif pada apl yang membenarkan UGC.

Syarat Penggunaan dan keperluan penyaringan

Mana-mana apl yang mengehoskan UGC, sama ada sebahagian kecil atau keseluruhan apl tersebut, bertanggungjawab untuk melaksanakan dan mengekalkan sistem penyaringan yang mantap, berkesan serta berterusan. Jika anda pembangun yang menawarkan UGC pada apl anda, pastikan apl tersebut mengandungi ciri yang berikut:

Apl anda mestilah mengandungi Syarat Penggunaan (atau Syarat Perkhidmatan) yang jelas dan boleh diakses

Pengguna mestilah diberi garis panduan tentang penyiaran dan penggunaan UGC sebelum mereka benar-benar berinteraksi dengan perkhidmatan itu. Tindakan ini adalah untuk menghasilkan kesedaran dan menetapkan jangkaan untuk pengguna dengan mentakrifkan kandungan yang menjelikkan serta menekankan gelagat yang tidak diterima semasa mengambil bahagian pada apl. Di samping itu, anda perlu mereka bentuk apl anda untuk mendapatkan persetujuan pengguna terhadap garis panduan anda (biasanya dalam bentuk Syarat Penggunaan). Proses ini tidak boleh dilangkau oleh pengguna. Sila ambil perhatian bahawa Syarat Penggunaan anda adalah berbeza daripada Dasar Privasi anda. Perbezaan ini seharusnya jelas dan jika boleh, asingkan kedua-dua perkara ini untuk mengelakkan kekeliruan.

Berikut ialah contoh cara memaparkan Syarat Penggunaan apl anda kepada pengguna:

Apl anda perlu mengandungi kefungsian pelaporan dan penyekatan dalam apl

Apl yang menampilkan UGC mestilah menyediakan keupayaan untuk melaporkan dan menyekat pengguna serta kandungan. Usaha penyaringan untuk UGC berbeza-beza, bergantung pada pengalaman yang disediakan oleh UGC. Anda harus menyemak contoh yang disenaraikan dalam dasar Kandungan Dijana Pengguna untuk memahami jenis penyaringan yang diperlukan pada platform UGC anda.

Pembangun bebas untuk melaksanakan ciri pelaporan dan penyekatan dalam format yang paling sesuai untuk apl mereka selagi ciri tersebut memenuhi tujuan dengan betul dan sentiasa boleh diakses daripada apl. Pengguna mestilah dapat mengenal pasti dan mengakses kefungsian ini dengan mudah. Sebagai contoh, butang yang bertindak sebagai kefungsian pelaporan dan penyekatan boleh mengelirukan jika tidak dilabelkan dengan jelas.

Sebagai pembangun, anda hendaklah sentiasa memastikan bahawa tindakan yang sewajarnya diambil terhadap pengguna atau kandungan yang dilaporkan tepat pada masanya untuk meminimumkan kemungkinan kandungan yang menjelikkan atau melanggar dasar daripada diakses melalui apl anda.

Jika apl anda didapati melanggar dasar Kandungan Dijana Pengguna Play kerana ketiadaan mana-mana kefungsian pelaporan dan penyekatan yang diperlukan, semak semula apl anda untuk memastikan kefungsian tersebut tersedia dan dilabelkan dengan jelas.

Berikut ialah contoh rupa kefungsian pelaporan dalam apl:


Berikut ialah contoh apl dengan kefungsian berasingan untuk melaporkan dan menyekat pengguna dengan segera:

Petua: Untuk membantu pengguna mengelakkan kekeliruan, pastikan fungsi kedua-dua keperluan itu diasingkan dan dilabelkan dengan jelas.

Keperluan untuk apl yang menyediakan kandungan seks sampingan

Kami telah mengemaskinikan dasar UGC kami untuk membenarkan kandungan seks sampingan, tertakluk pada keperluan tertentu. Namun kandungan seks tidak sekali-kali dibenarkan jika ditakrifkan sebagai menyalahi undang-undang oleh undang-undang yang bersesuaian atau merupakan kandungan ancaman terhadap kanak-kanak.

Apakah yang dianggap sebagai kandungan seks sampingan?

Kandungan seks akan dianggap sebagai kandungan sampingan dan dibenarkan pada apl UGC jika apl itu memenuhi semua keperluan kami yang diperincikan dalam dasar Kandungan Seks Sampingan. Setiap keperluan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam bahagian di bawah. Klik satu bahagian untuk mengembangkan atau menguncupkan bahagian itu.

Keperluan 1: Apl mestilah menyediakan akses kepada kandungan bukan seks sebagai fungsi utama
  • Pertimbangkan jumlah relatif UGC seks berbanding dengan bukan seks pada apl anda.
  • Pertimbangkan kepentingan kandungan seks pada apl anda.
Keperluan 2: Apl tidak boleh mempromosikan atau mengesyorkan kandungan seks

Tindakan mempromosikan atau mengesyorkan kandungan seks adalah dilarang dan kandungan itu tidak akan dianggap sebagai "sampingan". Perlu diingat, terdapat banyak cara mempromosikan kandungan UGC pada apl, termasuk, tetapi tidak terhad kepada cara yang berikut:

  • UGC ditampilkan pada halaman utama
  • UGC dipaparkan kepada pengguna melalui menu timbul apabila pengguna membuka apl
  • UGC dijadikan lebih kelihatan (sebagai contoh, diserlahkan atau berkelip) berbanding dengan kandungan lain
  • Pautan yang jelas kepada laman luaran yang mungkin sentiasa menyediakan akses kepada kandungan seks

Berikut ialah contoh cara mempromosikan kandungan seks (kandungan sedemikian tidak akan dianggap sebagai sampingan):

Keperluan 3: Apl tidak membentuk reputasi sebagai apl yang menyediakan akses kepada kandungan seks

Walaupun apl tidak boleh digunakan dengan tujuan untuk menyiarkan kandungan seks, kemungkinan apl UGC disalahgunakan oleh pengguna sentiasa wujud tanpa mengira tujuan asal. Gelagat pengguna yang ditentukan dengan jelas dan teknik penyaringan yang tepat pada masanya akan membantu anda mengelakkan apl disalahgunakan.

Jika apl membentuk reputasi kerana disalahgunakan, apl mungkin dialih keluar daripada Google Play. Pembangun bertanggungjawab sepenuhnya untuk kandungan yang dipaparkan pada apl mereka, oleh hal yang demikian mereka harus terus berusaha untuk memastikan apl mereka digunakan dalam cara yang sepatutnya.

Keperluan 4: Apl tidak menyediakan kandungan seks yang menyalahi undang-undang atau kandungan ancaman terhadap kanak-kanak

Kandungan yang ditakrifkan sebagai menyalahi undang-undang yang bersesuaian tidak dianggap "sampingan" dan tidak dibenarkan. Keperluan undang-undang untuk kandungan seks mungkin berbeza-beza mengikut negara. Rujuk penasihat undang-undang anda sendiri sebelum menerbitkan apl.

Kandungan ancaman terhadap kanak-kanak adalah dilarang sama sekali tanpa mengira negara tempat apl diterbitkan.

Pastikan keperluan ini dipenuhi dalam Syarat Penggunaan (atau garis panduan yang serupa) untuk apl anda dan sebarang kandungan yang menyalahi undang-undang akan dialih keluar dengan segera daripada platform anda.

Keterlihatan dan kebolehaksesan kandungan seks sampingan

Walaupun kandungan seks bersifat "sampingan", cara kandungan itu dipaparkan kepada pengguna adalah tertakluk pada keperluan tambahan yang dijelaskan dalam dasar Kandungan Seks Sampingan. Kandungan seks sampingan adalah tertakluk pada keperluan keterlihatan dan kebolehaksesan yang berikut.

Keperluan 1: Kandungan seks sampingan hendaklah disembunyikan secara lalai

Jika apl UGC anda menyediakan kandungan seks sampingan, pastikan anda memberi pengguna anda keupayaan untuk mengawal jenis kandungan yang didedahkan kepada mereka. Pengguna hendaklah didedahkan kepada kandungan seks hanya jika mereka mengikut serta untuk melihat kandungan itu. Kandungan seks tidak boleh dipaparkan atau disyorkan kepada pengguna yang tidak mahu melihat kandungan itu.

Keperluan 2: Penapis yang tidak mudah dipintas mestilah digunakan pada apl yang menyediakan kandungan seks sampingan

Kandungan seks sampingan mestilah disembunyikan secara lalai di sebalik penapis yang memerlukan sekurang-kurangnya dua tindakan pengguna (contohnya, dua klik) sebelum melumpuhkan penapis itu dan menjadikan kandungan tersebut kelihatan kepada pengguna.

Pertimbangkan contoh ini yang memerlukan pengguna melakukan perkara yang berikut:

  1. Akses halaman tetapan.
  2. Klik tab Sembunyikan Kandungan Matang.
  3. Nyahtandai kotak untuk melumpuhkan tetapan.

Contoh ini termasuk tiga tindakan sebelum pengguna dapat mengakses kandungan tersebut. Pengalihan keluar penapis dengan satu klik tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan dalam dasar Kandungan Seks Sampingan.

Berikut ialah contoh apl UGC apabila kandungan disembunyikan secara lalai dan dinyahsekat dengan sekurang-kurangnya dua tindakan pengguna:

Keperluan 3: Sistem penyaringan umur yang sesuai perlu digunakan untuk menghalang kanak-kanak daripada mengakses apl dengan kandungan seks sampingan

Kanak-kanak, seperti yang ditakrifkan dalam Dasar keluarga, adalah sangat terdedah kepada bahaya kandungan tidak sesuai atau pemangsa dalam talian, maka penting bagi anda mengambil langkah untuk memastikan keselamatan mereka. Oleh hal yang demikian, jika apl anda mengandungi kandungan seks sampingan, anda mestilah menghalang kanak-kanak daripada menggunakan apl anda dengan menggunakan sistem penyaringan umur seperti saringan umur neutral atau sistem yang sesuai seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang yang bersesuaian.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sistem penyaringan umur yang sesuai, lihat Urus tetapan khalayak sasaran dan kandungan apl.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5774159115332452738
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false
false
false