VpnService ialah kelas asas yang membolehkan aplikasi melanjutkan dan membina penyelesaian VPN sendiri. Jika apl anda memerlukan VpnService, anda perlu menyerahkan borang pengisytiharan yang kini tersedia dalam Play Console, selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2023 untuk mengelakkan penguatkuasaan lanjut.
Artikel ini memberikan ikhtisar tentang dasar, keperluan pendedahan dan persetujuan jelas serta pratonton pertanyaan pengisytiharan yang berkaitan. Artikel tersebut bukan pengganti bagi dasar itu. Baca keseluruhan dasar untuk memastikan anda memahami dan mematuhi kandungan dasar itu. Semua apl yang menggunakan VpnService mestilah melengkapkan borang pengisytiharan untuk mengelakkan pelanggaran dasar yang mungkin mengakibatkan tindakan penguatkuasaan.
Menggunakan VpnService
Hanya apl yang menggunakan VpnService dan menjadikan VPN sebagai fungsi teras boleh membuat terowong tahap peranti yang selamat kepada pelayan jauh. Pengecualian termasuk apl yang memerlukan pelayan jauh untuk fungsi teras seperti:
- Apl kawalan ibu bapa dan pengurusan perusahaan
- Penjejakan penggunaan apl
- Apl keselamatan peranti (sebagai contoh, antivirus, pengurusan peranti mudah alih, tembok api)
- Alatan berkaitan rangkaian (sebagai contoh, akses jauh).
- Apl penyemakan imbas web
- Apl pembawa yang memerlukan penggunaan fungsi VPN untuk menyediakan perkhidmatan telefoni atau kesambungan
VpnService tidak boleh digunakan untuk:
- Mengumpulkan data peribadi dan sensitif pengguna tanpa pendedahan dan persetujuan jelas.
- Mengubah hala atau memanipulasi trafik pengguna daripada apl lain pada peranti untuk tujuan pengewangan (sebagai contoh, mengubah hala trafik iklan melalui negara selain negara pengguna).
Apl yang menggunakan VpnService mestilah:
- Mendokumenkan penggunaan VpnService dalam penyenaraian Google Play,
- menyulitkan data daripada peranti kepada titik akhir terowong VPN dan
- mematuhi semua Dasar Program Pembangun termasuk dasar Penipuan Iklan, Kebenaran dan Perisian Hasad.
Keperluan pendedahan dan persetujuan jelas
Apl yang layak menggunakan VpnService mestilah memenuhi keperluan pendedahan dan persetujuan jelas seperti yang diterangkan dalam dasar Data Pengguna Google Play jika apl itu mengakses atau mengumpulkan sebarang data peribadi dan sensitif pengguna. Apl tersebut mestilah menyertakan pendedahan jelas yang:
- Mestilah diletakkan pada apl itu sendiri, tidak boleh dalam perihalan apl atau laman web sahaja
- Mestilah dipaparkan dalam penggunaan biasa apl tersebut dan tidak menghendaki pengguna menavigasi menu atau tetapan
- Mestilah menerangkan data yang diakses atau dikumpulkan melalui VpnService API
- Mestilah menjelaskan cara data akan digunakan dan/atau dikongsi
- Mestilah memerlukan tindakan pengesahan pengguna untuk persetujuan (sebagai contoh, ketik untuk menerima atau tandai kotak pilihan)
- Tidak boleh diletakkan dalam dasar privasi atau syarat perkhidmatan sahaja
- Tidak boleh disertakan dengan pendedahan lain berhubung pengumpulan data peribadi atau sensitif. Pendedahan ini mestilah berasingan serta menyatakan sebab apl memerlukan VpnService API dan sebarang kes penggunaan yang mungkin berlaku.
Pengisytiharan perkhidmatan VPN
Mulai 1 November 2022, apl yang menggunakan VpnService akan dapat menyerahkan pengisytiharan dasar baharu pada Play Console. Hal ini tertakluk pada kelulusan Google Play.
Berikut ialah pratonton soalan pengisytiharan:
1. Adakah penyediaan VPN merupakan fungsi teras aplikasi anda?
- Ya
- Tidak
[Jika anda menjawab Tidak pada 1.]
2. Antara fungsi yang dibenarkan berikut, yang manakah disediakan oleh apl anda? Pilih semua yang berkenaan.
- Penjejakan penggunaan apl
- Apl pembawa memerlukan fungsi VPN untuk menyediakan perkhidmatan telefoni atau kesambungan
- Keselamatan peranti (termasuk antivirus dan tembok api)
- Apl pengurusan perusahaan
- Alatan berkaitan rangkaian (termasuk akses jauh)
- Kawalan ibu bapa
- Penyemak Imbas
- Tiada satu pun yang di atas
Nota: Tindakan memilih kategori yang tidak sepadan dengan tujuan utama apl anda boleh menyebabkan penolakan. Berada dalam salah satu kategori ini tidak mencukupi. Aplikasi anda juga mestilah:
- Mendokumenkan penggunaan VpnService anda dalam penyenaraian Google Play
- Menyulitkan data daripada peranti kepada titik akhir terowong VPN
[Jika anda menjawab Tiada satu pun yang di atas pada 2.]
2 (a).
Anda mengisytiharkan bahawa tujuan utama apl anda tiada dalam senarai fungsi yang dibenarkan. Apl yang menggunakan VpnService selain untuk fungsi yang dibenarkan akan ditolak. Jika anda berpendapat anda perlu menggunakan VpnService, terangkan secara terperinci cara fungsi apl anda memenuhi kriteria itu.
Jika tidak, alih keluar semua perkhidmatan VPN daripada semua artifak aktif pada semua runut keluaran untuk memenuhi dasar Google Play.
3. Untuk membantu kami menyemak apl anda, berikan pautan kepada video pendek (90 saat atau lebih pendek). Video itu mestilah menunjukkan apl anda sedang dibuka dan VPN anda sedang digunakan. Jika cara perkhidmatan VPN digunakan tidak jelas, berikan alih suara atau sari kata untuk membantu anda memberikan penerangan. Masukkan URL YouTube atau storan awan kepada MP4 atau format fail video lazim yang lain.
4. (a). Apakah data yang dikumpul atau dikongsi oleh perkhidmatan VPN anda? Pilih semua yang berkenaan. Ketahui lebih lanjut.
- Ya
- Tidak
[Jika anda menjawab Ya pada 4 (a).]
4. (b). Apakah data yang anda kumpulkan atau kongsi menggunakan VpnService?
- Lokasi
- Lokasi anggaran
- Lokasi tepat
- Maklumat peribadi
- Nama
- Alamat e-mel
- Pengecam peribadi
- Alamat
- Nombor telefon
- Bangsa dan etnik
- Fahaman politik atau kepercayaan agama
- Orientasi seksual atau identiti jantina
- Maklumat peribadi yang lain
- Maklumat kewangan
- Kad kredit, kad debit atau nombor akaun bank
- Sejarah pembelian
- Maklumat kredit
- Maklumat kewangan yang lain
- Kesihatan dan kecergasan
- Maklumat kesihatan
- Maklumat kecergasan
- Mesej
- E-mel
- Mesej SMS atau MMS
- Mesej dalam apl yang lain
- Foto atau video
- Foto
- Video
- Fail audio
- Rakaman suara atau bunyi
- Fail muzik
- Fail audio yang lain
- Fail dan dokumen
- Fail dan dokumen
- Kalendar
- Acara kalendar
- Kenalan
- Kenalan
- Aktiviti apl
- Paparan halaman dan ketikan pada apl
- Sejarah carian dalam apl
- Apl yang dipasang
- Kandungan dijana pengguna yang lain
- Tindakan lain
- Penyemakan imbas web
- Sejarah penyemakan imbas
- Maklumat dan prestasi apl
- Log ranap sistem
- Diagnostik
- Data prestasi apl yang lain
- Peranti atau pengecam lain
- Peranti atau pengecam lain
5. Untuk membantu kami menyemak apl anda, berikan pautan kepada video pendek (90 saat atau lebih pendek). Video mestilah menunjukkan pendedahan jelas yang ditunjukkan kepada pengguna pada apl anda. Pendedahan jelas pada apl anda mestilah menjelaskan sebab apl anda memerlukan penggunaan VpnService dan cara perkhidmatan tersebut digunakan. Jika anda mengumpulkan dan/atau berkongsi sebarang data peribadi atau sensitif pengguna menggunakan VpnService, anda mestilah mengisytiharkan perkara ini kepada pengguna dan menjelaskan tujuan anda berbuat demikian. Masukkan URL YouTube atau storan awan kepada MP4 atau format fail video lazim yang lain.
Panduan untuk video yang memaparkan pendedahan jelas apl anda
Video yang anda berikan sebagai sebahagian daripada pengisytiharan mestilah merangkumi perkara yang berikut:
- Pembukaan apl anda pada peranti.
- Aliran pengguna untuk sampai kepada skrin pendedahan dan persetujuan jelas untuk VpnService.
- Pastikan bahawa video tersebut merangkumi pendedahan penuh. Jika pendedahan tersebut memerlukan penatalan, pastikan anda menatal dengan perlahan supaya semua teks dapat dilihat dalam video.
- Aliran pengguna apabila pengguna memberikan persetujuan, termasuk membenarkan apl anda menggunakan VpnService.
- Aliran pengguna apabila pengguna tidak memberikan persetujuan, termasuk proses apabila pengguna mencetuskan skrin pendedahan dan persetujuan jelas sekali lagi.
5. (a). Adakah aplikasi anda mengubah hala atau memanipulasi trafik pengguna daripada apl lain pada peranti untuk tujuan pengewangan?
- Ya
- Tidak
[jika anda menjawab Ya pada 5 (a).]
5. (b). Apl anda tidak memenuhi kategori yang dibenarkan untuk penggunaan VpnService. Jika anda percaya kes penggunaan pengewangan anda memenuhi kategori penggunaan yang sejajar dengan dasar, sila berikan penjelasan.
Nota: Sebarang manipulasi iklan yang boleh mempengaruhi pengewangan akan menyebabkan penolakan.