Mulai 31 Ogos 2024:
- Apl baharu dan kemaskinian apl perlu menyasarkan Android 14 (tahap API 34) untuk diserahkan kepada Google Play (kecuali apl Wear OS dan Android TV yang perlu menyasarkan Android 13 atau lebih tinggi).
- Apl sedia ada perlu menyasarkan Android 13 (tahap API 33) atau lebih tinggi untuk kekal tersedia kepada pengguna baharu pada peranti yang menjalankan Android OS lebih tinggi daripada tahap API sasaran apl anda. Apl yang menyasarkan Android 12 (tahap API 31) atau lebih rendah ( Android 10 atau lebih rendah untuk Wear OS dan Android 11 atau lebih rendah untuk TV OS), hanya akan tersedia pada peranti yang menjalankan Android OS yang sama atau lebih rendah daripada tahap API sasaran apl anda.
Anda boleh meminta pelanjutan hingga 1 November 2024 jika anda memerlukan lebih banyak masa untuk mengemaskinikan apl anda. Anda boleh mengakses borang pelanjutan apl anda dalam Play Console lewat tahun ini.
Setiap versi Android baharu memperkenalkan perubahan yang meningkatkan pengalaman pengguna, keselamatan dan prestasi platform Android secara keseluruhan. Setiap apl menetapkan targetSdkVersion
(turut dikenali sebagai tahap API sasaran) dalam fail manifes. Tahap API sasaran menunjukkan cara apl anda seharusnya dijalankan pada pelbagai versi Android.
Tindakan mengkonfigurasikan apl anda untuk menyasarkan tahap API terbaharu akan memastikan pengguna mendapat manfaat daripada peningkatan keselamatan, privasi dan prestasi, di samping masih membenarkan apl dijalankan pada versi Android yang lebih lama (setakat minSdkVersion
yang ditentukan).
Untuk menyediakan pengalaman yang selamat bagi pengguna Android dan Google Play, Google Play menghendaki semua apl memenuhi keperluan tahap API sasaran yang disenaraikan di bawah.
Pengecualian terhadap keperluan ini termasuk:
- Apl peribadi kekal yang terhad kepada pengguna dalam organisasi tertentu dan khusus untuk pengedaran dalaman sahaja.
- Apl yang menyasarkan faktor bentuk automotif dan dihimpunkan dalam pakej yang sama akan tetap boleh ditemukan oleh semua pengguna Google Play.
Takrif
Apl baharu | Apl yang belum diterbitkan pada Google Play (iaitu, apl serba baharu). |
Apl sedia ada | Apl yang diterbitkan pada Google Play. |
Kemaskinian apl | Versi baharu apl yang diserahkan untuk semakan untuk menggantikan apl anda yang sedia ada. |
Keperluan kemaskinian apl
Versi Android OS |
Bilakah serahan apl baharu dan kemaskinian apl diperlukan untuk menyasarkan tahap API ini? | |
Apl baharu | Kemaskinian apl | |
Android 14 (tahap API 34)* |
31 Ogos 2024 |
31 Ogos 2024 |
Android 13 (tahap API 33) |
31 Ogos 2023 |
31 Ogos 2023 |
*Pembangun boleh meminta pelanjutan hingga 1 November.
Petua: Dapatkan panduan teknikal tentang cara menukar tahap API sasaran apl anda untuk memenuhi keperluan ini dengan merujuk panduan penghijrahan.
Keperluan apl Wear OS
Versi Android OS (tahap API) |
Bilakah serahan apl Wear OS perlu menyasarkan tahap API ini? | |
Apl baharu | Kemaskinian apl | |
Android 13 (tahap API 33) atau lebih tinggi | 31 Ogos 2024 | 31 Ogos 2024 |
Android 11 (tahap API 30) atau lebih tinggi | 31 Ogos 2023 | 31 Ogos 2023 |
Keperluan apl Android TV
Versi Android OS (tahap API) |
Bilakah serahan apl Android TV perlu menyasarkan tahap API ini? | |
Apl baharu | Kemaskinian apl | |
Android 13 (tahap API 33) atau lebih tinggi | 31 Ogos 2024 | 31 Ogos 2024 |
Keperluan ketersediaan apl
Pada masa ini, apl sedia ada (merentas telefon mudah alih dan Android Auto) perlu menyasarkan Android 13 (tahap API 33) atau lebih tinggi selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2024 (Android 11 (tahap API 30) atau lebih tinggi untuk Wear OS) dan (Android 12 (tahap API 32) atau lebih tinggi untuk Android TV). Jika tidak, apl itu tidak dapat ditemukan lagi oleh semua pengguna Google Play yang menjalankan versi Android OS yang lebih baharu pada peranti mereka berbanding dengan tahap API sasaran apl anda, kerana apl anda tidak dibina untuk memenuhi standard keselamatan dan kualiti yang dijangkakan oleh pengguna ini daripada versi Android OS yang lebih baharu.
- Apl dengan tahap sasaran Android 12 (tahap API 31)* atau lebih rendah tidak akan tersedia kepada pengguna baharu yang menjalankan Android OS yang lebih tinggi daripada API sasaran apl selepas 31 Ogos 2024.
- Apl dengan tahap sasaran Android 11 (tahap API 30) atau lebih rendah tidak tersedia untuk pengguna baharu yang menjalankan Android OS yang lebih tinggi daripada API sasaran apl selepas 1 November 2023.
*Pembangun boleh meminta pelanjutan masa hingga 1 November 2024. Anda boleh mengakses borang pelanjutan apl anda dalam Play Console lewat tahun ini.
Perkara yang perlu dilakukan untuk mematuhi dasar
Apl baharu |
Apl sedia ada |
Apabila anda menerbitkan apl baharu, anda perlu menyasarkan Android 14 (tahap API 34) atau lebih tinggi. |
Jika apl sedia ada anda menyasarkan Android 13 (tahap API 33) atau lebih tinggi, maka apl anda mematuhi dasar ini. Jika sasaran apl anda yang sedia ada lebih rendah daripada Android 13 (tahap API 33), apl itu tidak akan tersedia lagi untuk semua pengguna baharu yang menjalankan versi Android OS yang lebih baharu pada peranti mereka berbanding dengan tahap API sasaran apl anda kerana apl anda tidak dibina untuk memenuhi standard keselamatan dan kualiti yang dijangkakan oleh pengguna ini daripada versi Android OS yang lebih baharu.
|
Keperluan apl Wear OS
Apl baharu |
Apl sedia ada |
Apabila anda menerbitkan apl Wear baharu, anda perlu menyasarkan Android 13 (tahap API 33) atau lebih tinggi. |
Jika apl Wear sedia ada anda menyasarkan Android 11 (tahap API 30), maka apl anda mematuhi dasar ini. Jika sasaran apl sedia ada anda ialah Android 10 (tahap API 29) atau Lebih Rendah, apl itu tidak akan tersedia lagi kepada semua pengguna Google Play yang menjalankan versi Android OS yang lebih baharu pada peranti mereka berbanding dengan tahap API sasaran apl anda kerana apl anda tidak dibina untuk memenuhi standard keselamatan dan kualiti yang dijangkakan oleh pengguna ini daripada versi Android OS yang lebih baharu.
|
Keperluan Android TV
Apl baharu |
Apl sedia ada |
Apabila anda menerbitkan apl Wear baharu, anda perlu menyasarkan Android 13 (tahap API 33) atau lebih tinggi. |
Jika apl Android TV sedia ada anda menyasarkan Android 12 (tahap API 31), maka apl anda mematuhi dasar ini. Jika sasaran apl sedia ada anda ialah Android 11 (tahap API 30) atau Lebih Rendah, apl itu tidak akan tersedia lagi kepada semua pengguna Google Play yang menjalankan versi Android OS yang lebih baharu pada peranti mereka berbanding dengan tahap API sasaran apl anda kerana apl anda tidak dibina untuk memenuhi standard keselamatan dan kualiti yang dijangkakan oleh pengguna ini daripada versi Android OS yang lebih baharu.
|
Soalan Lazim
Untuk apl yang menyasarkan API 31 ke bawah
Saya mempunyai apl langsung pada Google Play yang menyasarkan API 31 atau lebih rendah (Apl menyasarkan API 29 atau lebih rendah untuk Wear OS) yang tidak mahu saya kemas kinikan. Apakah pilihan saya?
Jika anda mahu terus menyediakan apl ini untuk pengguna anda yang sedia ada, anda tidak perlu melakukan apa-apa. Walau bagaimanapun, apl anda tidak akan tersedia pada Google Play Store kepada pengguna baharu pada peranti yang menjalankan Android OS yang lebih baharu berbanding dengan sasaran apl anda. Apl tersebut akan tersedia hanya untuk pengguna Play yang menggunakan peranti yang menjalankan Android OS pada tahap API apl anda atau lebih rendah.
Jika anda merancang untuk mengemaskinikan apl anda kepada API sasaran yang lebih tinggi dan memerlukan lebih banyak masa hingga selepas 31 Ogos 2024, anda boleh meminta pelanjutan masa supaya apl anda dapat terus diedarkan kepada semua pengguna Google Play hingga 1 November 2024. Borang pelanjutan akan tersedia nanti pada tahun ini dalam Play Console.
Jika anda mahu berhenti menyediakan apl anda untuk pengguna baharu walaupun pada peranti yang lebih lama, anda boleh menyahterbitkan apl anda.
Di manakah saya boleh mendapatkan borang pelanjutan untuk terus mengedarkan apl kepada semua pengguna Google Play hingga 1 November 2024?
Saya mempunyai apl yang saya tidak mahu diterbitkan pada Google Play lagi. Apakah tindakan yang boleh saya lakukan?
Adakah perkara ini akan menjejaskan pengguna saya yang telah memuat turun apl saya?
Adakah kemaskinian ini akan memberikan kesan kepada muat turun apl?
Bagaimanakah pengalaman pengguna jika pengguna yang menggunakan peranti lebih baharu melawati pautan dalam kepada halaman gedung apl tetapi apl itu menyasarkan API 31 atau lebih rendah?
Adakah terdapat sebarang pengecualian untuk apl sedia ada yang menyasarkan API 30 ke bawah?
Ya. Kami menyediakan pengecualian untuk apl peribadi kekal yang terhad kepada pengguna dalam organisasi tertentu dan khusus untuk pengedaran dalaman sahaja serta apl yang menyasarkan faktor bentuk Android Automotive OS juga dikecualikan.