Penggunaan AccessibilityService API

Google Play membenarkan penggunaan AccessibilityService API untuk pelbagai jenis aplikasi. Walau bagaimanapun, hanya perkhidmatan yang direka untuk membantu orang kurang upaya mengakses peranti mereka atau sebaliknya mengatasi cabaran yang berpunca daripada ketakupayaan mereka layak untuk mengisytiharkan apl mereka sebagai alat kebolehaksesan. Tindakan ini boleh dilakukan dengan menggunakan atribut isAccessibilityTool dalam fail metadata perkhidmatan tersebut.

Apl yang mengisytiharkan isAccessibilityTool dikecualikan daripada keperluan pendedahan dan persetujuan jelas yang diterangkan di bawah. Selain itu, semua apl yang menyasarkan Android 12 yang menggunakan AccessibilityService API akan perlu melengkapkan Borang Pengisytiharan Kebenaran dan menerima kelulusan daripada Google Play mulai 3 November 2021.

Apakah apl yang boleh menjadi Alat Kebolehaksesan? 

Apl yang direka untuk menyokong orang kurang upaya merangkumi:

  • Pembaca skrin, yang menyokong orang yang mengalami cacat penglihatan
  • Sistem input berasaskan suis yang menyokong orang yang mengalami gangguan motor
  • Sistem input berasaskan suara yang menyokong orang yang mengalami gangguan motor
  • Sistem akses berasaskan Braille yang menyokong orang yang mengalami cacat penglihatan dan pendengaran

Alat yang menyokong pengguna kurang upaya lain, seperti gangguan kognitif atau berbilang ketakupayaan, juga memenuhi syarat.

Alat mesti menyokong orang kurang upaya sebagai tujuan utama alat tersebut. Pembantu umum yang diaktifkan suara, contohnya, alat yang menyasarkan populasi pengguna yang besar tetapi akan membantu pengguna yang mengalami gangguan motor dalam sesetengah situasi, tidak memenuhi syarat sebagai alat kebolehaksesan. Kebanyakan pembangun alat kebolehaksesan menghabiskan sebahagian besar penyelidikan pengguna mereka untuk memahami cabaran kompleks yang dihadapi oleh orang kurang upaya dengan set ketakupayaan tertentu apabila menggunakan peranti mereka, dan menyesuaikan penyelesaian untuk menghadapi cabaran tersebut. Maklumat seharusnya dapat diketahui dengan jelas apabila membaca perihalan tentang alat kebolehaksesan di Gedung Google Play, pengguna sasaran dan cara apl membantu mereka menghadapi cabaran yang dihadapi.

Contoh apl lain yang bukan alat kebolehaksesan ialah: perisian antivirus, alat automasi, pembantu, apl pemantauan, pembersih, pengurus kata laluan, dan pelancar.

Keperluan pendedahan dan persetujuan jelas

Apl yang tidak layak untuk atribut IsAccessibilityTool mesti memenuhi keperluan pendedahan dan persetujuan jelas yang diterangkan dalam dasar Data Pengguna Google Play. Apl tersebut mesti merangkumi pendedahan jelas yang:

  • Mesti diletakkan dalam apl itu sendiri, tidak boleh dalam perihalan apl atau laman web sahaja;
  • Mesti dipaparkan dalam penggunaan biasa apl tersebut dan tidak menghendaki pengguna menavigasi menu atau tetapan;
  • Mesti menerangkan data yang diakses atau dikumpulkan melalui AccessibilityService API;
  • Mesti menjelaskan cara data akan digunakan dan/atau dikongsi;
  • Mesti memerlukan tindakan pengesahan pengguna untuk persetujuan (contohnya, ketik untuk menerima atau tandai kotak pilihan);
  • Tidak boleh diletakkan dalam dasar privasi atau syarat perkhidmatan sahaja; dan 
  • Tidak boleh disertakan dengan pendedahan lain yang tidak berkaitan dengan pengumpulan data peribadi atau sensitif. Pendedahan ini mestilah berasingan yang menyatakan sebab apl memerlukan AccessibilityService API dan sebarang kes penggunaan yang mungkin berlaku.

Penting: Jika anda mengubah cara apl anda menggunakan API ini, anda mesti menyerahkan borang dengan maklumat yang dikemas kini dan tepat sekali lagi. Penggunaan API yang mengelirukan dan tidak diisytiharkan ini mungkin menyebabkan penggantungan apl anda dan/atau penamatan akaun pembangun anda.

Pengisytiharan perkhidmatan kebolehaksesan

Mulai 3 November 2021, apl yang menyasarkan API tahap 31 dan merangkumi AccessibilityService akan perlu melengkapkan pengisytiharan dasar baharu dalam Play Console. Kami tidak menyekat penggunaan API ini, tetapi kami memerlukan pendedahan jelas tentang penggunaan API untuk mana-mana apl yang bukan alat kebolehaksesan. Alat kebolehaksesan ialah apl yang tujuan utama apl adalah untuk menyokong pengguna kurang upaya.

Pengisytiharan untuk apl yang merupakan alat kebolehaksesan

Jika anda telah mengisytiharkan bahawa apl anda merupakan alat kebolehaksesan dengan menetapkan isAccessibilityTool=true dalam fail metadata perkhidmatan anda, maka anda perlu memberitahu kami tentang cara apl anda memenuhi keperluan kebolehaksesan.

Berikut ialah pratonton soalan pengisytiharan:

  1. Huraikan satu ciri teras dalam apl anda yang memerlukan penggunaan AccessibilityServices API yang dibenarkan.
     
  2. Apakah jenis kurang upaya yang perkhidmatan apl anda sediakan? Pilih semua yang berkenaan.
    • Pergerakan
    • Penglihatan
    • Pendengaran
    • Kognitif atau pembelajaran
    • Lain-lain
  3. Siapakah pengguna sasaran apl anda?
     
  4. Untuk membantu kami menyemak apl anda, berikan pautan kepada video pendek yang menunjukkan apl anda dibuka, perkhidmatan kebolehaksesan didayakan, dan perkhidmatan kebolehaksesan digunakan. Jika cara perkhidmatan kebolehaksesan digunakan daripada antara muka pengguna dalam apl anda adalah tidak jelas, sediakan suara latar atau sari kata untuk membantu anda menjelaskan perkhidmatan.

Pengisytiharan untuk apl yang BUKAN merupakan alat kebolehaksesan

Jika anda tidak mengisytiharkan bahawa apl anda merupakan alat kebolehaksesan tetapi menggunakan AccessibilityService API, iaitu anda belum menetapkan bendera isAccessibilityTool dalam fail metadata perkhidmatan kebolehaksesan anda, anda akan perlu melengkapkan pengisytiharan kebolehaksesan dalam Play Console.

Berikut ialah pratonton soalan pengisytiharan:

  1. Mengapakah apl anda perlu menggunakan API Perkhidmatan Kebolehaksesan? Pilih semua yang berkenaan.
    • Fungsi apl
    • Analitis
    • Komunikasi pembangun
    • Pencegahan penipuan, keselamatan dan pematuhan
    • Pengiklanan atau pemasaran
    • Pemeribadian
    • Pengurusan akaun
  2. Adakah anda mengumpulkan dan/atau berkongsi data peribadi atau sensitif menggunakan keupayaan kebolehaksesan?
    • Ya
    • Tidak

Nota: Ketahui lebih lanjut tentang pengumpulan data dan perkongsian data.

[Jika menjawab Ya pada soalan 2.] 

  1. Apakah data pengguna yang anda kumpul dan/atau kongsi menggunakan AccessibilityServices API? Pilih semua yang berkenaan.
    • Lokasi
      • Lokasi anggaran
      • Lokasi tepat
    • Maklumat peribadi
      • Nama
      • Alamat e-mel
      • Pengecam peribadi
      • Alamat
      • Nombor telefon
      • Bangsa dan etnik
      • Fahaman politik atau kepercayaan agama
      • Orientasi seksual atau identiti jantina
      • Maklumat peribadi yang lain
    • Maklumat kewangan
      • Kad kredit, kad debit atau nombor akaun bank
      • Sejarah pembelian
      • Maklumat kredit
      • Maklumat kewangan yang lain
    • Kesihatan dan kecergasan
      • Maklumat kesihatan
      • Maklumat kecergasan
    • Mesej
      • E-mel
      • Mesej SMS atau MMS
      • Pemesejan dalam apl yang lain
    • Foto atau video
      • Foto
      • Video
    • Fail audio
      • Rakaman suara atau bunyi
      • Fail muzik
      • Fail audio yang lain
    • Fail dan dokumen
      • Fail dan dokumen
    • Kalendar
      • Acara kalendar
    • Kenalan
      • Kenalan
    • Aktiviti apl
      • Paparan halaman dan ketikan dalam apl
      • Sejarah carian dalam apl
      • Apl yang dipasang
      • Kandungan dijana pengguna yang lain
      • Tindakan lain
    • Penyemakan imbas web
      • Sejarah penyemakan imbas
    • Maklumat dan prestasi apl
      • Log ranap sistem
      • Diagnostik
      • Data prestasi apl yang lain
    • Peranti atau pengecam lain
      • Peranti atau pengecam lain
  2. Untuk membantu kami menyemak apl anda, berikan pautan kepada video pendek yang menunjukkan pendedahan jelas dipaparkan kepada pengguna dalam apl anda.

 

Panduan untuk video yang memaparkan pendedahan jelas apl anda

Video yang anda berikan sebagai sebahagian daripada pengisytiharan mesti merangkumi perkara yang berikut:

  1. Pembukaan apl anda pada peranti.
  2. Aliran pengguna untuk sampai ke skrin pendedahan jelas dan persetujuan bagi kebolehaksesan.
  3. Aliran pengguna apabila pengguna memberikan persetujuan, termasuk memberikan kebenaran kebolehaksesan kepada apl anda.
  4. Aliran pengguna apabila pengguna tidak memberikan persetujuan, termasuk proses apabila pengguna mencetuskan skrin pendedahan jelas dan persetujuan sekali lagi.
  5. Ciri teras dalam apl anda yang menggunakan keupayaan kebolehaksesan. Jika cara perkhidmatan kebolehaksesan digunakan daripada antara muka pengguna dalam apl anda adalah tidak jelas, sediakan suara latar atau sari kata untuk membantu anda menjelaskan perkhidmatan.

 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4300411676416479101
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false
false
false