Keperluan untuk apl berita dan majalah

Artikel ini memberikan ikhtisar tentang langkah yang boleh diambil oleh pembangun untuk mematuhi keperluan Dasar apl berita dan majalah.

Ikhtisar keperluan

Semua apl berita dan majalah dalam skop dasar Berita dan Majalah mestilah melengkapkan pengisytiharan dalam Play Console.

Siapakah yang harus melengkapkan pengisytiharan tersebut?

Semua apl berita dan majalah mestilah melengkapkan pengisytiharan bahawa apl tersebut:

  • telah diisytiharkan sebelum ini sebagai apl berita atau majalah pada Play Console;
  • pada masa ini disenaraikan di bawah kategori "Berita dan Majalah" pada Google Play serta
  • digambarkan sebagai "berita" atau "majalah" dalam tajuk, ikon, nama pembangun atau perihalan apl.

Harap maklum bahawa jika apl anda mengandungi sebarang atau semua ciri ini, anda akan digesa dalam Console untuk melengkapkan pengisytiharan. Semua apl lain tidak termasuk dalam skop.

Apakah apl dalam skop/luar skop?

Contoh apl dalam kategori "Berita dan Majalah" yang diliputi oleh kategori ini termasuk:

  • Apl berita terkini
  • Apl surat khabar
  • Apl majalah
  • Apl berita mutakhir
  • Apl berita dan majalah tempatan
  • Apl berita dan majalah harian serta mingguan
  • Apl pengagregat berita dan majalah (termasuk yang menggunakan AI)
  • Apl dengan perkataan "Berita" dalam tajuk, ikon atau nama pembangun apl
  • Apl dengan perkataan "Majalah" dalam tajuk, ikon atau nama pembangun apl.

Apl yang berikut tidak termasuk dalam skop dasar ini:

  • Apl pengagregat media
  • Apl penstriman media
  • Apl yang mengandungi kandungan terutamanya yang dijana pengguna (sebagai contoh, apl media sosial)
  • Apl dengan tujuan utama untuk menjual produk dan perkhidmatan.

Nota: Apl media yang menstrim atau menawarkan pelbagai kandungan, termasuk tetapi tidak terhad kepada program yang berkaitan dengan berita dan majalah, tidak termasuk dalam skop dasar.

Apakah yang diperlukan daripada apl dalam skop?

Setiap apl berita dan majalah mestilah melengkapkan pengisytiharan sepenuhnya dalam Play Console. Jawapan anda mestilah berdasarkan perkara yang berkaitan dan bersangkut-paut dengan apl anda.

Jika pembangun memiliki berbilang apl dalam skop, pengisytiharan yang berasingan mestilah dilengkapkan untuk setiap apl.

Harap maklum bahawa pembangun bertanggungjawab untuk mengemaskinikan sebarang maklumat yang telah berubah sejak pengisytiharan dilengkapkan.

Apakah soalan yang disertakan?

Soalan pengisytiharan menggambarkan arah aliran industri dan kawal selia global semasa, termasuk piawai ISO yang dibangunkan oleh wartawan dan entiti media.

Oleh hal yang demikian, pengisytiharan meliputi set soalan penting yang terhad tentang apl dan entiti berita atau majalah induk. Pembangun apl mestilah menjawab semua soalan.

Untuk sebarang maklumat yang didedahkan dalam pengisytiharan, anda boleh menyediakan maklumat yang sama dalam metadata penyenaraian gedung anda.

Bagaimanakah apl melengkapkan dan menyerahkan pengisytiharan?

Apabila anda sudah bersedia untuk bermula, anda akan melengkapkan dan menyerahkan pengisytiharan anda dalam Play Console.

Terdapat panduan tambahan dalam Play Console untuk membantu anda melengkapkan pengisytiharan.

Bilakah pengisytiharan perlu dilengkapkan?

Mulai 27 Ogos 2025, semua apl berita dan majalah mestilah melengkapkan serta menyerahkan pengisytiharan. Jika anda tidak dapat melengkapkan pengisytiharan selewat-lewatnya pada masa yang ditetapkan, anda boleh meminta pelanjutan melalui profil Console anda.

Adakah terdapat keperluan dasar tambahan?

Ya, selain melengkapkan pengisytiharan, semua apl berita dan majalah mestilah mematuhi keperluan dasar Berita dan Majalah serta semua keperluan lain yang disenaraikan dalam Perjanjian Pengedaran Pembangun Google Play.

Apakah yang harus saya lakukan untuk memenuhi keperluan dasar ini?

Untuk memastikan apl berita dan majalah anda mematuhi keperluan, sila ikut panduan di bawah.

  1. Pastikan anda menyediakan maklumat hubungan:
  • Pastikan maklumat hubungan anda diberikan melalui URL dan boleh ditemukan dalam apl (selain sebarang maklumat hubungan lain yang anda tawarkan kepada pengguna anda).

Nota: Sila gunakan URL yang sama yang telah anda berikan dalam pengisytiharan Console anda.

  • Pastikan maklumat mudah ditemukan dan terkini (seperti e-mel hubungan atau nombor telefon).

Nota: Tindakan menyediakan pautan akaun media sosial sahaja tidak mematuhi dasar.

  1. Pastikan kandungan disiarkan tepat pada masa dan berkaitan:
  • Pastikan kandungan anda tidak statik dan terkini.
  • Untuk memastikan tiada kandungan yang statik:
    • Semua apl berita dan majalah yang menyediakan "peristiwa dan berita semasa" mestilah mengandungi kandungan yang dikemaskinikan secara tetap yang disiarkan tidak melebihi 30 hari.
    • Semua apl berita dan majalah lain mestilah mengandungi kandungan yang dikemaskinikan secara tetap yang tidak melebihi tiga bulan untuk kekal dalam kategori apl ini.
  • Untuk memastikan semua kandungan adalah terkini:
    • Semua artikel apl berita dan majalah mestilah memaparkan tarikh yang jelas untuk menunjukkan kali terakhir kandungan diterbitkan.
  • Pastikan apl anda menyiarkan kandungan yang dikaitkan dengan apl berita dan majalah.
    • Elakkan daripada menjadikan pemasaran gabungan atau hasil iklan sebagai tujuan utama apl.
    • Harap maklum bahawa apl berita dan majalah boleh menggunakan iklan serta bentuk pemasaran yang lain untuk pengewangan. Tindakan ini dibenarkan selagi tujuan utama apl bukan untuk menjual produk dan perkhidmatan atau menjana hasil pengiklanan.
  1. Pastikan anda memberikan butiran tentang sumber artikel:
  • Pastikan anda menyertakan sumber setiap artikel berita (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penerbit atau pengarang asal).

Nota: Jika nama pengarang lazimnya tidak disertakan, pastikan apl berita dan majalah disenaraikan sebagai penerbit asal artikel tersebut.

 

Nota tambahan

Mengikut syarat Peraturan 5 dalam Peraturan Teknologi Maklumat India (Garis Panduan Perantara dan Kod Etika Media Digital), 2021 (Peraturan Perantara dan Media Digital, 2021), Google perlu memaklumi anda bahawa, selain Syarat Perkhidmatan yang terpakai, penerbit kandungan berita dan kandungan hal ehwal semasa mungkin diperlukan oleh Peraturan 18 dalam Peraturan Perantara dan Media Digital untuk melengkapkan butiran akaun mereka dalam Google Play kepada Kementerian Maklumat dan Penyiaran, Kerajaan India.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13687120067325816586
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false
false
false