Ciri ini tersedia untuk semua perniagaan perkhidmatan.
Cara editor perkhidmatan berfungsi
Dalam Business Profile, anda mungkin mendapat pilihan untuk menambah perkhidmatan yang anda tawarkan, bersama dengan perihalan dan harga perkhidmatan tersebut. Jika perniagaan anda mempunyai berbilang kategori, himpunkan perkhidmatan bersama kepada bahagian di bawah kategori yang bersesuaian untuk memastikan perkhidmatan anda tersusun.
Apabila pelanggan tempatan mencari perkhidmatan yang anda tawarkan di Google, perkhidmatan tersebut akan diserlahkan pada profil anda. Pelanggan pada peranti mudah alih juga boleh mencari semua perkhidmatan anda di bawah "Perkhidmatan".
Tambahkan atau edit perkhidmatan pada Business Profile
- Akses Business Profile anda.
- Untuk menemukan perkhidmatan anda:
- Dengan Google Search, pilih Edit perkhidmatan.
- Dengan Google Maps, pilih Edit Profil
Perkhidmatan.
- Pilih perkhidmatan yang mahu anda edit.
- Untuk menambahkan perkhidmatan baharu, pilih Tambahkan lebih banyak perkhidmatan.
- Pilih Simpan.
Perniagaan perkhidmatan boleh memilih daripada jenis perkhidmatan yang dicadangkan. Contohnya, tukang paip mungkin melihat "Pasang pili" atau "Pembaikan tandas" sebagai perkhidmatan untuk ditambahkan. Jika jenis perkhidmatan tidak disenaraikan, anda boleh menambah perkhidmatan tersuai anda sendiri.
Petua: Perkhidmatan tersuai tertentu dilarang dan akan ditolak secara automatik oleh sistem timbang tara kami. Perkara ini termasuk kata-kata kesat, raban, maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti (PII), URL, harga dan nombor telefon.