Bekerjasama dengan pihak ketiga

Perihal Google Business Profile

Google Business Profile memudahkan pelanggan mencari dan berhubung dengan perniagaan anda semasa mereka menggunakan Google Search dan Maps. Apabila anda membuat dan mengesahkan Business Profile, anda boleh mengurus cara perniagaan anda dipaparkan di Google untuk memberikan tanggapan pertama yang hebat dan memastikan maklumat anda dikemas kini. Apabila pengguna menemui anda di Google, anda dapat memperoleh cerapan tentang gelagat pelanggan dan mengetahui cara mereka menemui dan berinteraksi dengan perniagaan anda.

Penggunaan pihak ketiga

Business Profile memberi anda alat yang membolehkan perniagaan anda berjaya, tetapi aktiviti menjalankan perniagaan kadangkala tidak memberi anda masa yang secukupnya untuk mewujudkan dan mengekalkan Business Profile yang berjaya. Jika anda memerlukan bantuan tambahan atau nasihat pakar, anda boleh memilih untuk bekerjasama dengan pihak ketiga. Terdapat banyak pihak ketiga yang boleh dipilih, daripada syarikat besar yang mengurus ratusan pelanggan sehinggalah perunding web orang perseorangan.

Cara bekerjasama dengan pihak ketiga

Walaupun Business Profile ialah alat yang boleh digunakan tanpa caj, pihak ketiga sering kali mengenakan yuran untuk mengurus profil anda. Mereka boleh memberikan perkhidmatan berharga seperti memastikan profil anda dikemas kini, memberikan cerapan pelanggan kepada anda, menjawab soalan anda dan membalas ulasan. Anda harus memahami manfaat yang boleh diperoleh daripada pihak ketiga supaya anda boleh menilai sama ada anda mendapat pulangan yang baik daripada pelaburan anda.

Berikut ialah lima amalan terbaik untuk memilih dan bekerjasama dengan pihak ketiga:

  1. Mempunyai sikap memilih. Tanya soalan ini apabila memilih untuk kerjasama dengan pihak ketiga:
    • Adakah mereka pernah mengurus Business Profile sebelum ini?
    • Adakah mereka pernah mengurus perniagaan dengan belanjawan atau khalayak sasaran yang serupa sebelum ini?
    • Apakah perkhidmatan lain yang boleh diberikan oleh mereka untuk mengembangkan perniagaan anda?
  2. Bekerjasama dengan satu pihak sahaja pada satu-satu masa. Anda mungkin ingin membahagikan belanjawan anda antara beberapa pihak ketiga untuk melihat pihak yang boleh mendorong hasil yang terbaik, tetapi sebaik-baiknya mereka perlu diuji satu demi satu. Perniagaan anda hanya boleh dipaparkan sekali di Google, jadi sukar untuk menguji berbilang pihak ketiga pada satu-satu masa.
  3. Mendidik diri anda.  Anda tidak akan memerlukan masa yang lama untuk mengetahui cara Business Profile berfungsi serta memahami cara menggunakan ciri produk ini. Baca sumber dan Soalan Lazim untuk mendapatkan pengenalan asas kepada Business Profile, kemudian teroka Pusat Bantuan untuk mencari jawapan kepada soalan khusus. Memahami cara Business Profile berfungsi membolehkan anda membuat keputusan termaklum apabila bekerjasama dengan pihak ketiga.
  4. Yakin dengan pengalaman. Syarikat yang pernah mengurus ratusan perniagaan di Google adalah lebih berkemungkinan memiliki kepakaran dalam Business Profile. Sebelum anda mengupah pihak ketiga, anda hendaklah berbincang dengan kakitangan mereka untuk mengetahui pengalaman terdahulu mereka semasa mengurus perniagaan di Google.
  5. Menilai prestasi anda. Anda boleh mendapatkan pelbagai cerapan dalam akaun Business Profile anda yang boleh memberi anda maklumat tentang cara pelanggan mencari dan berinteraksi dengan perniagaan anda di Google. Luangkan masa setiap bulan untuk mengkaji prestasi profil anda dan menilai hasil yang anda peroleh daripada bekerjasama dengan pihak ketiga. Semak perkara seperti foto yang dikemas kini dan waktu perniagaan semasa serta perubahan pada cara pelanggan menemui perniagaan anda dalam talian.

Gelagat yang menipu

Kebanyakan pihak ketiga mengutamakan kepentingan pelanggan mereka, tetapi sesetengah pihak ketiga tidak mempunyai reputasi yang baik. Berikut ialah senarai perkara yang perlu diawasi apabila memilih dan bekerjasama dengan pihak ketiga:

  • Tidak berkelakuan telus. Anda mempunyai hak untuk mengetahui cara pelanggan berinteraksi dengan perniagaan anda, termasuk data khusus (seperti bilangan paparan dan klik pada Business Profile anda).
  • Menjamin peletakan di Google. Mustahil bagi pihak ketiga mempengaruhi tertib perniagaan anda dipaparkan pada Google Search atau Maps. Ketahui lebih lanjut tentang kedudukan carian setempat.
  • Mengaku bekerja untuk Google. Jika wakil pihak ketiga mendakwa bahawa mereka bekerja untuk Google, tanya nama mereka dan minta mereka menghantarkan e-mel kepada anda daripada alamat e-mel @google.com (dan bukannya alamat e-mel @gmail.com).
  • Membuat ugutan. Pihak ketiga tidak boleh mengalih keluar perniagaan anda daripada Google atau mengakses profil anda tanpa kebenaran nyata daripada anda.
  • Penentuan harga yang mengelirukan. Pihak ketiga yang berniat jahat mungkin tidak mengenakan bayaran menggunakan harga yang anda setuju. Sentiasa dapatkan salinan rasmi perjanjian anda sebelum bekerjasama dengan pihak ketiga.

Laporkan pelanggaran dasar pihak ketiga

Anda berpendapat rakan kongsi pihak ketiga melanggar dasar ini? Beritahu kami: Laporkan pelanggaran dasar pihak ketiga.

Walaupun kami mungkin tidak memberikan respons secara peribadi apabila anda menghubungi kami tentang pihak ketiga, kami akan menyiasat komen anda dan jika perlu, mengambil tindakan yang sesuai.

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
717784831490072627
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
99729
false
false
false
false
false