Perniagaan anda akan kelihatan menarik di Google jika anda menambahkan foto khusus kategori. Foto ini akan menonjolkan ciri perniagaan yang digunakan oleh pelanggan anda apabila membuat keputusan pembelian. Foto yang anda tambahkan juga boleh membantu membezakan perniagaan anda di Google.
Ketahui lebih lanjut tentang menambahkan foto pada perniagaan setempat anda di Google
Jenis foto khusus perniagaan
Perihalan | Jumlah minimum penambahan | Petua | |
Foto luar | Foto luar membantu pelanggan mengenali perniagaan anda kerana mereka datang dari pelbagai arah. | Tambahkan sekurang-kurangnya tiga foto luar yang hebat untuk membantu pelanggan mengenali perniagaan anda. | 1. Tangkap foto dari setiap arah yang mungkin dilalui oleh pelanggan yang datang ke perniagaan anda. 2. Cuba memuat naik foto yang menunjukkan perniagaan anda pada masa yang berbeza-beza. |
Foto dalaman | Foto dalaman membantu pelanggan anda merasai suasana dan hiasan perniagaan anda. | Tambahkan sekurang-kurangnya tiga foto dalaman yang hebat untuk menunjukkan kepada pelanggan suasana bahagian dalam perniagaan anda. | 1. Tangkap foto yang benar-benar menunjukkan suasana bahagian dalam perniagaan anda dari sudut pandangan pelanggan. 2. Abadikan suasana perniagaan anda dalam foto anda. |
Foto produk | Foto wakil atau produk popular yang menarik memberi pemahaman yang lebih baik kepada pelanggan berkenaan jenis barangan yang anda tawarkan. | Tambahkan sekurang-kurangnya tiga foto produk yang anda jual. | 1. Pamerkan item yang paling popular untuk perniagaan anda. 2. Cuba ambil foto produk anda dalam keadaan cahaya yang sama rata. |
Foto semasa kerja dijalankan | Foto membantu pelanggan memahami jenis kerja yang anda lakukan dengan cepat. | Tambahkan sekurang-kurangnya tiga foto yang mewakili perkhidmatan yang anda tawarkan. | 1. Tangkap foto pasukan anda yang sedang memberikan pelbagai jenis perkhidmatan kepada pelanggan. 2. Ambil foto perkhidmatan khusus yang anda sampaikan. |
Foto makanan & minuman | Foto makanan & minuman memberikan warna dan perincian pada menu anda serta membantu pelanggan merancang tempat untuk menjamu selera. | Tambahkan sekurang-kurangnya tiga foto makanan atau minuman yang anda sediakan. | 1. Pamerkan item makanan yang paling popular untuk perniagaan anda. 2. Cuba ambil foto item makanan anda dalam keadaan cahaya yang sama rata. |
Kawasan umum | Foto kawasan umum anda membantu menarik perhatian pelanggan yang merancang perjalanan untuk perniagaan atau bercuti. | Tambahkan sekurang-kurangnya satu foto bagi setiap kawasan umum anda. | 1. Tambahkan sekurang-kurangnya satu foto bagi setiap kawasan umum (contohnya, spa, gim atau ruang sarapan). 2. Abadikan suasana kawasan umum dalam foto anda. |
Bilik | Pelanggan amat bergantung pada foto bilik tetamu semasa membuat keputusan untuk menempah hotel mereka bagi tujuan perniagaan atau percutian. | Tambahkan sekurang-kurangnya tiga foto bilik tetamu anda yang paling popular. | 1. Cuba pamerkan semua jenis bilik berlainan yang anda tawarkan kepada tetamu. 2. Tangkap foto yang benar-benar menunjukkan suasana di dalam bilik dari sudut pandangan tetamu. |
Foto pasukan | Foto pasukan penting untuk memperlihatkan sifat perniagaan anda yang lebih peribadi. | Tambahkan sekurang-kurangnya tiga foto yang menunjukkan pasukan pengurusan dan pekerja anda. | 1. Tunjukkan sesuatu yang kurang formal untuk menginsankan perniagaan anda. 2. Tunjukkan diri anda dan mana-mana kakitangan untuk menonjolkan keperibadian serta mengetengahkan sikap anda kepada bakal pelanggan. |