Jika terdapat Business Profile untuk perniagaan anda, anda boleh mencari perniagaan anda pada Google Maps, Search atau platform Google yang lain.
Cari profil anda
Penting: Untuk menemukan profil anda, anda perlu log masuk ke Google Account yang berkaitan dengan profil tersebut.
Cuba mana-mana kaedah ini untuk mencari profil anda.
- Pada Google Search, cari nama dan bandar perniagaan anda atau
perniagaan saya
.
- Pada Google Maps, cari nama dan bandar perniagaan anda.
- Pada apl Google Maps
, pada bahagian bawah sebelah kanan, ketik Perniagaan.
- Jika anda mempunyai lebih daripada satu perniagaan:
- Pada bahagian atas, ketik Anak panah ke bawah
.
- Pilih perniagaan yang mahu dilihat.
- Pada bahagian atas, ketik Anak panah ke bawah
- Jika anda mempunyai lebih daripada satu perniagaan:
Tidak dapat menemukan perniagaan anda pada Google
Jika Business Profile anda tidak dipaparkan pada Google Maps, Search atau platform Google yang lain, anda boleh mencuba cara di bawah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Perniagaan anda belum disahkanKetahui lebih lanjut:
Jika anda mencari perniagaan anda mengikut nama, anda masih dapat menemukan perniagaan tersebut pada Google Maps.
Ikut garis panduan kami untuk mengelakkan masalah biasa, seperti:
- Perubahan yang tidak dijangka pada maklumat anda.
- Pengalihan keluar maklumat perniagaan anda daripada Google.
Ketahui lebih lanjut Garis panduan untuk mewakili perniagaan anda pada Google.
Jika anda melanggar garis panduan ini, anda akan menerima mesej dalam Google Account yang anda gunakan untuk mengurus Business Profile anda untuk memaklumi anda bahawa perniagaan anda telah dilumpuhkan atau digantung. Jika Business Profile anda digantung, ketahui cara membaiki profil digantung.
Setelah anda pasti bahawa perniagaan anda mematuhi garis panduan ini, untuk memastikan maklumat perniagaan anda diterbitkan sekali lagi, akses alat rayuan Google Business Profile.