Buat rayuan terhadap sekatan kandungan & profil Business Profile

Untuk mengekalkan maklumat berkualiti tinggi pada Google, kami akan menyaring Business Profile dan kandungan Business Profile yang melanggar garis panduan kami. Anda mungkin mempunyai pilihan untuk membuat rayuan terhadap jenis sekatan profil dan keputusan penyaringan kandungan tertentu, termasuk penolakan kandungan.

Sebelum anda bermula

Semak status pengesahan anda

Jika anda belum mengesahkan Business Profile anda, kandungan yang berkaitan dengan Business Profile anda mungkin tidak dipaparkan merentas Google. Sebelum anda menyerahkan rayuan, semak status pengesahan anda.

Sediakan bukti anda

Jika anda merancang untuk menyertakan bukti sebagai sebahagian daripada rayuan anda, kami mengesyorkan anda menyediakan dokumen tersebut sebelum menyerahkan rayuan.

Selepas anda menyerahkan rayuan anda dalam alat rayuan, anda akan digesa untuk menambahkan bukti pilihan pada borang yang dipautkan untuk menyokong rayuan anda. Permintaan untuk menambahkan bukti berlaku pada akhir proses rayuan. Anda perlu menyerahkan bukti dalam masa 60 minit selepas penyerahan rayuan anda.

Bergantung pada konteks rayuan anda, yang berikut ialah contoh bukti yang boleh membantu anda menguatkan rayuan anda:

  • Pendaftaran perniagaan rasmi
  • Lesen perniagaan
  • Sijil cukai
  • Bil utiliti untuk perniagaan seperti:
    • Elektrik
    • Telefon
    • Kabel
    • Internet

Petua: Untuk sebarang dokumen yang anda serahkan sebagai bukti, pastikan nama dan alamat perniagaan sepadan dengan profil yang mahu anda buat rayuan.

Serahkan rayuan

Penting:

Serahkan rayuan

Rayuan dikendalikan secara berbeza untuk perniagaan yang berpusat atau beroperasi di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA). 30 negara EEA terdiri daripada 27 anggota Kesatuan Eropah (EU) dan 3 anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA). Anda boleh merujuk carta yang berikut untuk membantu anda memahami pilihan yang paling sesuai untuk situasi anda.

Tugasan Perniagaan di negara EEA Negara-negara lain
Semak status pengesahan anda Sahkan status Sahkan status
Buat rayuan terhadap penggantungan profil Alat rayuan Alat rayuan
Buat rayuan bagi pengeditan profil yang ditolak Alat rayuan Hubungi kami
Rayuan sekatan media Alat rayuan Hubungi kami
Buat rayuan terhadap sekatan kandungan yang lain Hubungi kami Hubungi kami
Buat rayuan terhadap keputusan pengalihan keluar ulasan Alat pengurusan ulasan Alat pengurusan ulasan

Untuk perniagaan di EEA

Buat rayuan bagi profil yang digantung atau dilumpuhkan, pengeditan maklumat perniagaan yang ditolak dan sekatan media 

Jika perniagaan anda terletak di EEA, anda boleh menggunakan alat rayuan untuk menyerahkan rayuan bagi:

  • Profil yang digantung atau dilumpuhkan
  • Pengeditan maklumat perniagaan yang ditolak (nama, kategori, alamat, telefon, laman web)
  • Sekatan media (siaran, foto, video)

Serahkan rayuan

Untuk menyerahkan rayuan:

Penting: Jika anda memilih untuk membuka borang bukti dalam langkah 7, anda perlu menyerahkan bukti sokongan anda dalam masa 60 minit atau borang bukti itu tidak akan dilampirkan pada rayuan anda.

  1. Buka alat rayuan Google Business Profile.
  2. Log masuk ke Google Account yang berkaitan dengan Business Profile anda.
  3. Pilih Business Profile yang mahu anda kembalikan.
  4. Alat rayuan Google Business Profile menunjukkan:
    • Profil yang dihadkan
    • Sebab tindakan penyaringan kandungan
    • Pautan kepada dasar yang dilanggar
  5. Pilih keputusan yang dikehendaki untuk membuat rayuan.
  6. Pada bahagian bawah sebelah kanan, klik Serahkan Rayuan.
  7. Pilihan: Selepas anda menyerahkan rayuan, anda boleh menambahkan bukti:
    1. Lampirkan fail yang menyokong rayuan anda.
      • Sebaik sahaja anda membuka borang bukti, anda mestilah menyerahkan borang itu dalam masa 60 minit, jika tidak, borang tersebut tidak akan dilampirkan pada rayuan anda.
    2. Klik Serah.
      • Google akan menyemak rayuan anda dan menghantar e-mel kepada anda bersama keputusan.

Petua: Pada alat rayuan Google Business Profile, anda mungkin menerima mesej yang menyatakan bahawa tiada kandungan disaring atau akses adalah terhad untuk membuat rayuan. Jika anda berpendapat bahawa anda mempunyai kandungan terhad tambahan untuk membuat rayuan, hubungi kami. Pasukan kami boleh mengesahkan sama ada anda layak untuk membuat sebarang rayuan baharu atau tidak.

Buat rayuan terhadap keputusan pengalihan keluar ulasan

Jika anda melaporkan ulasan pelanggan tetapi keputusan itu menyatakan bahawa ulasan tersebut tidak melanggar Dasar Google, anda boleh menyerahkan rayuan satu kali. Ketahui cara menyerahkan rayuan satu kali untuk semakan.

Buat rayuan terhadap sekatan kandungan yang lain

Untuk menyerahkan rayuan bagi sebarang jenis kandungan lain yang ditolak, hubungi kami.

  1. Pilih masalah yang paling berkaitan.
  2. Isikan borang.
  3. Klik Serah.

Petua: Jika balasan awal kami tidak menyelesaikan masalah anda, sila balas e-mel dan pasukan sokongan kami akan membantu proses rayuan anda.

Lebih banyak pilihan rayuan untuk perniagaan di EEA

Jika anda berada di negeri atau wilayah anggota EEA, anda boleh merujuk kepada badan penyelesaian pertikaian luar mahkamah tentang rayuan anda. Ketahui lebih lanjut tentang Pilihan Penyelesaian Akta Perkhidmatan Digital Kesatuan Eropah.

Untuk perniagaan di luar EEA

Buat rayuan bagi profil yang digantung atau dilumpuhkan

Jika perniagaan anda berpusat operasi di luar EEA, anda boleh menggunakan alat rayuan untuk menyerahkan rayuan bagi profil anda yang digantung atau dilumpuhkan.

Serahkan rayuan

Untuk menyerahkan rayuan:

Penting: Jika anda memilih untuk membuka borang bukti dalam langkah 7, anda perlu menyerahkan bukti sokongan anda dalam masa 60 minit atau borang bukti itu tidak akan dilampirkan pada rayuan anda.

  1. Buka alat rayuan Google Business Profile.
  2. Log masuk ke Google Account yang berkaitan dengan Business Profile anda.
  3. Pilih Business Profile yang mahu anda kembalikan.
  4. Alat rayuan Google Business Profile menunjukkan:
    • Profil yang dihadkan
    • Sebab tindakan penyaringan kandungan
    • Pautan kepada dasar yang dilanggar
  5. Pilih keputusan yang dikehendaki untuk membuat rayuan.
  6. Pada bahagian bawah sebelah kanan, klik Serahkan Rayuan.
  7. Pilihan: Selepas anda menyerahkan rayuan, anda boleh menambahkan bukti:
    1. Lampirkan fail yang menyokong rayuan anda.
      • Sebaik sahaja anda membuka borang bukti, anda mestilah menyerahkan borang itu dalam masa 60 minit, jika tidak, borang tersebut tidak akan dilampirkan pada rayuan anda.
    2. Klik Serah.
      • Google akan menyemak rayuan anda dan menghantar e-mel kepada anda bersama keputusan.

Buat rayuan terhadap pengeditan maklumat perniagaan yang ditolak, sekatan kandungan media dan kandungan yang lain

Jika perniagaan anda beroperasi di luar EEA, anda perlu menghubungi kami untuk membuat rayuan bagi:

  • Pengeditan maklumat perniagaan yang ditolak (nama, kategori, alamat, telefon, laman web)
  • Sekatan media (siaran, foto, video)
  • Sekatan kandungan yang lain

Untuk menyerahkan rayuan:

  1. Buka borang hubungi kami.
  2. Pilih masalah yang paling berkaitan.
  3. Isikan borang.
  4. Klik Serah.

Petua: Jika balasan awal kami tidak menyelesaikan masalah anda, sila balas e-mel dan pasukan sokongan kami akan membantu proses rayuan anda.

Buat rayuan terhadap keputusan pengalihan keluar ulasan

Jika anda melaporkan ulasan pelanggan tetapi keputusan itu menyatakan bahawa ulasan tersebut tidak melanggar Dasar Google, anda boleh menyerahkan rayuan satu kali. Ketahui cara menyerahkan rayuan satu kali untuk semakan.

Buat rayuan untuk lebih daripada 10 Business Profile

Untuk menyerahkan rayuan bagi lebih daripada 10 profil:

  1. Pada alat rayuan Google Business Profile, pilih Business Profile yang mahu anda buat rayuan.
    • Pastikan anda log masuk ke Google Account yang berkaitan dengan Business Profile anda.
  2. Selepas menyerahkan rayuan, anda mempunyai pilihan untuk menyertakan bukti.
    • Anda akan ditanya sama ada rayuan adalah untuk lebih daripada 10 profil, klik Ya.
  3. Lampirkan hamparan yang menyertakan bukti dan ID Business Profile untuk setiap profil. Ketahui cara menemukan ID Business Profile anda.
  4. Klik Serah.

Petua:

  • Dalam alat rayuan Google Business Profile, status hanya akan bertukar untuk profil yang telah anda pilih. Status profil lain yang anda kemukakan rayuan tidak akan dikemaskinikan.
  • Anda akan menerima satu pemberitahuan e-mel yang mengandungi keputusan rayuan untuk profil yang telah anda pilih.

Semak status rayuan dalam alat rayuan

Penting: Jangan serahkan berbilang rayuan untuk masalah yang sama sebelum menerima keputusan. 

  1. Pastikan anda log masuk ke Google Account yang berkaitan dengan Business Profile anda.
  2. Buka alat rayuan Google Business Profile.
  3. Pilih Business Profile untuk rayuan yang anda serahkan.
  4. Pada sebelah kanan, anda akan mendapati status rayuan:
    • Diserahkan
    • Diluluskan
    • Tidak Diluluskan
    • Tidak boleh membuat rayuan
    • Layak untuk membuat rayuan

Sumber berkaitan

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
12194239485468230132
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
99729
false
false
false
false
false