Anda boleh membuat laporan tersuai untuk menyesuaikan analisis data AdSense anda mengikut keperluan khusus anda. Artikel ini menerangkan cara membuat, menjadualkan, menyalin dan memadamkan laporan tersuai anda.
Pada halaman ini
Buat laporan tersuai anda
Anda memilih data untuk disertakan dalam laporan tersuai dan cara data tersebut perlu dipaparkan.
- Log masuk ke akaun AdSense anda.
- Klik Laporan.
- Klik Laporan baharu
.
- Sesuaikan laporan anda:
- Klik Simpan.
- Masukkan nama untuk laporan anda.
- Klik Simpan.
Jadualkan laporan tersuai
Selepas membuat laporan tersuai, anda boleh menjadualkan laporan tersebut agar dijalankan dengan kerap. Kemudian, anda boleh menghantar laporan tersebut melalui e-mel kepada anda dan penerima yang lain.
- Log masuk ke akaun AdSense anda.
- Klik Laporan.
- Cari laporan tersuai yang ingin anda eksport.
Petua: Gunakan kotak carian untuk membantu anda mencari laporan dalam senarai.
- Di sebelah Simpan, klik
Jadualkan.
- Pilih kotak pilihan Jalankan laporan secara automatik
- Pilih pilihan Jalankan dan Untuk daripada menu lungsur. Contohnya, tindakan memilih "Mingguan" dan "7 hari terakhir" menjalankan laporan pada awal hari Isnin setiap minggu menggunakan data dari 7 hari sebelumnya.
- Di bahagian "Kongsi dengan", masukkan sebarang alamat e-mel yang ingin anda hantarkan laporan tersebut apabila dijalankan.
- Klik Simpan.
Salin laporan tersuai
- Log masuk ke akaun AdSense anda.
- Klik Laporan.
- Cari laporan tersuai yang ingin anda salin.
Petua: Gunakan kotak carian untuk membantu anda mencari laporan dalam senarai.
- Di sebelah Simpan, klik
Buat salinan.
- Klik Simpan.
- Masukkan nama untuk laporan anda.
- Klik Simpan.
Padamkan laporan tersuai
- Log masuk ke akaun AdSense anda.
- Klik Laporan.
- Cari laporan tersuai yang ingin anda padamkan.
Petua: Gunakan kotak carian untuk membantu anda mencari laporan dalam senarai.
- Klik
Padam untuk mengesahkan.