Iklan Permainan H5 membolehkan anda meningkatkan pendapatan anda dengan memaparkan iklan dalam permainan HTML5 (H5) anda. Permainan H5juga boleh dijalankan dalam penyemak imbas web dan juga dalam Paparan Web pada apl asli. Iklan Permainan H5 menggunakan API Peletakan Iklan Permainan H5. Selepas anda menyepadukan API dalam permainan H5, kami memaparkan iklan pada detik terbaik untuk pengguna anda.
Faedah
Iklan Permainan H5 menawarkan:
Format berprestasi tinggi
- Interstisial: Iklan skrin penuh yang dipaparkan pada jeda semula jadi dalam permainan anda, seperti antara tahap. Pengguna boleh memilih untuk sama ada mengklik iklan ini atau kembali ke permainan anda.
- Ganjaran: Iklan yang boleh dipilih pengguna untuk berinteraksi sebagai pertukaran kepada ganjaran dalam permainan.
Format H5 Games Ads menyokong iklan paparan dan iklan video TrueView serta Bamper.
Keringkasan
- Iklan Permainan H5 menggunakan kod AdSense yang bermakna anda boleh menggunakan kod iklan yang sama untuk iklan permainan dan iklan kandungan anda.
- Kami telah menggantikan SDK IMA dengan API Peletakan Iklan Permainan H5 yang mudah untuk digunakan dan kurang terdedah kepada ralat. Contohnya, API baharu menggunakan objek JavaScript ringkas untuk menerangkan peletakan iklan dan menawarkan kawalan ringkas yang membolehkan anda melaraskan kekerapan iklan yang dipaparkan kepada pemain. Ketahui lebih lanjut tentang API Peletakan Iklan Permainan H5.
Sokongan merentas platform
- Iklan Permainan H5 menyokong pembenaman permainan anda dalam halaman web secara terus, serta meletakkan permainan dalam iframe di lapak permainan.
- Iklan Permainan H5 turut menyokong penyepaduan apl dengan AdMob, supaya anda boleh mengewangkan permainan anda dengan iklan apl apabila permainan H5 anda dihoskan dalam paparan web pada apl mudah alih (Sokongan Android sahaja).
Melalui Iklan Permainan H5, permainan anda akan dapat memaparkan iklan di laman anda, di halaman web atau dalam Paparan Web apl—semuanya daripada satu API.
Cara ciri ini berfungsi
Untuk memaparkan iklan dalam permainan H5, anda perlu:
- Sepadukan API Peletakan Iklan dalam permainan anda. Lihat: Bermula dengan API Peletakan Iklan.
- Jika permainan anda dimainkan dalam apl mudah alih, kami mengesyorkan agar anda menyediakan akaun AdMob untuk mendapatkan pengalaman pengguna dan prestasi yang optimum.
Penting: Apabila anda mereka bentuk permainan anda untuk dibenamkan dalam apl dan anda memiliki apl, atau mengikat perjanjian perkongsian hasil dengan pemilik apl tersebut, maka satu-satunya cara untuk berbuat demikian melalui cara berprestasi tinggi yang mematuhi dasar adalah dengan menggunakan sokongan AdMob untuk apl mudah alih ini.
- Tambahkan kod AdSense di halaman permainan anda.