Perubahan sejarah pada akaun anda direkodkan sebagai nota dalam laporan anda. Nota ini dipaparkan sebagai ikon di bawah carta, yang menyerlahkan tindakan yang mungkin telah mempengaruhi pendapatan anda. Contohnya, jika anda menyekat kategori iklan pada hari Selasa yang lalu dan membuat unit iklan baharu pada hari yang berikutnya, kedua-dua perubahan akan direkodkan sebagai nota.
Tunjukkan nota pada carta
- Semasa melihat laporan anda, klik Nota
di bawah kawasan carta.
Nota anda dipaparkan sepanjang bahagian bawah carta sebagai
. Angka ini ialah bilangan nota yang direkodkan sepanjang tempoh masa tertentu.
- Klik nota untuk melompat ke tarikh dan perihalan bagi perubahan sejarah tersebut.
Tambahkan nota pada carta
Anda boleh menambahkan nota anda sendiri pada carta. Contohnya, anda mungkin mahu merekodkan tarikh apabila anda mereka bentuk semula laman anda atau terdapat peristiwa yang ketara berlaku (mis. bencana alam, peristiwa politik dll.). Tindakan menyimpan rekod peristiwa yang mempengaruhi prestasi akaun boleh membantu anda memahami turun naik dalam metrik anda pada tarikh tertentu.
- Semasa melihat laporan anda, klik Nota
di bawah kawasan carta.
- Klik Tambahkan nota
. Tetingkap nota terbuka.
- Dalam kalendar, pilih tarikh anda.
- Dalam medan "Nota", masukkan perihalan anda (had 1,000 aksara).
- Klik Simpan.
Nota baharu anda dipaparkan di bawah carta.