Penapis, bersama-sama metrik dan pecahan, menentukan data yang ditunjukkan dalam laporan anda. Penapis dapat membantu anda memahami data pelaporan anda, mencari arah aliran dan menelusuri maklumat yang anda benar-benar perlukan.
Contohnya, anda boleh menggunakan penapis untuk mencari unit iklan, negara atau format iklan khusus merentas julat tarikh tertentu. Anda boleh menambahkan berbilang penapis pada laporan anda untuk memperincikan lagi data anda.
Pada halaman ini
- Apakah fungsi penapis?
- Di manakah penapis dalam sesuatu laporan?
- Tambahkan penapis
- Ubah penapis
- Alih keluar penapis
Apakah fungsi penapis?
Penapis menyembunyikan data yang tidak diperlukan atau tidak diingini daripada laporan anda. Apabila anda menambahkan penapis, anda menentukan perkara yang ingin anda lihat dalam laporan dan AdSense akan menyembunyikan apa-apa data yang tidak sepadan dengan kriteria dalam penapis AdSense.
Di manakah penapis dalam sesuatu laporan?
Penapis boleh ditambahkan, dialih keluar dan dilaraskan dalam kotak penapis di atas bahagian carta pada laporan anda. Apabila anda menambahkan penapis, penapis tersebut digunakan pada carta dan jadual dalam laporan yang sama.
Tambahkan penapis
- Semasa melihat laporan anda, klik Penapis
.
- Klik penapis dalam senarai lungsur.
- Pilih item yang mahu anda tapis.
- Klik Gunakan.
Ubah penapis
- Semasa melihat laporan anda, klik penapis yang ingin anda ubah.
- Pilih item yang ingin anda tambahkan atau alih keluar daripada penapis anda.
- Klik Gunakan.
Alih keluar penapis
Untuk mengalih keluar satu penapis, klik Alih keluar di sebelah penapis yang ingin anda alih keluar.
Untuk mengalih keluar semua penapis daripada laporan, klik Alih keluar semua penapis pada bahagian hujung kotak penapis.