Metrik, bersama-sama penapis dan pecahan, menentukan data yang ditunjukkan dalam laporan anda. Metrik mewakili nilai yang anda ukur. Contohnya, anda boleh mengukur prestasi akaun anda dengan menyemak pendapatan anda, bilangan klik, bilangan paparan halaman dan pelbagai lagi.
Pada halaman ini
- Apakah fungsi metrik?
- Di manakah metrik dipaparkan dalam sesuatu laporan?
- Ubah metrik yang dipaparkan
Apakah fungsi metrik?
Metrik mewakili jenis data atau nilai yang terkandung dalam laporan. Metrik biasanya disusun dalam lajur dan mengandungi nombor atau peratusan.
Apabila anda menambahkan pecahan, nilai metrik dikira semula berdasarkan tertib atau himpunan baharu yang dihasilkan oleh pecahan tersebut. Penambahan atau pengalihan keluar metrik menambah atau mengalih keluar lajur maklumat daripada laporan anda.
Anda juga boleh menggunakan metrik untuk membantu anda mengenal pasti turun naik dalam prestasi akaun anda dengan membandingkan nilai metrik individu dengan purata nilai metrik.
Di manakah metrik dipaparkan dalam sesuatu laporan?
Untuk mengakses senarai metrik yang tersedia, klik Edit di atas kawasan carta.
Metrik yang telah digunakan dalam laporan kelihatan sebagai pengepala lajur dalam jadual laporan.
Ubah metrik yang dipaparkan
Tidak semua metrik yang tersedia dipaparkan secara lalai. Anda boleh memilih metrik berlainan untuk dipaparkan dalam laporan anda.
- Semasa melihat laporan anda, klik Edit
.
- Dalam tetingkap "Pilih metrik anda", pilih metrik yang ingin anda tambahkan atau alih keluar daripada laporan anda.
Petua: Gunakan kotak carian untuk membantu anda mencari metrik dalam senarai.
- Klik Gunakan.
Metrik dan data yang dipilih dipaparkan secara automatik dalam laporan anda.