Artikel ini memberikan jawapan kepada soalan umum tentang pengesahan alamat dan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) anda.
Soalan umum tentang masalah pengesahan alamat dan PIN
- Mengapakah saya belum menerima mel PIN saya?
- Apakah maksud alamat pembayaran yang sah?
- Pengesahan alamat saya gagal dilaksanakan, apakah yang perlu saya lakukan?
- Pengesahan alamat saya belum diluluskan selepas 4 bulan dan iklan saya tidak disiarkan pada masa ini. Apakah yang perlu saya lakukan?
- Saya meminta berbilang PIN, perlukah saya menunggu nombor PIN yang terkini?
- Mengapakah alamat pada halaman semakan pengesahan berbeza daripada alamat pembayaran semasa saya?
Mengapakah saya belum menerima mel PIN saya?
Terdapat beberapa sebab anda mungkin belum menerima PIN anda:
Sebab yang mungkin |
Perkara untuk disemak |
Cara penyelesaian |
---|
Anda belum mengesahkan identiti anda. | Sudahkah anda menyerahkan ID anda untuk disahkan? | Jika belum, klik Pembayaran, kemudian Semakan pengesahan dan serahkan ID anda. PIN anda hanya akan dihantar selepas anda berjaya mengesahkan identiti anda. |
Akaun anda belum mencapai ambang pengesahan. | Adakah pemberitahuan PIN dipaparkan pada halaman utama AdSense anda? | Jika pemberitahuan PIN belum dipaparkan, tunggu sehingga baki akaun baharu anda mencapai ambang pengesahan. |
Alamat pembayaran anda tidak sah kerana telah dikaitkan dengan aktiviti penipuan. | Klik Pembayaran, kemudian Semakan pengesahan untuk mengetahui sama ada terdapat pemberitahuan alamat atau tidak. | Kemas kinikan alamat pembayaran anda kepada alamat yang lain. Selepas alamat baharu anda disahkan, minta PIN anda. |
Anda belum menunggu selama 3 minggu selepas permintaan PIN terakhir anda dibuat. Mel PIN dihantar melalui mel standard antarabangsa dan boleh mengambil masa hingga 3 minggu untuk sampai kepada anda. |
Adakah masa selama 3 minggu telah berlalu sejak PIN anda dihantar? Klik Pembayaran, kemudian Semakan pengesahan untuk mengetahui masa PIN anda dijana. |
Jika tidak, tunggu selama sekurang-kurangnya 3 minggu untuk PIN anda sampai. Jika anda masih belum menerima PIN anda selepas 3 minggu, anda boleh meminta PIN gantian. Petua: PIN gantian anda merupakan pendua tepat PIN asal. Anda boleh memasukkan mana-mana PIN yang anda terima, tanpa mengira PIN yang tiba dahulu.
|
Alamat pembayaran anda tidak sah untuk penghantaran mel standard. | Adakah anda sudah menerima mel standard di alamat pembayaran dalam akaun AdSense anda? |
Jika tidak, tukar alamat pembayaran anda kepada alamat yang boleh menerima mel standard. Selepas anda mengemaskinikan alamat anda, tunggu selama 3 minggu dari tarikh PIN terakhir dihantar kepada anda, kemudian minta PIN gantian dihantar ke alamat anda yang telah dikemaskinikan. |
Apakah maksud alamat pembayaran yang sah?
Alamat pembayaran yang sah merupakan alamat yang boleh menerima mel standard.
Yang berikut merupakan contoh format alamat standard yang boleh anda ikut:
- Alamat 1: nombor rumah atau blok, nama jalan, nama kejiranan/daerah, nama bandar
- Alamat 2 (jika berkenaan): nombor unit, nombor aras, nama bangunan
- Poskod: poskod
Pengesahan alamat saya gagal dilaksanakan, apakah yang perlu saya lakukan?
Jika anda memasukkan PIN yang salah sebanyak 3 kali, pengesahan alamat anda akan gagal dan akaun anda akan berhenti memaparkan iklan. Untuk menetapkan semula had pengesahan PIN, minta PIN gantian.
Pengesahan alamat saya belum diluluskan selepas 4 bulan dan iklan saya tidak disiarkan pada masa ini. Apakah yang perlu saya lakukan?
Jika anda belum mengesahkan alamat selepas 4 bulan, kami akan berhenti memaparkan iklan pada halaman anda. Untuk melanjutkan garis masa pengesahan alamat anda, sila hubungi kami.
Saya meminta berbilang PIN, perlukah saya menunggu nombor PIN yang terkini?
Google menjana PIN 6 digit yang unik untuk setiap akaun. PIN gantian anda merupakan pendua PIN asal. Jika PIN asal tiba dahulu, anda boleh menggunakan PIN itu.
Mengapakah alamat pada halaman semakan pengesahan berbeza daripada alamat pembayaran semasa saya?
Anda mungkin telah mengemaskinikan alamat pembayaran anda selepas PIN anda dihantar. PIN mungkin dihantar ke alamat pembayaran lama anda. Anda boleh meminta PIN gantian 3 minggu selepas tarikh penghantaran asal untuk memastikan PIN diterima di alamat pembayaran semasa anda.