Pada halaman "Pihak ketiga" dalam AdSense, anda boleh mendapatkan maklumat tentang platform dan pihak ketiga yang berkaitan dengan akaun anda. Jika anda berkongsi hasil dengan platform atau pihak ketiga, anda boleh menyemak butiran perkongsian hasil anda. Bergantung pada platform atau pihak ketiga, anda juga mungkin dapat mengurus perhubungan anda dengan mereka.
Semak bahagian di bawah untuk mengetahui tentang platform atau pihak ketiga tertentu dan tindakan yang boleh anda lakukan pada halaman "Pihak ketiga".
Akses: Laman rakan kongsi platform | Akaun terurus | Saluran YouTube | Akaun rakan kongsi hos | Akaun Ad Manager
Akses halaman Pihak ketiga anda
- Log masuk ke akaun AdSense anda.
- Klik Akaun.
- Klik Akses dan kebenaran.
- Klik Pihak ketiga.
Laman rakan kongsi platform
Soalan | Jawapan |
---|---|
Apakah perhubungan tersebut? | Satu atau beberapa laman anda dihoskan oleh rakan kongsi platform AdSense. |
Adakah maklumat akaun anda dapat diakses? | Perjanjian Google dengan rakan kongsi platform mentadbir penggunaan akaun anda oleh rakan kongsi platform ini, tetapi rakan kongsi platform tersebut tidak mempunyai akses kepada akaun anda. |
Adakah anda berkongsi hasil? | Melainkan rakan kongsi platform telah menyediakan perkongsian hasil sebanyak 0% dengan anda, maka anda berkongsi hasil dengan rakan kongsi platform tersebut.
Amaun perkongsian hasil yang dibayar kepada anda hendaklah mencerminkan set perkongsian hasil dalam perjanjian anda dengan rakan kongsi platform. Google memudahkan pembayaran amaun perkongsian hasil bagi pihak rakan kongsi platform dan rakan kongsi platform bertanggungjawab memastikan perkongsian hasil yang betul dibayar kepada anda. |
Apakah tindakan yang boleh anda ambil? |
|
Akaun terurus
Soalan | Jawapan |
---|---|
Apakah perhubungan tersebut? | Akaun AdSense anda diurus oleh pengurus Pengurusan Pelanggan Pelbagai (MCM). |
Adakah maklumat akaun anda dapat diakses? | Anda telah membenarkan pengurus MCM anda untuk mengakses akaun anda dan/atau mengubah tetapan akaun bagi pihak anda. Perjanjian Google dengan anda mengawal penggunaan akaun anda oleh pengurus MCM anda. |
Adakah anda berkongsi hasil? | Jika pengurus MCM anda telah menyediakan perkongsian hasil, anda berkongsi hasil dengan pengurus MCM anda.
Google bersetuju untuk memudahkan pembayaran amaun perkongsian hasil yang perlu dibayar kepada pengurus MCM anda bagi pihak anda seperti yang ditentukan dalam perjanjian antara anda dengan pengurus MCM anda. Anda bertanggungjawab memastikan bahawa perkongsian hasil yang betul dibayar kepada anda dan pengurus MCM anda. |
Apakah tindakan yang boleh anda ambil? |
Nota: Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda berhak untuk berhenti berkongsi hasil di bawah perjanjian anda dengan pengurus MCM anda.
|
Saluran YouTube
Soalan | Jawapan |
---|---|
Apakah perhubungan tersebut? | Akaun AdSense untuk YouTube anda dikaitkan dengan saluran YouTube. Untuk membuat perubahan pada pengewangan iklan anda, lawati Creator Studio YouTube. |
Apakah tindakan yang boleh anda ambil? | Jika anda telah mematikan pengewangan iklan untuk saluran YouTube, anda boleh mengklik butang untuk menghidupkan pengewangan iklan. |
Akaun rakan kongsi hos
Soalan | Jawapan |
---|---|
Apakah perhubungan tersebut? | Akaun AdSense anda dikaitkan dengan salah satu rakan kongsi hos kami yang lain. |
Adakah maklumat akaun anda dapat diakses? | Anda telah membenarkan rakan kongsi hos anda untuk mengakses akaun anda bagi pihak anda. Rakan kongsi hos mempunyai akses kepada maklumat akaun anda jika togol didayakan. Perjanjian Google dengan anda mengawal penggunaan akaun anda oleh rakan kongsi hos anda. |
Adakah anda berkongsi hasil? |
Melainkan rakan kongsi hos telah menyediakan perkongsian hasil sebanyak 0% dengan anda, maka anda berkongsi hasil dengan rakan kongsi hos tersebut. Amaun perkongsian hasil yang dibayar kepada anda hendaklah mencerminkan set perkongsian hasil dalam perjanjian anda dengan rakan kongsi hos anda. Google memudahkan pembayaran amaun perkongsian hasil bagi pihak rakan kongsi hos anda dan rakan kongsi hos anda bertanggungjawab memastikan perkongsian hasil yang betul dibayar kepada anda. |
Apakah tindakan yang boleh anda ambil? | Anda boleh mengklik togol untuk mengawal akses kepada rakan kongsi hos.
Nota: Perkara ini tidak mempengaruhi perkongsian hasil dengan rakan kongsi hos anda. Jika anda mahu menghentikan perkongsian hasil, anda perlu berbuat demikian daripada akaun rakan kongsi hos.
|
Akaun Ad Manager
Soalan | Jawapan |
---|---|
Apakah perhubungan tersebut? | Akaun AdSense anda dipautkan kepada akaun Ad Manager. |
Adakah maklumat akaun anda dapat diakses? | Pengguna yang log masuk ke akaun Ad Manager yang dipautkan boleh melihat maklumat akaun anda dan membuat perubahan pada akaun anda. |
Apakah tindakan yang boleh anda ambil? |
|