Terdapat dua cara untuk membuat unit Iklan dalam suapan. Cara paling cepat dan paling mudah adalah untuk Google mengimbas halaman anda dan membuat iklan secara automatik bagi anda. Sebagai alternatif, anda boleh membuat Iklan dalam suapan anda secara manual.
- Log masuk ke akaun AdSense anda.
- Klik Iklan.
- Klik Mengikut unit iklan.
- Pilih Iklan dalam suapan.
- Pilih cara anda mahu membuat iklan Dalam suapan anda:
Biarkan Google mencadangkan gaya (disyorkan)
- Masukkan URL halaman yang mengandungi suapan anda.
- Pilih sama ada versi "Mudah alih" atau "Komputer" di tapak anda.
Kami akan menggayakan iklan Dalam suapan anda berdasarkan suapan anda. Jika anda mempunyai versi suapan mudah alih dan komputer, anda boleh membuat iklan Dalam suapan yang berasingan untuk setiap versi.
- Klik Imbas halaman.
- Halaman pratonton iklan dibuka. Di sini anda boleh melihat tangkapan skrin tapak anda dengan suapan yang diserlahkan dan kawasan pratonton untuk iklan Dalam suapan anda.
Untuk membolehkan anda bermula, kami membuat iklan Dalam suapan berdasarkan item suapan kedua dalam suapan pertama yang kami temui di tapak anda. Pilih item suapan yang berlainan di halaman anda dan kami akan membuat iklan Dalam suapan baharu yang sepadan dengan reka letak dan gaya suapan tersebut.
Jika anda ingin cuba mengimbas halaman yang berlainan dengan suapan: masukkan URL, pilih "Mudah alih" atau "Komputer", kemudian klik Imbas semula. - Klik Seterusnya.
- (Pilihan) Gunakan kawalan untuk menyesuaikan Iklan dalam suapan anda dengan lebih lanjut supaya sepadan dengan anda. Ketahui lebih lanjut tentang tetapan iklan Dalam suapan.
- Sekiranya anda belum berbuat demikian, namakan unit Iklan dalam suapan anda.
Kami syorkan agar anda menambahkan awalan pada nama unit Iklan dalam suapan anda dengan "Asli" atau yang serupa untuk membolehkan anda menjejak prestasi unit iklan tersebut.
- Klik Simpan dan dapatkan kod.
Buat gaya secara manual
- Pilih reka letak yang sepadan dengan rupa dan gelagat suapan anda.
- Klik Seterusnya.
- Namakan unit Iklan dalam suapan anda.
Kami syorkan agar anda menambahkan awalan pada nama unit Iklan dalam suapan anda dengan "Asli" atau sesuatu yang serupa untuk membolehkan anda menjejak prestasi unit iklan tersebut.
- Gayakan iklan anda agar sepadan dengan suapan anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tetapan iklan Dalam suapan dan mengayakan iklan anda, lihat: Sesuaikan iklan Dalam suapan anda.
Ingat, anda tidak boleh menipu pelawat anda untuk mengklik iklan anda. Matlamat anda adalah untuk membuat iklan yang tidak mengganggu dan tidak memecahkan aliran pengguna.
- Uji penampilan iklan anda pada saiz skrin yang berlainan dengan menukar lebar bekas untuk suapan dalam kawasan pratonton. Gunakan pemegang seret untuk menukar lebar.
Harap maklum bahawa Iklan dalam suapan ialah iklan responsif yang bermaksud saiz iklan tersebut dilaraskan secara automatik mengikut peranti yang iklan tersebut di. Ketahui lebih lanjut tentang saiz iklan responsif Dalam suapan.
- Klik Simpan dan dapatkan kod.
- Salin dan tampal kod Iklan dalam suapan pada laman anda dalam HTML suapan anda. Ketahui cara meletakkan kod iklan Dalam suapan anda.
Masa selama beberapa minit diperlukan untuk iklan dipaparkan di halaman, namun kadangkala masa sehingga sejam mungkin diperlukan.
Menjejak prestasi unit iklan Dalam suapan
Anda boleh menjejak prestasi unit iklan Dalam suapan anda dengan melihat laporan Unit iklan anda:
- Lawati halaman Laporan anda.
- Buka laporan Unit iklan.
- Pilih unit iklan Dalam suapan anda.
- Klik Penapis.
Anda kini boleh melihat data prestasi untuk unit Iklan dalam suapan anda.