Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Unit iklan

Buat unit iklan paparan

Untuk membuat unit iklan paparan baharu yang boleh anda urus dalam akaun anda, ikut langkah yang berikut:

  1. Log masuk ke akaun AdSense anda.
  2. Klik Iklan.
  3. Klik Mengikut unit iklan.
  4. Klik iklan Paparan.
  5. Namakan unit iklan anda. Kami mencadangkan agar anda menggunakan nama yang unik dan deskriptif untuk membolehkan anda mencari unit iklan anda kemudian.
  6. Di bahagian "Saiz iklan", pilih saiz iklan yang anda mahu paparkan:
    • Kami mengesyorkan agar anda membiarkan Responsif dipilih. Iklan responsif menyesuaikan saiz secara automatik supaya muat pada reka letak halaman anda dan peranti pengguna anda. Ketahui lebih lanjut tentang gelagat responsif unit iklan paparan.
    • Jika anda memilih untuk menentukan saiz iklan yang dipaparkan pada halaman anda, pilih Tetap dan masukkan lebar serta tinggi yang diperlukan. Harap maklum bahawa unit iklan bersaiz tetap mungkin mempunyai kumpulan iklan yang terhad, yang mungkin menghasilkan pendapatan yang lebih rendah berbanding dengan menggunakan responsif. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat garis panduan kami untuk unit iklan paparan bersaiz tetap.
  7. Klik Simpan dan dapatkan kod.
  8. Salin dan tampal kod unit iklan di antara tag <body><body/> pada halaman anda yang mahu anda paparkan iklan. Jika anda tidak pasti tentang cara berbuat demikian, anda boleh menyemak panduan pelaksanaan kod kami.
  9. Klik Selesai.

    Masa selama beberapa minit diperlukan untuk iklan dipaparkan pada halaman, namun kadangkala masa hingga sejam mungkin diperlukan. Jika iklan masih tidak dipaparkan selepas sejam, semak sama ada laman anda memaparkan status "sedia" pada halaman Laman anda atau tidak.

Menjejaki prestasi unit iklan paparan

Anda boleh menjejaki prestasi unit iklan paparan anda dengan melihat laporan Unit iklan pada halaman Laporan anda. Jika anda mahu menjejaki saiz iklan yang telah disiarkan daripada unit iklan anda, lihat Laporan saiz kreatif.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Peroleh Potensi Pertumbuhan

Jangan terlepas cerapan AdSense yang berharga. Ikut serta untuk menerima laporan prestasi, petua yang diperibadikan dan undangan webinar yang boleh membantu anda meningkatkan pendapatan anda

Ikut serta

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15469242135913780440
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false
false
false