AdSense melaraskan ketinggian Iklan dalam suapan secara automatik untuk memastikan ketinggian tersebut sesuai dalam ruang yang tersedia. Saiz automatik ini bermaksud bahawa kebanyakan penerbit tidak perlu membuat sebarang perubahan pada ketinggian Iklan dalam suapan mereka. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai keperluan khusus untuk ketinggian Iklan dalam suapan anda, anda boleh mengubah suai kod Iklan dalam suapan anda untuk menetapkan ketinggian yang dikehendaki. Bergantung pada sama ada suapan anda berada pada laman tidak responsif atau responsif, anda boleh menetapkan ketinggian tetap atau ketinggian pelbagai.
Cara menetapkan ketinggian tetap (laman tidak responsif)
Anda boleh menentukan ketinggian tetap untuk Iklan dalam suapan anda dengan menambahkan atribut ketinggian pada kod iklan anda, mis. ketinggian:120 piksel
. Gunakan pilihan ini jika unit Iklan dalam suapan anda berada dalam bekas tetap, iaitu, tidak responsif.
Jika anda tidak tahu ketinggian yang mahu ditetapkan, anda boleh menggunakan alatan pembangun penyemak imbas anda untuk menentukan ketinggian tepat iklan anda tanpa ruang putih. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat: Cara menentukan saiz imej dalam suapan anda.
Contoh ini menunjukkan Iklan dalam suapan dengan ketinggian tetap 120 piksel:
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=i-gno/re-d1234567890123456" crossorigin="anonymous"></script>
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block;height:120px"
data-ad-format="fluid"
data-ad-layout="image-top"
data-ad-layout-key="xxxxxxxx"
data-ad-client="i-gno/re-d1234567890123456"
data-ad-slot="123456"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Cara menetapkan ketinggian pelbagai (laman responsif)
Jika lebar unit Iklan dalam suapan anda bergantung pada lebar skrin, iaitu, Iklan dalam suapan anda responsif, anda perlu menggunakan pertanyaan media CSS dalam kod iklan anda untuk menentukan ketinggian berbeza bagi setiap lebar skrin.
Untuk menentukan ketinggian yang mahu ditetapkan, kami mencadangkan agar anda:
- Ubah saiz laman anda kepada pelbagai lebar skrin, mis. 350 piksel, 500 piksel, 1000 piksel.
- Untuk setiap lebar, gunakan alatan pembangun penyemak imbas anda untuk menentukan ketinggian tepat iklan anda tanpa ruang putih. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat: Cara menentukan saiz imej dalam suapan anda.
Contoh ini menunjukkan Iklan dalam suapan dengan ketinggian 180 piksel untuk lebar skrin hingga 350 piksel, ketinggian 130 piksel untuk lebar skrin daripada 500 hingga 800 piksel dan ketinggian 200 piksel untuk lebar skrin melebihi 800 piksel:
<style>
@media (min-width: 350px) {
.infeed {
height: 180px;
}
@media (min-width: 500px) {
.infeed {
height: 130px;
}
}
@media (min-width: 800px) {
.infeed {
height: 200px;
}
}
</style>
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=i-gno/re-d1234567890123456" crossorigin="anonymous"></script>
<ins class="adsbygoogle infeed"
style="display:block;"
data-ad-format="fluid"
data-ad-layout="image-top"
data-ad-layout-key="xxxxxxxx"
data-ad-client="i-gno/re-d1234567890123456"
data-ad-slot="123456"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
infeed
) dalam semua kod iklan anda.Mengapakah Iklan dalam suapan saya kadangkala mengandungi ruang putih tambahan atau butang Lagi?
Unit Iklan dalam suapan adalah responsif dan menyokong pelbagai port pandang. Unit Iklan dalam suapan menyesuaikan saiz secara automatik agar sesuai dengan reka letak halaman anda dengan mengembang kepada lebar penuh bekas suapan Unit Iklan dalam suapan tersebut. Ketinggian unit Iklan dalam suapan adalah berdasarkan kandungan iklan itu sendiri dan tetapan Iklan dalam suapan yang anda pilih dalam AdSense.
Kadangkala, apabila Iklan dalam suapan berada dalam port pandangan pengguna (atas halaman), kami tidak dapat melaraskan ketinggian iklan tanpa menyebabkan kandungan anda pada bahagian bawah iklan mengalir semula. Dalam keadaan ini, kami mungkin membiarkan sesetengah ruang dikosongkan atau menunjukkan butang Lagi untuk mengembangkan iklan. Kami melakukan perkara ini untuk memberikan pengalaman pengguna yang terbaik.