Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Unit iklan

Sesuaikan Iklan dalam suapan anda

Ketahui tentang tetapan Iklan dalam suapan dan cara menggayakan serta memadankan Iklan dalam suapan anda dengan kandungan anda.

Untuk menyesuaikan Iklan dalam suapan anda, kami mengesyorkan agar anda mengikut senarai semak ini:

  • Pilih elemen yang tepat untuk iklan anda.

    Sebagai contoh, adakah kandungan dalam suapan anda hanya mengandungi imej dan tajuk? Jika ya, matikan tetapan Tunjukkan perihalan iklan anda.

  • Pilih saiz imej dan tajuk.

    Sebagai contoh, jika kandungan anda menggunakan imej bersaiz sederhana, pilih imej dengan saiz yang sama untuk iklan anda. Jika kandungan anda menggunakan tajuk panjang, hidupkan tetapan tajuk Panjang untuk iklan anda.

    Contoh iklan InFeed dengan tajuk panjang.
  • Padankan warna dengan kandungan anda.

    Sebagai contoh, jika kandungan anda menggunakan tajuk tebal dan biru, tetapkan tajuk yang sama untuk iklan anda dalam bahagian "Tajuk".

  • Padankan fon dan saiz fon dengan kandungan anda.

    Sebagai contoh, jika kandungan anda menggunakan fon Roboto, anda perlu memilih tetapan fon yang sama untuk iklan anda.

  • Tambahkan pelapik pada iklan anda agar sejajar dengan suapan anda.

    Sebagai contoh, pastikan ruang antara imej dengan teks anda sepadan dengan ruang dalam kandungan anda.

    Contoh iklan InFeed tanpa pelapik antara imej dengan teks.
  • Tentukan sama ada anda mahu teks membalut imej anda atau tidak.

    Sebagai contoh, jika teks membalut imej dalam kandungan anda, hidupkan pilihan Balutan teks.

    Contoh iklan InFeed yang dihidupkan balutan teks.

Tetapan Iklan dalam suapan

Semua tetapan yang tersedia untuk Iklan dalam suapan diperihalkan di bawah:

Pilihan global

Gunakan tetapan ini untuk menggunakan gaya merentas seluruh iklan anda:

Tetapan Perihalan
Benarkan iklan paparan yang dipilih Hidupkan pilihan ini untuk turut membenarkan iklan paparan yang dipilih dipaparkan dalam unit Iklan dalam suapan anda. Ketahui lebih lanjut
Fon Tetapkan fon untuk semua teks dalam iklan anda. Anda boleh memilih daripada pelbagai fon Google.
Balutan teks Hidupkan pilihan ini jika anda mahu teks membalut imej.
Warna latar belakang Tetapkan warna latar untuk iklan.
Jidar Tetapkan gaya jidar:
  • Tetapkan saiz jidar dalam piksel.
  • Tetapkan warna jidar untuk iklan.
Pelapik Tetapkan pelapik pada bahagian atas, bawah dan sisi iklan dalam piksel.

Imej

Gunakan tetapan ini untuk menggayakan imej iklan anda:

Tetapan Perihalan
Dijajarkan kiri Pilih pilihan ini jika anda mahu imej dijajarkan pada sebelah kiri iklan.
Dijajarkan kanan Pilih pilihan ini jika anda mahu imej dijajarkan pada sebelah kanan iklan.
Saiz Tetapkan saiz imej:
  • Pilih nisbah bidang imej 1.91:1 atau 1:1. Kami mengesyorkan agar anda memilih pilihan yang paling hampir dengan nisbah bidang imej dalam suapan anda.
  • Tetapkan lebar imej. Anda boleh menentukan lebar dalam peratus atau piksel.

Ketahui cara menentukan saiz imej dalam suapan anda.

Pelapik Tetapkan pelapik pada bahagian atas, bawah dan sisi imej dalam piksel.

Tajuk

Gunakan tetapan ini untuk menggayakan teks tajuk iklan anda:

Tetapan Perihalan
Pendek Pilih pilihan ini jika anda mahu iklan dengan tajuk ringkas.
Panjang Pilih pilihan ini jika anda mahu iklan dengan tajuk panjang.
Gaya Tetapkan gaya tajuk:
  • Tetapkan saiz fon tajuk dalam piksel.
  • Pilih sama ada anda mahu tajuk dijajarkan kiri, tengah atau kanan.
  • Pilih sama ada anda mahu tajuk dalam huruf tebal atau tidak.
  • Pilih warna fon untuk tajuk.
Pelapik Tetapkan pelapik pada bahagian atas, bawah dan sisi tajuk dalam piksel.

Perihalan

Gunakan tetapan ini untuk menggayakan teks perihalan iklan anda:

Tetapan Perihalan
Tunjukkan perihalan Hidupkan pilihan ini jika anda mahu menunjukan perihalan iklan.
Gaya Tetapkan gaya perihalan:
  • Tetapkan saiz fon perihalan dalam piksel.
  • Pilih sama ada anda mahu perihalan dijajarkan kiri, tengah atau kanan.
  • Pilih sama ada anda mahu perihalan dalam huruf tebal atau tidak.
  • Pilih warna fon untuk perihalan.
Pelapik Tetapkan pelapik pada bahagian atas, bawah dan sisi perihalan dalam piksel.

URL

Gunakan tetapan ini untuk menggayakan URL paparan iklan anda:

Tetapan Perihalan
Gaya Tetapkan gaya URL:
  • Tetapkan saiz fon URL dalam piksel.
  • Pilih sama ada anda mahu URL dijajarkan kiri, tengah atau kanan.
  • Pilih sama ada anda mahu URL dalam huruf tebal atau tidak.
  • Pilih warna fon untuk URL.
Pelapik Tetapkan pelapik pada bahagian atas, bawah dan sisi URL paparan dalam piksel.

Butang

Gunakan tetapan ini untuk menggayakan butang iklan anda:

Tetapan Perihalan
Warna fon Tetapkan warna fon untuk butang.
Warna jidar Tetapkan warna jidar untuk butang.                                                                                                 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Peroleh Potensi Pertumbuhan

Jangan terlepas cerapan AdSense yang berharga. Ikut serta untuk menerima laporan prestasi, petua yang diperibadikan dan undangan webinar yang boleh membantu anda meningkatkan pendapatan anda

Ikut serta

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4129114539853075045
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false
false
false